Laman

Ini Cara Mudah Untuk Pastikan Pokok Buah Dalam Pasu Berbuah Lebat

Share

Sebelum ini, LAMAN Impiana pernah konsgsikan cara tanaman pokok buah dalam pasu atau diberi nama TABULAMPOT [klik sini untuk artikel lengkap]. Tapi, mesti ramai akan cakap tabulampot tidak menghasilkan buah yang optimum. Memang lah hasilnya tidak sehebat pokok buah ditanam di atas tanah. Ia disebabkan siz pokok yang kecil. Tapi, ada cara untuk hasilkan buah yang optimum untuk tambulampot. Berikut ini penyelenggaraan dan keperluan yang perlu anda lakukan selepas tabulampot stabil.

Pembajaan
Seperti tanaman lain yang di tanam didalam pasu, Tabulampot juga mempunyai nutrisi di dalam tanah yang amat terhad. Oleh itu, untuk memastikan keperluan tanaman sentiasa mencukupi, pembajaan perlu dilakukan. Untuk Tabulampot, baja yang sesuai digunakan adalah NPK 15:15:15. Letakkan 30gm baja bagi setiap pasu. Pembajaan perlu di lakukan sekurang-kurangnya 2 minggu sekali.

Selain itu juga, anda digalakkan menggunakan baja organik seperti pupuk kambing secara berselang. Taburkan 2-3 gengam pupuk kambing di sekitar pangkal pokok untuk tanaman yang bersaiz medium. Apabila pokok telah mengelurkan bunga, penggunaan baja organik perlu dihentikan dan hanya gunakan baja NPK

Namun, ada satu kaedah lebih mudah dan cepat untuk memastikan tambulampot menyerap baja. Bancuhkan butiran baja NPK menjadi cecair. Caranya adalah dengan melarutkan 1 senduk baja NPK bersama 5 liter air. Siramkan larutan baja NPK tadi sebanyak setengah atau satu liter bagi setiap pokok.

Proses pemangkasan
Pemangkasan amat penting bagi mengawal tumbesaran tabulampot. Bukan itu sahaja, ia berupaya menggalakkan percambahan tunas baru. Bila tunas sudah membesar dan menjadi dahan yang sihat, ia akan menghasilkan buah optimum. Pemangkasan perlu dilakukan seawal pokok baru ditanam.

Apabila tabulampot mencapai ketinggian 70-100 cm, pemangkasan wajib dilakukan. Dari pemangkasan tersebut akan wujudnya dahan Primer. Hanya tinggalkan 3 batang dahan primer dan setiap satunya mempunyai ketinggian 50-75cm

Dari 3 dahan perimer tadi akan muncul pula dahan sekunder. Pilih 3 dahan sekunder yang betul-betul sihat dan yang lainnya dipangkas. Setiap satu dahan sekunder perlu mempunyai saiz 5-70cm panjang. Kadar kepadatan daun juga perlu dikurangkan untuk mengurangkan penyakit dan ancaman serangga. Jika terdapat dahan-dahan yang tidak sihat, segera cantas dan dibakar bahagaian yang berpenyakit atau rosak sebelum berjangkit pada tanaman lain

Balut buah


Ketika tabulampot sudah mula berbunga, sdiakan keperluan untuk membalut. Apabila putik mula terbentuk, segera lakukan sukupan atau balut putik buah sama ada menggunakan plastik atau kertas surat khabar. Ia bertujuan mengelak buah di ganggu serangga seperti ulat buah atau kumbang.

Proses stres air
Pembentukan buah bergantung kepada kodisi tanaman. Jika kelihatan buah mencapai saiz optimum dan hanya menunggu tempoh masak, kurangkan penyiraman untuk memastikan buah yang masak manis. Jika medium tanaman terlalu lembap, buah yang dihasilkan lambat masak dan sedikit masam.

sumber: https://www.inspirasipertanian.com

 

 

Published by
Impiana