Ini Cara Paling Berkesan Halau Lipan Daripada Masuk Rumah

Share

Nak halau lipan dan haiwan kotor sewaktu dengannya bukanlah satu hal yang mudah. Tetapi jika tidak dibendung, mereka akan bermaharajalela di rumah kita pula. Jadi nak tak nak, kenalah rajinkan diri cari petua dan penawar buat menghapus lipan durjana ini.

Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Lipan

  1. Lipan amat sukakan tempat atau kawasan lembab.
  2. Lipas dan semut merupakan makanan untuk lipan.
  3. Badan lipan yang leper memudahkannya untuk masuk kedalam rumah melalui celah-celah lubang atau bukaan walau sekecil mana pun.
  4. Lipan akan tertarik dengan kediaman yang tidak membersihkan longkang dan mempunyai air bertakung didalamnya.
  5. Selain itu, laman yang dibiarkan tidak terurus dengan daun kering bertaburan juga boleh menarik lipan.
  6. Lipan rumah biasanya mempunyai kepanjangan 1 hingga ke 2 inci dan bergerak sangat laju.
  7. Lebih besar saiz lipan, lebih bisa sengatannya.

Cara Menghalau & Membasmi Lipan

#1 GARAM
Garam amat berkesan dan efektif untuk menghalau haiwan melata seperti ular dan lipan dari rumah. Anda hanya perlu taburkan garam di kawasan-kawasan yang berpotensi menjadi tempat persembunyian lipan dan biarkan sehingga yakin tiada lagi lipan.

#2 DAUN PANDAN
Selain berfungsi untuk mengharumkan bau nasi yang dimasak, daun pandan juga boleh digunakan untuk megusir lipan. Caranya, hiris daun pandan halus-halus supaya baunya lebih kuat dan letakkan hirisan tadi didalam mangkuk. Kemudian letakkan di setiap sudut rumah kerana bau pandan yang kuat akan membuat lipan tidak selesa lalu keluar dari rumah.

#3 KAPUR BARUS
Kapur barus amat sesuai diletakkan di kawasan lembab yang merupakan tempat kegemaran lipan.

Itulah bahan-bahan mudah yang anda boleh dapati di rumah berkesan menghalau lipan. Selamat mencuba!

 

Lihat juga artikel berkaitan : TIKUS dan LIPAS

Published by
Amalina