MOL yang diperbuat daripada pisang kaya dnegan (K) Kalium. Ia digunakan bagi tujuan menggalakkan pembungaan dan penghasilan buah serta memeprtingkatkan kualiti buah. MOL pisang kebiasaanya digunakan pada peringkat pokok sedang mula berbunga. Berikut, cara penyediaan MOL buah pisang:
Bahan-bahan:
1 kg pisang (boleh guna pisang yang telah terlebih masak)
1 kg gula merah
Bekas kedap udara
Kain kasa
Getah
Cara-cara:
1. Potong kecil pisang Bersama kulitnya. Selain pisang, boleh campurkan betik, nenas, nangka dan durian.
2. masukkan pisang yang telah siap dipotong kedalam bekas Bersama gula merah
3. Tutup bekas dengan menggunkan kain yang diikat Bersama getah dan penutup bekas kemudian diperap seminggu
4. Selepas seminggu tapiskan dan simpan MOL pisang di dalambotol yang tidak ditutup ketat.
5. cara untuk menggunkannya adalah dengan mencampurkan MOL pisang dan air pada kadar nisbah 1: 500 seperti contoh 50ml: 25liter air
penghargaan: Nur Wahidah Hambali Pengarah Sri NF Services
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI