Ini Cara Paling Mudah Untuk Hilangkan Kesan Kunyit Yang Tebal Dalam Lesung

Share

Artikel yang lepas, Impiana ada kongsikan petua untuk Hilangkan Kesan Kunyit Pada Pengisar, Pinggan, Periuk, Tangan dan Baju. Tapi ada seorang lagi Geng Deko bagi petua cara nak hilangkan kesan kunyit dalam lesung. Biasa lah lepas menumbuk bahan nak buat masak lemak cili api meletop “BAK HANG”, mesti kesan kunyit tu ketara pada lesung. Nanti nak tumbuk ramuan masakan lain seperti sayur, nasi goreng, habis semua berwarna kuning.

Jadi petua mudah ini hanya menggunakan satu bahan sahaja iaitu pes pembasuh pinggan. Dalam kes ni, perkongsian daripada Namakucell telah menggunakan jenama Axion. Sebenarnya jenis pes pencuci pinggan apa pun boleh. tapi jangan yang jenis keras sangat. Nanti susah nak menyental. Jom tengok cara membersihkan kesan kunyit dalam lesung.

Kesan kunyit yang tebal pada lesung batu. Sebab mak aku selalu tumbuk ibu kunyit buat jamu. Lesung batu ni memang KHAS hanya untuk tumbuk kunyit sebab sebulan sekali mak aku akan tumbuk kunyit buat jamu kunyit. Tapi ada cara untuk hilangkan nya. Jom tengok cara magic mak aku.

1. Ambil pes sesudu pes pencuci pinggan dan masukkan ke dalam lesung

2. Gesekkan pes basuh pinggan dalam lesung tanpa letak air. Tapi, pastikan pes sabun yang digunakan lembut

3. Gosokkan sampai pes pencuci pinggan tadi menjadi kekuningan. Pes tadi akan bertukar menjadi seperti inai

4. Kemudian cuci  dengan air sampai bersih. Jika masih ada kesan kunyit nya dan anda tidak berpuas hati, ulang lagi langkah menggesek sehingga bersih

Published by
Impiana