Kehadiran pelbagai jenis hama atau serangga akan menjejaskan kualiti penghasilan tanaman. Jika langkah awal tidak diambil, tanaman akan mati. Namun, untuk memusnahkan serangga perosak tanaman ni bukanlah sesuatu yang mudah. ia perlu dipantau setiap masa.

Setiap tanaman dan serangga perosak tanaman mempunyai kaedah rawatan yang berbeza-besa. Berikut adalah antara ramuan atau resepi yang boleh anda gunakan

1. Larutan bawang putih
Tumbuk 2 labu bawang putih dan campurkan bersama 1 liter air. Semburkan pada keseluruhan pokok mawar termasuklah di bahagian bawah daun untuk mengatasi pelbagai ancaman serangga pada pokok mawar. Larutan ini digunakan oleh pengurus taman di Istana Buckingham Inggris agar mawar sang ratu sentiasa segar dan sihat

Ads

2. larutan tepung
Campurkan 2 sudu makan tepung bersama 1 liter air. Semburkan pada tanaman kentang dan labu. Selain dilarutkan, tepung tadi juga boleh di tabur terus pada permukaan tanaman

Ini Cara  Pengurus Taman di Istana Buckingham Agar Mawar Sentiasa Sihat

Ads

3. Larutan cili
Tumbuk 25 biji cili padi dan 25gm hali sampai halus. Kemudian campurkan bahan yang telah siap di tumbuk dengan 300 mililiter air. Semburkan larutan cili ini pada bahagian belakang daun untuk mencegah serangga dan hama perosak yang datang dari tanah

4. Larutan sabun
Campurkan 100gm serbuk pencuci pakaian bersama 1 liter air bersih, Namun, pastikan serbuk sabun yang digunakan tidak mengandungi peluntur. Semburkan cecair sabun tadi pada bahagian tanaman yang sedang diserang atau menjadi habitat hama. Selepas sembur, larut permukaan tanaman tersebut perlahan-lahan dengan menggunakan jari sehingga hama tadi semua tertanggal dan biarkan 15 minit. Selanjutnya, bersihkan dengan air bersih.

Ads

Ini Cara  Pengurus Taman di Istana Buckingham Agar Mawar Sentiasa Sihat

Sumber: https://www.rumah.com

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI