Ramai di antara kita yang tidak tahu cara menyemai ros jepun sebenarnya sangat mudah. Hanya semai batang pokok ros jepun di pasu yang baru maka ia gerenti tumbuh dan hidup segar andai cukup baja dan air. Berikut LAMAN tunjukkan anda cara step by step bagaimana menyemai pokok ini di halaman rumah. Paling menarik apabila ia berbunga maka akan kelihatan merimbun dan berwarna-warni halaman kediaman anda.
Mula-mula letakkan tanah baja yang telah anda beli di nurseri ke dalam pot bersaiz kecil.
Kemudian dengan menggunakan sebilah kayu atau pun besi anda cucuk lah tanah baja tersebut. Tujuannya adalah untuk membuat lubang bagi memudahkan proses menyemai batang ros jepun.
Kemudian anda patahkan ros jepun daripada pokok induk dan semailah ke dalam pasu baru seperti di dalam gambar. Semai ke dalam lubang yang telah dicucuk tadi.
Setelah selesai menyemai 6-7 batang ros jepun di dalam pasu, anda bolehlah menyiram untuk memberi kelembapan kepada pokok tadi. Lakukan siraman dua kali sehari pada waktu pagi dan petang.
Lakukan pembajaan seminggu sekali dalam kuantiti yang sedikit sahaja. Kemudian apabila ia mula merimbun bunganya anda boleh memindahkan sama ada di atas tanah atau pun ke pasu yang besar sedikit. Selamat mencuba!
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI