Laman

Ini Cara Untuk Pastikan Pokok Cenderawasih Berbunga Sepanjang Tahun

Share

Bunga Cenderawasih atau nama tempatan nya lebih dikenali dengan panggilan Bird Of Paradise adalah salah satu daripada bunga-bungaan tercantik di dunia. Tanaman renek berasal dari Afrika Selatan ini ditanam secara melata di negara-negara Asia terutamanya di China. Bentuk dan warna bunganya yang unik amat popular sebagai hiasan interior.

Nama saintifiknya untuk bunga cendrawasih adalah Strelitzia. Ada 4 spesis utama iaitu Strelitzia caudata,

Strelitzia nicolai, Strelitzia juncea dan Strelitzia reginae.Namun hanya spesies Strelitzia reginae yang sesuai ditanam di dalam rumah.

Bunga cenderawasih dikategorikan sebagai bungaan ekslusif kerana ia hanya mampu berbunga 2-3 kali sahaja dalam tempoh setahun.

PEMBIAKAN 
Ia boleh dibiakkan melalui biji benih. Namun, cara yang paling mudah dan cepat adalah melalui akar atau umbisinya. Tanaman ini memerlukan cahaya matahari terus yang banyak namun tidak tahan pada panas melampau.

MEDIUM TANAMAN
Medium tanaman bunga cenderawasih perlu dipastikan sentiasa lembap kerana ia merupakan tumbuhan yang memerlukan air banyak sepanjang tahun untuk tumbesaran optimum. Namun pastikan, medium tanaman tidak menakung air kerana ia akan melemaskan akar tanaman.

SIRAMAN
Untuk peringkat awal tanaman, pastikan siraman dilakukan secara kerap kerana ketika itu pertumbuhan akarnya berkembang cepat dan menjadi lebih matang.

CARA TANAM DALAM PASU 
Tanaman ini juga sesuai ditanam di dalam pasu. Namun, ada beberapa perkara perlu diperhatikan antaranya ialah medium tanaman. Pastikan medium pemasuan yang digunakan mempunyai saliran dan pengudaraan baik setra kaya bahan organik.

Selain itu juga, untuk tanaman berpasu, Pemasuan semula perlu di lakukan sekurang-kurangnya setahun sekali bagi menggalakkan pertumbuhannya yang subur.

Untuk menggalakkan penghasilan bunga, bunga cendrawasih wajib diberi baja semburan atau “slow release”. Baja semburan perlu dilakukan sekurang-kurangnya 2 minggu sekali. Setelah tempoh 1 hingga 2 tahun, rumpun tanaman bunga cenderawasih ini perlu dipecah-pecahkan kepada kumpulan-kumpulan kecil. Ia bukan sekadar untuk tujuan pembiakkan, malah menggalakkan pertumbuhan bunga.

Published by
Impiana