Bila kepala paip dapur patah, rumit juga jadinya. Air meleleh dalam sinki. Sebelum nak panggil tukang paip, cuba tukar sendiri kepala paip ni. Tak lah susah mana, jika ikut langkah demi langkah yang dikongsikan ini. Malah lebih puas hati bila baiki sendiri dan jimat bajet.
Boleh ikut cara yang dikongsikan oleh Ridwan Safar ini sebagai rujukan.
Minggu ni saya tukar paip sinki dapur dimana kepala flexible tak boleh naik lagi sebab dah patah.
1.Patah Kepala tak boleh naik lagi.
2. Tutup Stopcock.
3. Longgarkan Screw Collar.
4. Guna tools jika perlu.
5. Macam ni.
6. Cabut Begini.
7. Jika ketat gunakan tools untuk buka paip air.
8. Dah terbuka.
9. Bersihkan menggunakan berus.
10. Sediakan paip baru.
11. Longgarkan Screw collar ni dan cabut dahulu leher paip.
12.Balut pita Teflon ikut arah jam.
13. Balut macam ni dalam 20 – 30 pusingan.
14. Balut.
15. Masukkan dan pusing gunakan tangan.
16. Lapik kain atau Tisu tebal dan ikat secukup rasa, jangan memaksa. ngam ngam jer.
17. Bersih dan keringkan kawasan ini.
18. Lepas buka stopcock di paip utama, biarkan 5-10 minit dan periksa jika ada sebarang kebocoran.
19. Pasang semula leher kepala paip, ikat screw semula.
20. Dah siap. Kepala paip boleh digunakan tanpa was was. Terima kasih.
Semoga Bermanfaat!
Baca Lagi Di Sini:Nak Jimat Bil Elektrik Dan Air, Selalu Selengara Perkakas Di Rumah
Mesti Baca:DIY Repair Dinding Lembap Cat Mengelupas, Jimat Bajet & Berkesan!
Artikel Menarik:Dinding Rumah Retak, Ini Cara Tutup & Baikinya Sendiri
IMPIANA: Semoga perkongsian ini bermanfaat dijadikan panduan. Jadi jika kepala paip singki di dapur tu patah, cuba DIY sendiri dulu tak perlu panggil tukang paip. Puas hati dan lebih jimat.
Sumber: Ridwan Safar
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.