Pemilihan kemasan lantai atau dinding dengan ‘pattern’ yang tepat mampu menaikkan lagi seri pada ruang kediaman. Ada beberapa pattern atau pola kemasan jubin yang boleh dipertimbangkan supaya interior kediaman menjadi lebih menarik.
1. Chessboard
Susunan jubin segi empat sama menyerupai pola papan catur. Ia mempunyai 2 warna berbeza yang disusun secara berselang seli. Pattern ini kelihatan elegan dan mewah namun perlu dipadankan dengan dekorasi yang sederhana supaya tidak terlalu menonjol dan tetap nampak ‘classy’.
2. Herringbone
Herringbone atau pola ‘tulang ikan’ ini antara pattern lantai yang menjadi kegemaran ramai. Jubin bersaiz segi empat tepat diletakkan pada sudut 45 darjah untuk membentuk bentuk V, menghasilkan reka bentuk zigzag. Corak ini memberikan penampilan visual kemasan lantai yang menarik, kemas dan cozy.
3. Straight Lay Pattern
Pola jubin ini cukup klasik dan sederhana. Ia banyak digunakan pada kebanyakan kediaman kerana pemasangannya mudah, hanya disusun dalam garis lurus. Pattern ini sesuai bagi yang sukakan konsep tidak terlalu menonjol, namun kelihatan rapi, bersih dan kemas.
4. Diagonal Lay Pattern
Pemasangan jubin dengan pola ini seperti ‘Straight Lay’ namun ia menggunakan jubin berukuran segi empat sama yang dipasang pada sudut 45 darjah membuatkan ia kelihatan berbentuk seperti berlian (diamond). Pola ini paling sesuai digunakan pada ruangan yang kecil seperti bilik air dan backsplash dapur bagi memberikan ilusi yang lebih luas.
Ads
5. Brick Pattern
Brick pattern atau juga dikenali ‘subway tiles’. Pola ini secara umumnya seperti susunan batu bata. Pilihan jubin berukuran segi empat tepat yang dipasang secara horizontal dapat memberikan efek luas manakala secara vertikal memberikan kesan tinggi pada ruang kediaman.
6. Mosaic Tile Pattern
Pattern ini adalah jubin bersaiz kecil dengan bentuk berulang dan pelbagai warna dalam satu permukaan. Ia menambah aksen dan tekstur permukaan menjadikan ruang tampak lebih menarik. Ia sesuai diletakkan pada ruang yang kering, bukan di ruang yang basah dan lembab seperti backsplash dapur, lantai mahupun dinding bilik air. Celahan ‘grout’ mudah kotor dan sukar untuk dibersihkan.
Ads
7. Oversized
Bagi yang menyukai konsep minimalis dan ‘clean’, pattern oversized ini sangat sesuai dan praktikal untuk ruang kediaman anda. Ukuran jubin yang bersaiz besar membuatkan ruang kediaman tampak lebih luas, kemas dan bersih. Pattern jubin sebegini kian menjadi pilihan bagi hiasan dalaman rumah kerana nampak cukup bergaya dan moden.
8. Hexagonal
Jika ingin merubah ‘mood’ sesebuah ruang boleh mencuba pattern Heksagonal ini. Ia membuatkan ruang nampak lebih ‘playful’ dan tidak terlalu kaku berbanding pola selamat seperti Straight Lay. Boleh gunakan satu warna atau beberapa rona pada pola ini yang sesuai dengan pallette di ruang kediaman anda.
9. Striped Pattern
Pola berjalur ini sesuai digunakan pada ruangan yang kecil kerana ia mampu memberi kesan luas dan tinggi. Hanya memerlukan jubin dengan 2 rona berbeza dan disusun mengikuti garis lurus horizontal atau vertikal.
Ads
10. Bordered Pattern
Pattern ini mampu memberi ilusi jubin yang dipasang kelihatan seperti ‘karpet’. Anda bebas menentukan pilihan corak dan aksen motif yang diinginkan pada permukaan jubin, namun mempunyai ‘border’ yang memisahkan ruang tersebut.
Sinki dapur mula berkarat, ini yang membuatkan dapur nampak tak cantik.
Kebanyakkan punca penyakit adalah dari makanan. Bukan sekadar disebabkan oleh makanan yang terdedah boleh mengakibatkan penyakit, malah cara dan ruang kendalian yang digunakan turut mempengaruhi kebersihan makanan itu. Oleh itu, untuk memastikan sesuatu makanan selamat dan bersih, perkara pertama yang perlu diperhatikan adalah dapur.
Dapur antara agen paling mudah menyebarkan penyakit walaupun pada mata kasarnya ia kelihatan bersih. Oleh itu, sekecil-kecil perkara terutamanya kebersihan perlu diperhati. Antara tempat atau ruang yang ada kalanya kita tak perasan masih kotor adalah pada meja atau countertop, papan pemotong, pisau dan pelbagai lagi. Namun, yang paling dilupakan adalah sinki.
Sinki adalah tempat paling mudah menjadi habitat bakteria yang mengundang penyakit kerana ia sentiasa dalam keadaan lembap. Ramai ingat, sinki yang digunakan untuk mencuci paling bersih di antara ruang lain di dapur kerana ia kerap dicuci. Hakikatnya ada masalah lain. Antara masalah yang kurang diteliliti pada sinki adalah karat. Karat kalau tidak diselesaikan cepat bukan sekadar mencemarkan makanan, malah berbahaya kepada keselamatan.
Selain itu juga, masalah kesan klorin atau bahasa sains nya hard water. Klorin lama kelamaan jika ia bertindak dengan material seperti besi atau aluminium, ia akan meninggalkan kesan keputihan atau bercapuk. Lama kelamaan, sinki yang berkilat tadi akan cepat menjadi kusam dan kelihatan buruk. Bila penjagaan tidak dilakukan segera, maka kesan klorin tadi akan susah untuk dibersihkan. Maka, akan berlakulah kerja-kerja menyental dengan kuat. Bila dah sental dengan sepenuh hati, sudah pasti permukaan sinki tadi akan calar.
Tahukah anda, permukaan sinki yang bercalar tadi akan menjadi habitat bakteria? Haaa! terkejutkan. Jadi bagi mengatasi masalah ini berlaku, apa kata anda bersihkan kesan klorin pada sinki dengan cara yang dipaparkan dalam video ini. Hanay gunakan bahan dapur sahaja, kesan klorin tidak perlu disental.
Selain itu juga, masalah tersumbat memang ramai yang selalu alami. Tapi ramai yang tidak tahu ada cara mudah untuk atasi masalah tersumbat. Caranya ialah hanya gunakan baking soda dan juga cuka makan. [klik sini]
4 Sebab Untuk Elakkan Tema Dapur Putih. Dapur dengan tema putih sememangnya popular. Tema putih memang tidak ditelan zaman, namun dapur dengan tema putih ini bukanlah untuk semua orang.
Walaupun tema putih popular kerana kesannya yang bersih dan cerah, terdapat banyak pilihan warna dan corak lain yang juga boleh memberikan kesan menarik dan selesa untuk ruang dapur anda.
Elakkan tema putih di dapur mungkin adalah pandangan yang berbeza bergantung kepada keperluan dan keinginan peribadi. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa pertimbangan yang boleh dipertimbangkan apabila memilih dapur dengan tema putih:
1. Kesukaran Penjagaan
Dapur adalah tempat di mana kekotoran, minyak, dan bahan makanan mudah melekat di permukaan. Warna putih mungkin menampakkan kotoran dan noda dengan lebih jelas berbanding warna yang lebih gelap atau berwarna. Ini mungkin membuat dapur kelihatan kurang bersih atau memerlukan penyelenggaraan yang lebih kerap.
2. Pucat dan Membosankan
Walaupun warna putih memberikan tampilan yang bersih dan luas, terlalu banyak putih tanpa unsur warna atau kontra boleh membuat dapur kelihatan terlalu pucat atau membosankan. Memilih kombinasi warna yang lebih hidup atau permainan warna yang kontra boleh menambahkan kehangatan dan keceriaan kepada dapur.
3. Warna Mudah Luntur/Berubah
Warna putih mungkin juga lebih mudah menjadi kusam atau berubah warna akibat pendedahan berterusan kepada haba dan cahaya. Ini mungkin memerlukan usaha yang lebih untuk mengekalkan kelihatan putih asal.
4. Ketidakselesaan Visual
Beberapa orang mungkin menganggap warna putih tidak memberikan keselesaan atau ketenangan visual seperti warna-warna lain. Ini kerana warna-warna lembut atau lembut mungkin memberikan suasana yang lebih menarik dan bersahaja untuk dihidupkan.
IMPIANA: Oleh itu, memilih tema warna untuk dapur adalah pandangan dan pilihan peribadi yang bergantung kepada estetika, gaya hidup, dan keperluan penjagaan.
Mungkin ada di kalangan gengdekor kita yang mempunyai kediaman besar . Atau pun lebihan kamar untuk dikongsi bersama. DI kalangan kita juga tidak ramai yang mahu membina kamar untuk tetamu. Mungkin sudah budaya kita, tetamu jarang mahu menghabiskan masa atau bermalam di kediaman kita. Namun jika lokasi kediaman anda terletak agak jauh daripada pekan mahu pun kediaman hujung minggu anda agak jauh daripada laluan kenderaan awam, mengapa tidak diwujudkan kamar tetamu.
Sebenarnya bila bercakap soal tetamu, bukanlah bermakna tetamu formal. Ia boleh jadi sepupu anda, sanak saudara, ibu bapa mertua yang bertandang, rakan lama mahu pun anak saudara kita yang mahu menghabiskan masa di kediaman kita sementara menanti cuti sekolah. Jadi bagaimana ruang yang ada boleh kita ubah dan hias agar dapat memberi keselesaan kepada mereka?
Siapa tahu dengan pengalaman yang ada, anda kini sudah boleh membina dan menghias HOME STAY sendiri. Sebetulnya kamar tetamu ini boleh dihias dengan menggunakan katil bujang atau pun queen. Terpulang kepada anda.Ia berdasarkan siapakah tetamu yang sering bertandang ke kediaman anda. Jika ibu bapa anda suka datang ke kediaman anda, bolehlah anda menyediakan katil yang cukup sesuai.
Sedar menghias. Selalunya elakkan hiasan yang terlalu banyak dan mudah dibersihkan. Maklumlah bukan setiap hari kamar ini digunakan. Keperluan asas perlu ada termasuk bekas keperluan peribadi. Kabinet almari yang sederhana besar dan mungkin disediakan televisyen sebagai usaha memberi nilai privasi kepada tetamu anda. Tidak salah jika and menyediakan bantal atau selimut lebih. Bagi yang sensitif mungkin boleh menyediakan barangan peribadi sekiranya mereka terlupa untuk bawa seperti berus gigi, tuala dalam , syampu dan sebagainya.
Dari aspek pemilihan warna, tiada batasan. Cuma seeloknya anda memilih warna yang mendamaikan , neutral atau warna lembut sebagai satu terapi. Kita bukan mudah untuk melelepkan mata di kamar baru atau kediaman orang. Itulah yang kita perlu pertimbangkan untuk tetamu kita. Simple-simple je di IMPIANA.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.