Dekorasi

Ini Jenis ‘Pattern’ Kemasan Jubin Dapat Naikkan Seri Ruang Kediaman

Share

Pemilihan kemasan lantai atau dinding dengan ‘pattern’ yang tepat mampu menaikkan lagi seri pada ruang kediaman. Ada beberapa pattern atau pola kemasan jubin yang boleh dipertimbangkan supaya interior kediaman menjadi lebih menarik.

1. Chessboard

Susunan jubin segi empat sama menyerupai pola papan catur. Ia mempunyai 2 warna berbeza yang disusun secara berselang seli. Pattern ini kelihatan elegan dan mewah namun perlu dipadankan dengan dekorasi yang sederhana supaya tidak terlalu menonjol dan tetap nampak ‘classy’.

2. Herringbone

Herringbone atau pola ‘tulang ikan’ ini antara pattern lantai yang menjadi kegemaran ramai. Jubin bersaiz segi empat tepat diletakkan pada sudut 45 darjah untuk membentuk bentuk V, menghasilkan reka bentuk zigzag. Corak ini memberikan penampilan visual kemasan lantai yang menarik, kemas dan cozy.

3. Straight Lay Pattern

Pola jubin ini cukup klasik dan sederhana. Ia banyak digunakan pada kebanyakan kediaman kerana pemasangannya mudah, hanya disusun dalam garis lurus. Pattern ini sesuai bagi yang sukakan konsep tidak terlalu menonjol, namun kelihatan rapi, bersih dan kemas.

4. Diagonal Lay Pattern

Pemasangan jubin dengan pola ini seperti ‘Straight Lay’ namun ia menggunakan jubin berukuran segi empat sama yang dipasang pada sudut 45 darjah membuatkan ia kelihatan berbentuk seperti berlian (diamond). Pola ini paling sesuai digunakan pada ruangan yang kecil seperti bilik air dan backsplash dapur bagi memberikan ilusi yang lebih luas.

5. Brick Pattern

Brick pattern atau juga dikenali ‘subway tiles’. Pola ini secara umumnya seperti susunan batu bata. Pilihan jubin berukuran segi empat tepat yang dipasang secara horizontal dapat memberikan efek luas manakala secara vertikal memberikan kesan tinggi pada ruang kediaman.

6. Mosaic Tile Pattern

Pattern ini adalah jubin bersaiz kecil dengan bentuk berulang dan pelbagai warna dalam satu permukaan. Ia menambah aksen dan tekstur permukaan menjadikan ruang tampak lebih menarik. Ia sesuai diletakkan pada ruang yang kering, bukan di ruang yang basah dan lembab seperti backsplash dapur, lantai mahupun dinding bilik air. Celahan ‘grout’ mudah kotor dan sukar untuk dibersihkan.

7. Oversized

Bagi yang menyukai konsep minimalis dan ‘clean’, pattern oversized ini sangat sesuai dan praktikal untuk ruang kediaman anda. Ukuran jubin yang bersaiz besar membuatkan ruang kediaman tampak lebih luas, kemas dan bersih. Pattern jubin sebegini kian menjadi pilihan bagi hiasan dalaman rumah kerana nampak cukup bergaya dan moden.

8. Hexagonal

Jika ingin merubah ‘mood’ sesebuah ruang boleh mencuba pattern Heksagonal ini. Ia membuatkan ruang nampak lebih ‘playful’ dan tidak terlalu kaku berbanding pola selamat seperti Straight Lay. Boleh gunakan satu warna atau beberapa rona pada pola ini yang sesuai dengan pallette di ruang kediaman anda.

9. Striped Pattern

Pola berjalur ini sesuai digunakan pada ruangan yang kecil kerana ia mampu memberi kesan luas dan tinggi. Hanya memerlukan jubin dengan 2 rona berbeza dan disusun mengikuti garis lurus horizontal atau vertikal.

10. Bordered Pattern

Pattern ini mampu memberi ilusi jubin yang dipasang kelihatan seperti ‘karpet’. Anda bebas menentukan pilihan corak dan aksen motif yang diinginkan pada permukaan jubin, namun mempunyai ‘border’ yang memisahkan ruang tersebut.

Mesti Baca:Jubin Lantai Kusam Bercapuk Kembali Cantik Berseri Guna Cat Epoxy!
Baca Lagi Di Sini:Tip Pilih Jubin, Jangan Asal Berkenan Terus Pilih, Bukan Semua Jenis Kediaman Sesuai
Artikel Menarik:Lantai Rumah Atau Jubin Semakin Kusam Dah Tak Berkilat Macam Dulu, Guna 2 Bahan Ni Untuk Serikan Kembali

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

IKLAN