Laman

Ini Khasiat Dan Perbezaan Bangun-Bangun Dan Mangun Yang Ramai Tak Tahu

Share

Ramai Keliru antara pokok bangun-bangun dan mangun. Namun kedua-duanya mempunyai aroma yang unik dan kegunaan berbebaza. Untuk merungkai permasalahan dan isu ni. LAMAN Impiana berkongsi satu artikel yang dipetik dari facebook NorAinon Othman

Bangun-bangun (Plectranthus amboinicus )
Bangun-bangun, bebangun, pokok ubat batuk, raja bangun, hati-hati hijau atau sedingin ataupun nama saintifiknya Plectranthus amboinicus / Coeus amboinicus merupakan sejenis herba wangi dan boleh dimakan.

Jus dari daunnya boleh melegakan batuk dan asma. Rebus kira-kira segenggam daunnya hingga mendidih dan minum setelah suam.
Daunnya berbau wangi dan boleh dijadikan ulam. Ada juga yang menjadikannya sebagai aroma dalam minuman teh.

Bagi sakit kepala, ramas daunnya dan lekapkan pada dahi pesakit. Bagi menyedarkan orang yang pitam pula, ramasan daun hendaklah didekatkan pada hidung.
Untuk penawar gigitan binatang, tumbuk daunnya dan ditampal pada bahagian yang digigit. Ia dimakan bagi melancarkan pengaliran darah, merawat sembelit, asma, haid bermasalah, kencing bernanah, sakit kepala (migrain), sakit perut, batuk, pelbagai penyakit kulit, gastrik dan buasir.

Ia juga dimakan bagi meningkatkan selera makan, daya imunisasi badan, kesan awet muda dan mendapatkan kesan antioksidan

Mangun (Plectranthus spp.)
Tumbuhan dikenali dengan nama ‘mangun’ di kalangan penduduk kampung di Negeri Sembilan ini merupakan sebahagian daripada bahan yang digunakan di dalam penyediaan gulai tempoyak daun. Daunnya seakan nilam atau bangun-bangun tetapi lebih nipis, berbulu dan memiliki aroma serta rasa lemon. Hidup dengan subur di tanah lembap yang kaya dengan humus dan bersaliran baik. Menghasilkan bunga berwarna ungu di dalam persekitaran yang sesuai.

Published by
Impiana