Ini Lalat, Banyak Masalah Dunia Lah. Sekali Letak Senjata Ni, Mesti Tak Akan Datang Lagi

Share

Setiap kali nak makan je mesti ada lalat. Lalatnya bukan sekor je, kadang-kadang sekampung dibawaknya macam rombongan. Kekadang terasa rimas. Kita nak makan dengan tenang ni tapi lalat tengah terbang dikeliling kita dan makanan kita. Jadi sebab itulah hari ini saya nak menceritakan beberapa petua dan cara untuk membuatkan lalat tidak datang dekat kita apabila sedang makan.

LIMAU PERUT DAN CENGKIH

Limau perut dan cengkih ini, kita sudah tahu ia mengeluarkan bau dan aroma yang wangi. Akan tetapi, ia tidak kepada lalat kerana lalat tidak suka akan bau yang wangi. Jadi, apa caranya? Caranya adalah potongkan limau purut, lemon, atau limau nipis kepada 2 bahagian. Kemudian, cucukkan cengkih seperti dalam gambar di bawah ini. Biarkan limau ini di atas meja makan atau di mana-mana yang banyak lalat.

GANTUNGKAN PLASTIK YANG BERISI AIR DI TEMPAT TINGGI

Cara ini selalunya kita biasa lihat di kedai-kedai atau warung. Caranya senang sahaja, isikan air ke dalam sebuah plastik jernih dan gantungkan pada tempat yang banyak lalat. Kalau nak elakkan daripada memasuki rumah, gantungkan pada pintu dan tingkap. Menurut dari  Home Remedies For Life

, tindakan ini akan mempengaruhi deria penglihatan lalat. Lalat juga dipercayai akan menjauhinya kerana ilusi optik seakan-akan sarang labah-labah.

LILIN YANG AROMA WANGI

Nyalaan lilin sudah memadai untuk menghalau lalat kerana mereka tidak suka dengan haba, tetapi, jikalau lebih baik, lilin yang digunakan itu lilin yang ada aroma yang wangi seperti ada bau lavender, lemon, atau pudina. 3 bahan itu amat dibenci dan tidak disukai oleh lalat.

Baik, anda sudah pun baca cara-cara untuk menghalau lalat dari rumah anda. Saya berharap selepas membaca artikel ini, lalat tidak ada lagi di dalam rumah. Semoga berjaya!

Sumber: Sirap Limau, Penulis: Nazurah Hassan (https://siraplimau.com/5petua-halau-lalat-berkesan-semulajadi/)

Published by
Yasin