Laman

Ini Rahsia Kenapa Dr. Hamid Arshat Penuhkan Laman dengan Ulam Raja

Share

Zaman sekarang, masalah darah tinggi dah tak kenal usia. Bila ada tekanan emosi dan stress yang melampau di usia muda pun boleh menyebabkan masalah ini terjadi. Silap-silap boleh mengakibatkan strok.

Impiana kagum dengan laman di kediaman milik pakar sakit puan dan pemilik Jabarnur Dr. Hamid Arshat. Laman nya dipenuhi dengan pokok ulam raja. Nak tahu kenapa? jom baca perkongsian Dr. Hamid Arshat di dalam FB page milik beliau.

Beberapa panduan untuk mengawal tekanan darah. Bila umur meningkat 50 tahun ke atas, ramai yang mengidap penyakit darah tinggi.

Saya pun bila kepenatan dan stress, tekanan darah saya Naik 150/90 Mm Hg. Kadang-kadang saya makan ubat untuk kawal . Alhamdulillah biasa nya pressure saya 130/80 mm Hg.

Tekanan darah meningkat sebab saluran-saluran darah menjadi sempit akibat dari timbunan lemak pada dinding-dinding (atherosclerosis). Sering dikaitkan dengan kolesterol tinggi dan ini berlaku perlahan-lahan dengan chronic inflammation.

Bila saluran darah sempit jantung perlu mengepam darah dengan kuat dan tekanan darah meningkat untuk menyampaikan bekalan oksigen dan makanan kepada tisu-tisu dalam organ-organ terpenting

Risiko dalam jangka panjang ialah serangan jantung dan angin ahmar serta lain-lain gejala kesihatan.

1. Kawal berat badan. Kegemukan merupakan salah satu penyebab darah tinggi. Kurangkan makan makanan bergula dan karbohidrat.Kurangkan makanan bergoreng, bersantan, kuih-kuih manis, coklat manis dan elakkan dari mengambil air ber soda.
Kurangkan makan daging merah – lembu dan kambing.

2. Lakukan senaman ringan 30 minit setiap hari. Senaman ringan meningkatkan aliran darah pada tisu-tisu dan organ. Disamping menurunkan kolesterol dan gula dalam darah.

Exercise merangsang pengeluaran endorphin dari otak menjadikan kita tenang dan ceria.

3. Kawal stress. Minda yang tenang dan emosi ceria dapat kawal tekanan darah. Banyak bersabar, tahan marah, jadi orang pemaaf. Cukup rehat dan tidur. Banyak berzikir, berselawat, tafakkur, lakukan deep breathing exercises, yoga.

4. Makanan makanan yang mengandung vitamin C, beta carotene, flavonoid, antioxidant. Ia membantu kawal tekanan darah, dengan menyekat chronic inflammation dan bantu baik pulih sel-sel dan tisu-tisu.


Sayuran-sayuran hijau bayam, sawi, ulaman seperti ulam raja, sambung nyawa, mint.
Juz ulam raja, selain bertindak mengawal kolesterol dan gula dalam darah, ia juga anti kanser. Amalkan makan buah-buahan seperti- mangga, tembikai, keledek merah, carrot, berries.


5. Amalkan minum jus lemon, limau nipis, limau kasturi, grapefruit

khususnya selepas makan daging.. Air limau boleh mencairkan lemak dan bertindak sebagai anti inflammatory. Juga amalkan minum teh halia dan green tea, kedua-dua mengandungi bahan antioxidant dan anti inflammatory.

6. Fish oil, Minyak kelapa dara, extra virgin olive oil. Ikan salmon dan mackerel mengandungi Omega3 dan DHA, yang anti inflammatory.

Sumber: Dr Hamid Arshat

Published by
Impiana