Laman

Ini Resepi Mudah Buat Sendiri Racun Organik Untuk Halau Serangga Pemakan Daun

Share

Penghalau serangga multi purpose ini mampu mengawal kehadiran hampir kesemua jenis serangga perosak. Ia merupakan gabungan bahan organik seperti bawang, cili dan cecair sabun. Anda boleh menggunakan semburan ini terhadap serangga yang pemakan daun. Larutan ini boleh menyebabkan iritasi pada kulit dan mata manusia. Oleh itu, pakai sarung tangan dan jarakkannya daripada mata dan hidung semasa menggunakannya.

Bahan –bahan

Botol penyembur

Kain sebagai penapis

Mangkuk bancuhan

2 biji bawang

2 biji cili

1 labu bawang putih

1 sudu sabun cucian cecair

Kaedah penyediaan

Campurkan kesemua bahan di dalam mesin kisar, tambahkan air dan kisar sehingga hancur kesemuanya. Kemudian, tapis bahan ini menggunakan kain dan tambahkan sabun cecair ke dalam air yang telah ditapis. Kacau sebati. Sembur larutan ini pada tanaman di bahagian atas dan bawah daun. Larutan ini boleh digunakan setelah seminggu disimpan di tempat tertutup di dalam peti sejuk.

Published by
Asmar Zakri