Dikenali sebagai Tonkin Jasmine atau nama saintifiknya Telosma cordata, bunga ini mempunyai bau harum yang kuat seperti bunga jasmin serta boleh dimakan. Ia adalah sejenis pokok memanjat yang boleh ditemui di Asia Tenggara, China dan India. Daunnya hijau berkilat berbentuk hati yang kelihatan menarik serta bercambah dengan lebatnya. Bunganya pula bersaiz kecil berwarna hijau hadir dalam kelompok dan akan bertukar kepada warna kekuningan apabila matang. Kebiasaannya anda akan menyedari akan bau wangian bunga ini pada waktu pagi ketika ia sedang mekar berkembang. Bunga ini juga begitu hebat aromanya apabila pati minyak dari Telosma cordata digunakan dalam penciptaan minyak wangi terkenal di dunia , Chanel No.5 , sekali gus menjadikan ia setaraf dengan ‘minyak wangi tumbuhan’ yang lain iaitu, Cananga odorata ataupun dikenali sebagai Ylang Ylang.

Ini Rupa Bunga Jasmin Yang Menaikkan Aroma Minyak Wangi Terkenal Chanel No 5

Telosma cordata ini juga terkenal dengan sumber nutrien yang terkandung di dalamnya seperti serat, kalsium, fosforus, besi, vitamin A, B , C dan niasin. Ornamental plant yang turut digunakan dalam masakan sama ada ia digoreng sebagai sayuran atau direbus dan dimakan dengan nasi. Menanam pokok ini mudah asalkan ia ditanam di kawasan yang mendapat cahaya matahari penuh serta tanah bersaliran baik. Selain itu sediakan ruang yang secukupnya untuk tumbuhan memanjat ini menjalar dan merebak.

Ini Rupa Bunga Jasmin Yang Menaikkan Aroma Minyak Wangi Terkenal Chanel No 5

Ads

Telosma cordata boleh dibiakkan atau disemai menggunakan teknik keratan batang. Sebaiknya semai batang pokok tanpa akar lebih kurang 3 inci atau 4 inci panjang ke dalam pasu kecil berisi tanah baja. Isikan tanah semaian di dalam bekas semaian atau pasu dengan diameter 14 cm (lebih kurang 5.5 inci). Isikan dengan tanah semaian atau topsoil yang digaul dengan pasir dan baja tinja ayam (nisbah 2:1:1). Selepas dua minggu anda akan nampak ia mula mengeluarkan akar.

 

Ads

Agar tumbuhan yang ditanam mempamerkan karakter dan fizikal terbaiknya untuk tatapan penghuni kediaman, pastikan anda mempunyai rutin penyelenggaraan agar pokok telosma ini terjaga dengan baik. Lakukan pembajaan dan pangkasan berkala untuk menghindar pokok ini dari diserang oleh serangga dan penyakit tanaman. Selain itu tumbuhan ini juga sesuai dijadikan tumbuhan hiasan di pergola, patio, anjung, pagar dan tingkap kediaman anda. Ia akan menjalar dan memberi efek terbaik buat taman anda.

Ads

Ini Rupa Bunga Jasmin Yang Menaikkan Aroma Minyak Wangi Terkenal Chanel No 5

 

 

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI