Kenapa perlu wanita ada aset sebuah rumah? Kebiasaanya, urusan membeli rumah pasti diserahkan pada suami. Nama di gran hanya ada nama si suami sahaja. Namun menurut website Majalah Labur, keadaan telah berubah. Disebabkan oleh masa kini wanita lebih berdikari dan mempunyai kerjaya yang baik, seharusnya setiap wanita walaupun yang telah berumah tangga mempunyai sekurang-kurangnya satu aset rumah. Berikut 4 sebab yang telah disenarikan oleh Majalah Labur:
1. Persediaan Jangka Masa Panjang
Sebagai seorang wanita yang menjalani kehidupan pada zaman kini, anda perlu lebih jauh berfikiran ke hadapan. Cuba tengok masa depan untuk tempoh masa 10 dan 20 tahun akan datang.
Sekiranya berlaku dugaan atau lebih teruk lagi perceraian, sekurang-kurangnya anda ada juga tempat tinggal untuk diri sendiri dan anak-anak.
Bukan itu sahaja, jika kematian suami; dapat juga elakkan daripada pergaduhan berkenaan harta yang perlu dibahagi-bahagikan – termasuklah rumah Allahyarham suami tersebut.
2. Atasi Masalah Kewangan Selepas Berkahwin
Semua orang tahu bahawa cabaran selepas berkahwin adalah sangat berbeza daripada ketika sedang bercinta. Tidak semua keadaan menjadi indah seperti yang diimpikan.
Lebih-lebih lagi apabila menyentuh bab berkaitan dengan kewangan. Jika silap pengurusannya, boleh timbul pergaduhan dan masalah dalam rumah tangga.
Jika anda memilki rumah sendiri, anda boleh gunakan rumah tersebut untuk disewakan atau pun refinance semula untuk mendapat modal untuk memulakan perniagaan. Dengan duit tersebut, bolehlah meringankan beban kewangan keluarga.
Jom sertai bengkel smart farming bersama Mommy Mai. Untuk pendaftaran klik link yang tertera https://toko.ideaktiv.com/product/impiana-workshop/
3. Jadi Suri Rumah
Sudah menjadi impian semua wanita yang berkeluarga untuk menjadi suri rumah sepenuh masa. Dengan adanya rumah sendiri, anda boleh jadikannya sebagai pendapatan anda sendiri. Maka dapatlah anda jadi seorang suri rumah bagi menguruskan rumah tangga dan anak-anak.
Baca juga: Beli Hartanah Tapi Tak Boleh Pindah Milik Nama Anda? Peguam Ini Kongsi Cara Yang Boleh Anda Buat
Kalau nak sewakan rumah anda, boleh baca Fakta Menarik Mengenai Airbnb Di Kuala Lumpur (KL). Dengan pendapatan purata untuk satu rumah sebanyak RM2,857 sebulan, dah boleh bayar instalment untuk rumah berharga RM550 ribu – RM600 ribu.
4. Tambah Pendapatan
Dah jadi suri rumah, boleh usahakan perniagaan dari rumah seperti berniaga tudung online, buat bisnes dropship dan sebagainya.
Nak jadi full-time trader dengan jual beli saham pun boleh. Sambil masak boleh kaut untung di pasaran saham Bursa Malaysia.