Ini Teknik Betul Basuh “Comforter” Tebal Guna Mesin Basuh Di Rumah

Share

Ramai antara kita yang memilih untuk hantar toto atau comforter ke dobi kerana beranggapan toto yang tebal pastinya leceh untuk dicuci.

Walhal, dengan mengikuti teknik genius perkongsian Puan Nurul Ain Syed Mohd ini, memang ternyata amat mudah untuk mencuci sendiri toto sendiri.

Tak perlu lagi anda susah-susah angkat keluar/masuk kereta toto yang berat tu.

Lihat caranya :

CARA BASUH COMFORTER/ TOTO

Dulu selalu pakai cara A. Namun selepas jumpa cara basuh comforter/toto/selimut dengan betul itu hari, sekarang saya guna cara B pula. Katanya dobi pun basuh macam ni.

Kenapa? Untuk elak material comforter dari rosak. Tak mahulah terburai isinya atau terkoyak apabila habis proses basuhan nanti kan. Hurm. Mungkin ada betulnya juga.

Caranya mudah ya amat.

1. Gulung gulung dulu sebelum masuk mesin

Gulung ikut saiz mesin. Saya guna mesin 8kg

2. Pastikan masuk secara menegak seperti dalam gambar B.

3. Letak bahagian kotor dibahagian luar gulungan untuk pembersihan lebih efektif.

Hasilnya, memang bersih dan material tak rosak. Perlu letak cecair pencuci lebih sikit.

Apapun ini sesuai untuk kotoran minor sahaja.

Jika ada sebarang najis atau kotoran melampau perlulah dibersihkan terlebih dahulu. Selepas itu, baru boleh masuk mesin. Taknak masuk mesin pun tak mengapa. Lambatlah sikit keringnya nanti. Terpulang.

.
Kalian pula guna cara yang mana. A atau B?

Published by
amalina