Ini Teknik Pasti Menjadi Untuk Hasilkan Pokok Kemboja Pelbagai Warna. Kita biasa dengar pokok bunga kertas di kahwinkan untuk menghasilkan pelbagai rona bunga dalam satu pokok. Tapi, jarang sekali kita dengar pokok kemboja atau frangipani melakukan proses yang sama kan.
Silap-silap ada yang langsung tak pernah dengar. cantuman atau grafting bagi pokok kemboja banyak dilakukan di negara-negara sub-tropika. Selain menghasilkan bunga yang berwarna warni di dalam satu pokok, ia berupaya mempercepatkan penghasilan bunga. Sebab itu, ada yang kita nampak pokok yang masih muda menghasilkan bunga yang awal.
Terdapat pelbagai teknik sebenarnya untuk cantuman kemboja. Namun, bagi Brendon teknik wedges cut graft yang dicadangkan lebih mudah dan 90% berjaya. Nak tahu macam mana? jom kita belajar dari perkongsian Brandon’s di akaun Youtubenya Brandon’s Plumerias.
Bahan dan peralatan
Pokok penanti
Sebatang pokok cantuman yang bersesuaian
Papan untuk memudahkan potongan
Pisau pemotong betul-betul tajam dan bersih
Tisu
Cable tight
Rubbing alcohol
Medical tape
Duct tape
Cara-cara:
1. Pilih batang yang akan dijadikan cantuman. Pastikan ia bebas dari penyakit, sihat dan mempunyai saiz yang hampir sama dengan batang penanti
2. Lap pada batang penanti dan dahan cantuman dengan rubbing alcohol untuk memastikan ia bebas dari sebarang bakteria dan penyakit dengan menggunakan tisu
3. Suai padan batang cantuman dengan penanti untuk mendapatkan ukuran yang bertepatan untuk cantuman
4. Gunakan blok kayu untuk memudahkan anda memotong batang penanti yang akan dilakukan cantuman. Pastikan potongan yang dilakukan tegak.
Ads
5. Sediakan pula tempat cantuman dibatang penanti dengan membuang separuh dari bahagian cantuman seperti yang ditunjukkan dalam gambar. Panjang batang yang perlu dibuang adalah 2.5-3 inci dari potongan asal
Tip: Melalui potongan ini, cantuman bukan sekadar bersentuh di bahagian sisi, malah di dasar batang. Secara tidak langsung ia menjadikan cantuman lebih stabil dan cepat bercantum
6. Lakukan keratan yang sama pada batang cantuman
Ads
7. Gunakan cable tight untuk mengukuhkan kedudukan cantuman buat sementara waktu dan balutkan dengan medical tape pada sekitar kawasan cantuman.
8. Buang ikatan cable tight semantara tadi dan sambung dengan melekatkan medical tape pada bahagian cantuman yang lain.
Ads
9. Balutkan keseluruhan bahagian cantuman yang telah ditutupi oleh medical tape dengan duct tape bagi mengelak hidrasi dan basah. Kemudian diikat semula dengan cable tight untuk mengukuhkan cantuman. Akhir sekali, tutup cantuman dengan plastik untuk mengekalkan kelembapan.
10. Setelah 10 hari, plastik yang membalut cantuman, cable tight dan duct tape perlu di buka untuk memberi ruang bahagian cantuman bernafas. Kebiasaannya, jika duct tape dan cable tight di biarkan terus, ia akan merosakkan bahagian cantuman dan akan mengakibatkan kegagalan.
Cara Pastikan POKOK BUNGA KERTAS Hidup Subur & Lebat Berbunga! Bunga kertas atau nama saintifiknya Bougainvillea merupakan tanaman landskap yang sering ditanam di taman-taman, kawasan perumahan dan kawasan laman hiasan.
Ia berwarna warni, mudah untuk dijaga dan boleh menghasilkan rimbunan yang sangat indah. Ia juga boleh membesar sehingga 7 meter dan hidup melebihi 20 tahun.Semasa pokoknya berbunga, kebiasaannya kebanyakan daunnya akan luruh dan meninggalkan bunga-bunga yang menarik.
Bunga ini boleh dikenali dengan mudah dengan kelopak yang nipis seakan kertas.
Boleh ditemui dalam pelbagai warna yang seperti merah, ungu, putih dan jingga, terdapat sesetengah penggemar tanaman turut ‘mengahwinkan’ dua atau lebih jenis bunga ini menerusi teknik cantuman sisi untuk menghasilkan pokok Bougainvillea dengan warna campuran yang unik.
Bagi pecinta LAMAN yang meminati pokok ini, ada 8 tip yang patut anda tahu jika mahu pastikan bunga kertas hidup subur dan mengeluarkan bunga yang banyak.
1. Tanam Terus Atas Tanah
Pokok bunga kertas akan tumbuh lebih subur jika ditanam di atas tanah berbanding di dalam pasu. Ini kerana keupayaan akar mencari nutrien untuk pertumbuhan pokok lebih baik.
2. Pindahkan Kawasan Berpasir
Sebolehnya pindahkan pada kawasan tanah jenis sedikit berpasir. Jenis tanah ini mempunyai pori-pori kecil yang berfungsi untuk melancarkan aliran udara. Selain itu, pasir juga mampu menstabilkan kelembapan.
3. Tanah Tidak Terlalu Lembap
Tapi harus diingat, pokok bunga kertas tidak gemarkan tanah yang terlalu lembap dan air bertakung. Jika jaga dua perkara ini, pokok bunga kertas kita lebih panjang jangka hayatnya disertakan dengan bunga yang lebat.
4. Suka Cahaya Matahari
Pokok bunga kertas sukakan cahaya matahari dan amat sesuai ditanam pada musim panas. Untuk hasil yang terbaik dedahkan ia sentiasa pada sinaran matahari terik secara langsung sepanjang hari.
5. Guna Baja Kimia
Jangan letakkan baja organik kerana ia akan menarik perhatian semut membina sarang, sebaliknya gunakan baja kimia.
6. Lakukan Pemangkasan Secara Berkala
Jangan lupa untuk melakukan pemangkasan untuk percambahan lebih lebat, cepat dan kekal segar. Bunga pun banyak.
7. Pantau Penyiraman
Siram dua hari sekali. Sebelum menyiramnya, pastikan permukaan tanah, baik di atas tanah atau di dalam pasu itu kering. Kalau musim hujan, tak payahlah disiram lagi.
8. Cantas Ranting Panjang
Akhir sekali, cantas ranting-ranting sepanjang kira-kira 50 cm ke 60 cm dari batang pokok. Ini akan menggalakkan pertumbuhan ranting baru yang juga akan menghasilkan bunga yang lebat.
Semoga Bermanfaat! Selamat Mencuba!
IMPIANA: Jadi jika ada pokok bunga kertas di rumah, boleh ikut panduan yang dikongsikan ini supaya pokok ini hidup subur dan banyak berbunga.
Menjaga kebersihan rumah merupakan aspek penting dalam memastikan keselesaan dan kesihatan keluarga. Dengan menjadualkan tugas pembersihan secara teratur, kita dapat menjaga rumah agar kekal bersih dan teratur tanpa merasa terlalu terbeban dengannya.
Dalam panduan ini, kami akan berkongsi langkah-langkah mudah untuk membuat jadual pembersihan rumah yang efektif dan dapat diikuti dengan mudah.
Kenalpasti Bilik dan Tugas Pembersihan:
Tentukan bilik-bilik mana yang perlu dibersihkan di rumah anda.
Buat senarai tugas pembersihan untuk setiap bilik, seperti menyapu lantai, menyapu habuk, mencuci pinggan, membersihkan bilik mandi dan lain-lain.
Utamakan Tugas:
Tentukan tugas mana yang perlu dilakukan setiap hari, mingguan dan bulanan.
Utamakan tugas-tugas yang paling penting atau memerlukan perhatian khusus.
Tetapkan Jadual Mingguan:
Tentukan hari dalam seminggu untuk membersihkan bilik-bilik tertentu.
Misalnya, anda boleh menetapkan hari Isnin untuk membersihkan bilik tidur, Selasa untuk bilik mandi, Rabu untuk ruang tamu dan seterusnya.
Atur Jadual Harian:
Tentukan tugas-tugas pembersihan harian yang perlu dilakukan setiap hari.
Ini termasuk menyapu lantai, membersihkan dapur selepas makan dan merapikan bilik.
Jangan Lupa Tugas Bulanan:
Sisihkan masa untuk melakukan tugas-tugas pembersihan yang lebih besar seperti membersihkan almari, tingkap atau mencuci langsir, sekurang-kurangnya sekali sebulan.
Fleksibiliti:
Jadual pembersihan harus disesuaikan dengan keperluan dan jadual anda. Jika ada hari yang anda tidak dapat membersihkan, jangan ragu untuk mengalihkan tugas tersebut ke hari lain.
Tanda Jadual:
Selepas membuat jadual, tandakan pada kalendar atau buat peringatan di telefon pintar anda untuk membantu anda mengekalkan keteraturan.
Evaluasi dan Sesuaikan:
Selepas beberapa minggu mengamalkan jadual, nilai keberkesanannya. Adakah jadual ini membantu anda mengekalkan kebersihan rumah dengan lebih baik? Adakah penyesuaian yang perlu dibuat?
Dengan membuat jadual pembersihan rumah yang teratur dan jelas, anda boleh menjaga rumah agar kekal bersih dan indah tanpa runsing lagi.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Menanam pokok timun adalah aktiviti yang menyeronokkan dan boleh memberikan hasil yang lumayan jika dilakukan dengan betul.
Namun, untuk memastikan pokok timun anda tumbuh subur dan bebas dari penyakit, terdapat beberapa langkah penting yang perlu diambil.
Menurut pekebun yang selalu berkongsi tip penanaman ini jika mahu tumbesar pokok timun cepat dan mengelak dari serangan kulat, pokok yang berusia 7 hari perlu dibuang daun kotiledon iaitu daun yang tiada fungsi.
Lepas 7 hari tanam pokok timun buang daun kotiledon
Pokok timun ini saya tanam 7 hari lalu. Tanam dalam pasu guna teknik hidroponik. Media 100% cocopeat. Baja guna AB Smart.
Hari ini usianya 8 hari lepas tanam. Tumbesarannya pun cantik molek. Dah ada 4-5 helai daun yang berfungsi.
Biasanya dalam tempoh 7-10 hari lepas tanam (tanam anak benih usia 7 hari lepas semai), saya akan buang daun kotiledon (rujuk gambar).
Cara potong
Potong daun kotiledon dengan pisau/gunting dan buang jauh-jauh daun tadi dari pokok. Nak lagi selamat, bakar atau kambus dalam tanah.
Kenapa daun kotiledon ini saya buang? Ini yang saya dapat daripada guru-guru saya.
1. Daun kotiledon ini ambil air dan nutrien yang banyak. Tapi ia tak buat kerja untuk proses makanan. Jadi kira duk makan saja la kan.
2. Dengan cara buang daun kotiledon ni, kita dapat kurangkan risiko pokok terkena penyakit bawaan kulat terutamanya kulapuk downy.
3. Dapat membaiki pengudaran pokok.
4. Dapat cepatkan tumbesaran pokok.
Cara ini boleh dipraktikkan untuk semua pokok sayur jenis menjalar. Ini cara yang saya buat ya sahabat.
Semoga bermanfaat
IMPIANA : Bagi yang baru menanam pokok timun di rumah, boleh ikut tip yang dikongsi oleh Azuan Abdullah ini.
Tiada yang lebih bermakna apabila dapat membahagiakan kedua orang tua pada bila-bila masa. Baru-baru ini, penyanyi, komposer dan penulis lirik Lah Ahmad,45 atau nama sebenarnya Abdullah bin Ahmad ada berkongsi video pendek reaksi ibu tersayang yang terharu dan gembira apabila dihadiahkan peti sejuk baru oleh anak-anak.