Jika sebelum ini IMPIANA pernah menyiarkan artikel tentang bagaimana mewujudkan ruang surau dalam kediaman, kini mari kita lihat idea baru tentang mewujudkan ruang masjid bergerak yang memudahkan penganut agama islam untuk beribadah walau dimana sahaja kita berada.
Lagi dua tahun iaitu tahun 2020, seluruh dunia akan tertumpu kepada negara matahari terbit iaitu Jepun kerana mereka akan menjadi negara hos untuk penganjuran Sukan Olimpik Musim Panas, Tokyo 2020. Negara Jepun akan menjadi hos kepada ramai atlet serta pegawai sukan dari seluruh negara termasuk atlet yang beragama islam yang pernah menggegarkan dunia seperti atlet Lawan Pedang Amerika Syarikat, Ibtihaj Muhammad yang dikenali sebagai wanita berhijab pertama memenangi pingat gangsa serta Peninju Great Britain, Muhammad Ali dan sebagainya.
Kredit gambar: independant.co.uk
Kredit gambar: Telegraph.Uk
Oleh itu, sebuah syarikat Architecture gergasi di Jepun iaitu Yasu Project telah mereka cadang pembinaan surau bergerak yang lengkap dengan pili air untuk memudahkan orang islam berwuduk tanpa perlu berjalan jauh untuk mengambil air sembahyang.
Ketua Eksekutifnya, Yasuhara Inueo menyatakan bahawa masjid di Jepun sangat sedikit dan menyulitkan orang islam untuk menunaikan kewajipan dan selepas melihat ramai orang Islam akan datang ke negara kami untuk menonton acara sukan, kami design untuk orang islam agar mereka mudah untuk menunaikan ibadah semasa melawat Jepun, katanya.
Masjid bergerak ini adalah trak kargo yang mana semasa bergerak berkeluasan 2.5 meter, tetapi semasa berhenti dan sedia untuk digunakan, lebarnya bertambah menjadi sepanjang enam meter dan ianya beroperasi dengan menekan butang kawalan khas dan hanya mengambil masa lima minit untuk mengembang sepenuhnya.
Sebaik sahaja selesai proses membuka ruangan dalaman, masjid ini akan mempunyai keluasan 48 Sqft dan mampu memuatkan seramai 50 orang jemaah dalam satu masa. Jangan terkejut, ianya lengkap dengan empat penghawa dingin serta memudahkan para jemaah untuk mengambil wuduk kerana jurutera yang mereka masjid ini sudah menyediakan ruang wuduk khas di luar masjid bergerak ini.
Kredit gambar: Paultan.org
Di bawah ini antara koleksi gambar serta video penerangan ringkas bagaimana masjid bergerak ini beroperasi. Allahuakbar!!
Kredit video: Movies camp