IMPIANA banyak mendapat maklum balas tentang penyelesaian isu samada perlu untuk membeli meja makan, letakkan di antara ruang tamu dan dapur atau mansuhkan sahaja.
Idea yang bernas adalah dengan menggabungkan meja makan dan dapur, menjadi meja bar. Tetapi sebelum anda survey katalog jualan, apa kata periksa dahulu senarai meja bar yang IMPIANA sediakan dalam entri kali ini.
Skandinavian minimalis
Ciri utama gaya Skandinavia adalah penggunaan material semulajadi dan jika anda rujuk gambar di bawah, table top nya menggunakan papan kayu dan digabungkan dengan cat putih untuk menyerlahkan lagi eleman natural.
2. Meja bar Monokrom
Stail ini sesuai untuk mereka yang masih bujang atau baru sahaja mendirikan rumah tangga. Gaya simple ini pasti memikat sesiapa sahaja yang melihat. Jimat ruang sudah semestinya kerana anda sudah menghadkan saiz minibar ini di ruangan dapur sahaja.
Ads
3. Dapur pulau dan meja makan jadi satu
Penulis merasakan implementasi konsep dapur pulau di Malaysia masih baru dan jarang untuk kita lihat. Tetapi, apa salahnya kalau kita cuba terapkan idea ini ke dalam planning dekorasi kediaman anda. Mana tahu, anda boleh menjadi trend setter selepas memasang kelengkapan ini suatu hari nanti. Belum cuba, belum tahu.
Ads
4. Meja bar kitar semula
Anda juga boleh kitar semula kayu-kayu yang masih elok atau selamatkan kayu pallet yang dibuang dan jadikan meja minibar anda sendiri. Bumi selamat, anda gembira.
5. Idea meja bar klasik vintage
Ads
Penggunaan material kayu juga boleh di upgrade kepada design klasik vintage. Ala-ala zaman cowboy. Ianya sesuatu yang menarik untuk dicuba Untuk pilihan design kerusi, ianya tidak menjadi masalah samada anda ingin meletakkan penyandar atau tidak, kerana semuanya bergantung kepada kreativiti anda.
“Bilik tidur saya kecil sangat. Saya pernah cuba kemas bilik saya tetapi hasilnya tetap sama, masih kelihatan sarat dengan barang-barang”.
Ya, betul tak semua orang mempunyai ruang bilik tidur yang luas. Lebih-lebih lagi yang tinggal di perumahan jenis flat. Sangat terhad ruang biliknya. Tapi jangan risau ! IMPIANA akan membantu anda dengan tips mudah ini.
Hiasan dekorasi bilik menjadi terhad kerana anda buntu bagaimana hendak jadikan bilik tidur yang sempit menjadi luas dan menarik. Jadi, IMPIANA kongsikan antara cara-cara hendak memberikan impak bilik tidur yang kecil nampak luas adalah dengan :-
Warna pastel
Jom cat dinding anda dengan warna yang cerah seperti warna pastel. Pemilihan warna ini mampu memberi impak keluasan pada ruang bilik anda. Malah ia juga dapat memberi mood yang tenang kepada anda. Jom, kemas bilik anda sekarang, dengan keluarkan perabot dan barangan kamar tidur supaya memudahkan proses mengecat bilik anda. Antara warna yang sesuai dengan bilik tidur tidur adalah seperti warna putih, biru pastel, hijau pastel, dan kelabu lembut. Pemilihan warna gelap juga sebenarnya boleh namun hanya di beberapa bahagian dinding bilik sahaja.
Perabot
Sesudah mengecat bilik anda, jom kita masukkan semula perabot mengikut kedudukan yang bersesuaian. Sesebuah bilik tidur hanya memerlukan katil, meja sisi dan almari sahaja, jika masih memiliki ruang anda boleh masukkan perabot tambahan. Pilih saiz katil atau perabot yang sesuai dengan bilik anda. Jika mempunyai bajet yang berlebihan apa kata anda tempah almari bina dalam di bilik tidur anda.
Penstoran
“Wah, banyaknya barang-barang!” Ini lah masanya untuk anda mengelas semula barangan anda yang sudah tidak dipakai dan yang masih dipakai. Untuk barangan yang anda hendak simpan, anda boleh meletakkan ia kedalam kotak-kotak dan labelkan ia mengikut jenis barangan.
4. Cermin
IMPIANA sarankan kepada anda untuk miliki cermin yang bersaiz besar untuk bilik tidur anda. Cermin mampu memberikan kesan luas terhadap ruang bilik anda. Selain itu, cermin bersaiz besar ini akan memberi lebih kepuasan kepada anda disaat berada di kamar tidur.
Pencahayaan
Dapatkan lampu tidur atau apa jua jenis rekabentuk lampu yang bersesuai dalam bilik anda. Kehadiran cahaya lampu pada bilik tidur mampu memberi mood yang tenang dan romantik kepada anda. Terdapat pelbagai jenis lampu untuk kamar tidur, seperti lampu meja, lampu dinding malah lampu yang terletak pada kepala katil anda. Barulah kamar tidur anda seakan-akan kamar tidur hotel.
Kemasan lembut
Kemasan lembut yang dimaksudkan disini adalah seperti cadar, langsir dan fabrik yang terdapat dibilik anda. Pilihlah warna cadar yang bersesuai dengan bilik anda. Percaya atau tidak, corak atau motif yang terdapat pada cadar mampu memberikan mood riang kepada emosi anda, hal ini kerana saat anda keletihan pulang dari bekerja mood anda akan berubah lebih tenang apabila melihat katil, betul atau tidak?
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Anggur, ramai beranggapan hanya sesuai tumbuh subur di negara beriklim sejuk. Hakikatnya, anggur adalah tanaman yang memerlukan iklim panas untuk subur dan cepat menghasilkan buah.
Yang lebih menarik, untuk tanam pokok anggur tidak semestinya memerlukan tanah yang luas. dalam pasu pun boleh. Hafiz Husin antara yang berjaya menanamnya. Ada lebih 30 pokok anggur pelbagai jenis di tanam di kediamannya.
Bagi yang berminat dan nak cuba tanam, beliau yang juga menjual anak pokok anggur tak lokek berkongsi cara penanamannya.
Cara tanam anak pokok anggur di rumah
Ujar walau pun tiada pengetahuan luas tentang teknik penanaman anggur tapi ini adalah kaedah yang dilakukan setiap kali tanam pokok anggur di kediamannya. Alhamdulillah subur dan berhasil semuanya.
1.Mula-mula korek lubang kira-kira dua kaki.
2. Sediakan tinja kambing yg dah reput dalam satu bekas kemudian campak tinja kambing tersebut ke dalam lubang.
2. Gaulkan kesemua bahan-bahan ini. Nisbah 1:1 kesemuanya kecuali kapur pertanian agak-agak saja. Tujuan penggunaan kapur untuk neutralkan keasidan tanah.
4. Seterusnya masukkan kesemua adunan yang telah digaul ke dalam lubang.
5. Beginilah rupanya adunan tadi. Biarkan dulu tanah ni dalam 7-14 hari untuk “menyejuk’. Tujuannya supaya media terkompos dgn sempurna. Atau jika nampak anak-anak rumput mulai tumbuh di atas permukaan media, itu membawa petanda anak pokok anggur sedia utk dipindahkan.
6. Setelah cukup tempoh 1-2 minggu, korek semula lubang dan gunting bahagian belakang polibeg anak pokok anggur.
7. Masukkan anak pokok sekali dgn polibeg ke dalam lubang.
8. Kambus tanah di celah-celah luar polibeg yang berongga dan siram. Dah siap. Jangan siram kerap sangat pada musim hujan. Jika nampak tanah agak mengering baru siram sebab akar anak anggur sangat sensitif dengan air yang berlebihan.
Banyak khasiat dan kegunaan bunga kantan ni kalau anda nak tahu. Di Malaysia, bunga kantan sering digunakan di dalam masakan seperti digunakan untuk pembuatan laksa dan digunakan secara tradisional untuk merawat beberapa penyakit.
Tahukah anda bahawa bunga kantan juga mempunyai pelbagai kelebihan terhadap kesihatan.
1. Bersifat anti tumor
Terdapat satu kajian telah dijalankan di Malaysia dengan tujuan untuk mengasingkan komponen yang bersifat anti tumor dan sitotoksin dari bunga kantan. Kajian ini menemukan bahawa ekxtrak CHCI dan MeOH dari bunga kantan mempunyai sifat anti tumor yang tinggi di mana ianya mempunyai kadar pencegahan yang tinggi.
2. Mengawal paras kolesterol
Bunga kantan mempunya kandungan serat yang tinggi. Kandungan serat di dalam bunga kantan yang dikeringkan boleh mencapai sehingga 17%. Di dalam pengawalan paras kolesterol, salah satu aspek yang perlu dititik beratkan adalah pengambilan serat di mana serat dapat membantu untuk menurunkan paras kolesterol tidak baik di dalam badan.
3. Bersifat anti mikrob
Kajian telah menemui bahawa terdapat beberapa komponen bunga kantan seperti daun yang mempunyai sifat anti mikrob dan anti kulat. Hal ini kerana bunga kantan mempunyai kandungan flavonoid, dan fenolik yang tinggi. Komponen-komponen ini mampu untuk merosakkan sel membran mikroorganisma tersebut.
4. Bersifat anti oksida
Selain bersifat anti tumor dan anti oksida, Bungan kantan juga terbukti mempunyai sifat anti oksida di mana ianya berpotensi untuk mengurangkan radikal bebas di dalam badan dan mencegah kerosakkan sel. Hal ini sekali lagi kerana kandungan flavonoid dan fenolik di dalamnya.
5. Mengawal paras gula
Bagaimana bunga kantan dapat mengawal dan mencegah hiperglisemik? Bunga kantan dapat menghalang sejenis enzim lalu melambatkan penyerapan karbohidrat dan mengurangkan kadar penyerapan gula. Hal ini akan membantu untuk menurunkan paras gula di dalam darah.
6. Mengurangkan paras asid urik
Satu kajian terhadap haiwan telah dijalankan dan ianya terbukti bahawa ekstrak bunga kantan dapat mencegah peningkatan asid urik di dalam darah. Ini kerana terdapatnya kandungan polifenol, flavonoid dan saponin yang tinggi di dalamnya yang mencegah kenaikkan paras asid urik.
7. Baik untuk kesihatan kulit
Satu kajian telah dijalankan untuk mengkaji kesan ekstrak bunga kantan ke atas kesan pencerahan dan anti penuaan kulit. Kajian mendapati bahawa pemakaian losyen yang mengandungi esktrak bunga kantan menunjukkan pencerahan kulit yang signifikan dan mengurangkan kedutan pada kulit peserta.
8. Menghilangkan bau badan
Bagi ibu-ibu yang baru sahaja melahirkan, daun bunga kantan sering digunakan secara tradisional semasa mandi untuk menghilangkan bau badan. Kaedah ini tidak terhad kepada ibu-ibu yang melahirkan sahaja, kita juga boleh menggunakan bunga kantan untuk mengatasi masalah ini
9. Merawat sakit telinga
Tahukah anda bahawa bunga kantan dapat digunakan secara tradisional untuk merawat sakit telinga? Air rebusan bunga kantan boleh dititiskan ke dalam telinga selama beberapa kali untuk merawat masalah tersebut.
10. Merawat luka
Selain itu, daun bunga kantan juga digunakan secara tradisional untuk merawat luka pada kulit badan. Caranya dengan meletakkan bunga kantan di kawasan-kawasan yang luka untuk merawat luka tersebut. Kandungan anti mikrobnya juga mampu untuk mencegah jangkitan pada kawasan luka.
Konklusinya, bunga kantan bukan sahaja boleh digunakan sebagai penambah rasa dan penyedap makanan, malah ianya terbukti mempunyai pelbagai kelebihan lain terhadap kesihatan tubuh badan. Oleh itu, marilah kita bersama-sama terus mengamalkan pengambilan ulam-ulaman tradisional untuk kesihatan tubuh badan.
Banyakkan kelebihan bunga kantan ni, kalau dah beli bunga kantan simpan dalam peti sejuk mesti lebam dan dah tak cantikkan. Boleh cara ini untuk bunga kantan tahan lebih lama. Katanya kalau simpan bunga kantan dengan cara macam ni boleh tahan 6 bulan.
Cara ni, bunga kantan tetap dalam keadaan baik, cantik dan tidak birat hitam. Ni hasilnya selepas 6 bulan lebih saya simpan dalam Frezer. Bila masak,aromanya ttp sama..Alhamdulillah.
Caranya
-Basuh terlebih dahulu bunga kantan
-Potong ikut suka kita
-Letak dalam plastik / bekas yang bersesuaian bunga kantan tersebut
-Letak Air Masak dalam bunga kantan tersebut
-Kemudian bolehlah di simpan dalam frezer.
Letak untuk sekali masak,mudahkan kerj. Boleh digunakan ketika beku atau di cairkan terlebih dahulu
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.