Pemilihan rona pastel sering dikaitkan dengan dekorasi bilik yang di khas buat kanak-kanak. Betul tak? Tapi, kali ini IMPIANA nak beri sedikit inspirasi bilik berwarna pastel namun masih kelihatan elegan
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Bilik Air Baru SYAMIMIA Siap Ubahsuai, Dekorasi Cantik Macam Hotel!
Bilik Air Baru SYAMIMIA Siap Ubahsuai, Dekorasi Cantik Macam Hotel! Baru-baru ini pempengaruh media sosial Nur Syamimia ada kongsikan beberapa sudut dekorasi ruang di rumahnya yang telah siap diubahsuai. Hampir keseluruhan rumah juga telah siap diubahsuai dengan sempurna, termasuklah ruang tamu, dapur, bilik dan bilik air.
Bilik Air ‘Hotel Mewah’
Namun paling mencuri perhatian adalah dekorasi di bilik air rumahnya. Meskipun tinggal di rumah PPR (Program Perumahan Rakyat) yang mempunyai keluasan terhad, namun interiornya bagaikan berada di dalam bilik air hotel mewah.
Meskipun berkeluasan kecil, namun tetap cantik, kemas dan nampak lebih luas. Syamimia memilih bilik air berkonsep Klasik + Scandinavian dengan padanan kabinet kemasan Nyatoh dan kaunter top material Quartz.
Mimi mempunyai alasan tersendiri dalam memilih kemasan dinding, cermin dan lampu berona ‘silver’. Baginya ia dapat menyeimbangkan “feeling” glam dengan visual klasik.
Dimaklumkan kos ubahsuai bilik air tersebut dan ruang dapur dalam anggaran RM100,000.
Kontraktor: @godeco_services
Konsep: Klasik + Scandinavian
Tiles: @jubincantik
(Cararra Herringbone dan Madrid)
Kabinet: Nyatoh
Top: Quartz
Paip (Shower set): Brass Gold
Namun demikian, selain melantik kontraktor dalam proses renovasi di rumahnya, Syamimia dan suami juga banyak melakukan sendiri (DIY) dekorasi di rumah mereka. Antaranya memasang kemasan lantai vinyl di dapur, memasang lampu gantung di tepi cermin bilik air dan sebagainya.
IMPIANA: Cantik dekorasi bilik air yang Syamimia kongsikan ini. Semoga menjadi inspirasi buat yang lain terutamanya jika mempunyai bilik air dengan keluasan terhad sebegini.
Mesti Baca:Rumah Berkonsep ‘Modern Earthy’ ANDI BERNADEE, Serlah Estetik Kediaman
Baca Lagi Di Sini:‘Makeover’ Bilik Air Cara Jimat Tapi Hasilnya Luar Jangkaan!
Artikel Menarik:Cipta Ruang Bilik Air Lebih Kemas Dengan Toilet Organizer Ini
Sumber:Syamimia
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
8 Tip Buat Ruang Tamu Nampak Luas
Anda miliki ruang yang terhad untuk menghias itu semua boleh diatur, kita buat dia bukan dia buat kita ingat tu! Jadi tidak kisahlah sama ada ruang tamu anda sempit atau tidak. Impiana nak kongsikan tip mudah macam mana nak bagi ruang nampak luas dan selesa.
- Pilih warna dinding dan lantai cerah, ini mampu memberikan ilusi yang lebih luas selesa kepada pemilik.
- Jangan rapatkan perabot dengan dinding serta perhiasan yang lain, biar ada ruang diantara perabaot yang membolehkan ia kelihatan lebih luas.
- Pilih kertas hiasan dinding atau cat yang sesuai untuk memberi impak yang luas dalm ilusi ruang tersebut, warna corak amat penting dititik beratkan.
- Guna atau gayakan perabot multi fungsi untuk mendapatkan ruang yang lebih sempurna dan pelbagai kegunaan dalam masa yang sama
- Pilih saiz perabot yang sesuai dengan saiz ruang kediaman anda, dan kenal pastikan perabot yang penting.
- Jangan pakai aksesori / ornamen ruangan yang terlalu besar.
- Atur rak buku agar kelihatan kemas dan rapi.
- Biarkan tirai jendela anda terbuka untuk membuat ruangan anda terlihat lebih cerah dan luas.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Landskap Halaman Rumah Yang Tenang, Barulah Seronok Lepak Minum Kopi
Landskap halaman rumah yang tenang, barulah seronok lepak minum kopi. Sekarang ramai yang mula berminat untuk menghias halaman rumah dengan membuat taman mini atau lebih dikenali sebagai landskap.
Walaupun ruang keluasan yang terhad, itu tidak menjadi halangan kepada tuan rumah untuk mewujudkan landskap yang indah.Konsep atau pun idea yang ditonjolkan oleh tuan rumah yang kreatif dapat menghasilkan suasana yang damai dan tenang.
Bagaimanapun ada beberapa aspek yang perlu diambil kira jika anda berhajat untuk memiliki halaman rumah dengan hiasan Lanskap yang indah. Jangan sia-siakan ruang yang ada. Berikut perkongsian fakta seperti yang dikongsikan oleh Minah Kontraktor
TAK BERMAKSUD POKOK SERIMBUN
Ada salah tanggapan tentang lanskap halaman rumah bahawa semakin banyak pokok, semakin cantik halaman.
Ini bukan perkara tepat dalam seni hiasan landskap, kerana susun atur dan kualiti pokok yang digunakan lebih penting.
Apatah lagi jika anda tidak banyak masa untuk merapikannya atau halaman rumah tidak luas. Jadi pilihan terbaik anda adalah gaya minimalis Scandinavian.
Gabungan pokok menjalar dengan permukaan konkrit dilengkapi dengan set kerusi rehat atau meja makan berona semulajadi sebenarnya sudah mencukupi.
RUMPUT PILIHAN RAMAI
Kemasan berbatu untuk landskap rumah mungkin bukan pilihan ramai, kerana suasana laman hijau sekeliling rumah lebih mengasyikkan.
Jadi, pemilihan rumput yang sesuai perlu dilakukan supaya masalah penjagaan tidak timbul. Pening kepala kalau rumput yang ditanam memburukkan halaman pula.
Untuk cuaca Malaysia, antara jenis rumput yang jadi pilihan ramai ialah Japanese carpet grass, Philippines carpet grass, cow grass dan pearl grass. Setiap satunya ada kelebihan dan kekurangan masing-masing, terpulang kepada kehendak anda.
Misalnya, cow grass dan pearl grass lebih murah dan tahan lasak tetapi teksturnya lebih kasar. Sementara Japanese carpet grass dan Philippines carpet grass pula lebih mahal dan perlukan penjagaan rapi, tetapi rasanya lebih lembut dan nampak mewah.
Selain itu, anda juga boleh menggunakan rumput tiruan yang lebih murah dan lebih mudah dijaga. Walaupun begitu, ada beberapa kelebihan dan kekurangan menggunakan jenis ni.
Antara kelebihan rumput tiruan ialah menjimatkan air, tidak toksik, tiada risiko alahan, tahan lasak, dan selamat untuk haiwan peliharaan dan kanak-kanak.
Kekurangannya pula adalah ia ada risiko kepanasan dan boleh rosak sekiranya terdedah kepada barangan panas dan bahang kuat matahari. Jadi, tepuk dada tanya selera, guna yang asli atau tiruan.
AIR LENGKAPI HALAMAN
Landskap halaman terasa tidak lengkap tanpa air, baik dalam bentuk kolam atau pancuran. Banyak jenis kolam atau pancuran yang anda boleh pilih, tetapi pastikan ia dibuat dengan betul, jangan nanti jadi tempat membiak nyamuk pula!
Antara impian ramai orang adalah kolam ikan koi, kerana ia boleh menjadi lambang status pemiliknya. Harga seekor ikan koi dari Jepun dalam pasaran boleh mencecah ribuan Ringgit!
Jika anda bukan peminat ikan kerana faktor penjagaan dan penyeliaan kolam yang mahal dan rumit, anda juga boleh meletakkan pancuran air di halaman rumah. Bunyi air mengalir dalam rimbunan hijau juga boleh beri ketenangan selepas sibuk bekerja.
RIMBUNAN HIJAU
Bagi mereka yang sukakan kehijauan merimbun di halaman rumah, boleh juga menggunakan konsep Taman Bali.
Berbanding hanya menanam pokok tanpa susun atur dan membiarkannya tumbuh merimbun, konsep Taman Bali menekan aspek lapisan struktur dan tumbuhan.
Lima aspek utama Taman Bali yang anda boleh cuba terapkan adalah:
– Tumbuhan hijau
– Batu dengan warna asli atau gelap
– Arca hiasan
– Perabot kayu
– Kolam/takungan air
– Konsep Taman Bali ini boleh dilakukan tanpa mengira saiz halaman anda, asalkan lima aspek utama di atas dipenuhi, anda sudahpun mempunyai halaman bergaya Taman Bali.
SHIZEN, KANSO DAN KOKO
Susun atur landskap, pohon menghijau dan hiasan halaman rumah boleh memberikan ketenangan luar biasa jika dibuat penuh teliti.
Bagi mereka yang sukakan halaman yang rapi dan tersusun, konsep Taman Zen adalah pilihan terbaik untuk anda.
Berpaksikan kepada tiga konsep utama iaitu kesemulajadian (Shizen), keringkasan
(Kanso) dan Kecekinan (Koko).
Sumber: Minah Kontraktor Kredit foto (top image): Pexels
ARTIKEL BERKAITAN:
Buntu Nak Hias Laman? Ini 10 Idea Susun Stepping Stone Dan Batuan Sungai Yang Boleh Di Tiruvasi
Ingin kongsi idea dekorasi rumah anda? Klik link ini untuk join telegram grup Geng Dekor Impiana: https://t.me/gengdekorimpiana
Ingin lebih tahu pelbagai tip untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI