Inspirasi Bina Rumah Sendiri Konsep Moden Atas Tanah Memanjang 3284 kps. Bina rumah atas tanah dengan idea dan konsep sendiri memang lebih puas hati. Apatah lagi hasilnya pula cantik dan kemas, menepati seperti mahligai idaman yang diimpikan yang mampu memberi keselesaan dan menjadi tempat berteduh buat seisi keluarga.
Istimewanya rumah banglo yang terletak di Jerantut ini dibina atas tanah berkeluasan jenis memanjang 11,000kps dengan binaan rumah 3284 kps. Sekaligus menjadikan pemilik kediaman lebih kreatif dalam membina pelan lantai dan dekorasi kediaman untuk merealisasikan rumah impiannya.
Menariknya lagi, kediaman berkonsep moden ini merupakan hasil dekorasi citarasa pemilik sendiri tanpa melantik mana-mana ID profesional. Dibina dengan spesifikasi ruang mempunyai 5 bilik tidur, 3 bilik air, 2 balkoni, 1 ruang tamu, 1 ruang keluarga, dapur kering dan juga dapur basah luar serta ruang bbq.
Menurut pemilik, Mohd Yazri yang juga merupakan seorang kontraktor kos pembinaan rumah tersebut hasil menyimpan duit sikit demi sedikit selama 2 tahun dan memakan kos keseluruhan dengan anggaran RM585,000.
“Jenuh nak siap..simpan duit sikit-sikit 2 tahun lebih baru siap. Alhamdulillah siap jugak mana yang siap. Rumah ni tak boleh buat melebar..sebab tanah memanjang. Saiz 34×76 (2,584 kps) dan dapur luar 26×18 (468kps),” jelas Yazri.
Paling menarik perhatian pada dekorasi rumah ini ialah perletakan cermin sebagai ‘accent wall’ memberi kesan visual ruang makan yang tampak lebih luas dan lapang. Menariknya ia inspirasi daripada pemilik kediaman sendiri, yang merangka idea dan mengupah tukang untuk memasang cermin pada dinding tersebut dengan kos RM7,900 secara keseluruhan.
“Mula-mula tempah dulu tapak dia yang keliling tu. Pasang lampu LED sekali dengan orang perabot. Selepas itu baru panggil orang cermin ukur.
“Belakang cermin tu ada plywood 10mm. Cermin tu guna 6mm, jangan pakai 4mm ye. Keliling tu frame dia yang coklat tu kemasan laminate. Pergi je kedai kabinet, dia boleh buat..wiring sekali kena buat,” ujar Yazri.
Tahniah buat pemilik kediaman ini dapat merealisasikan mahligai impian dengan bajet yang lebih rendah daripada harga kos pembinaan asal. Lebih-lebih lagi apabila membuat sendiri kediaman atas tanah sendiri. Semoga menjadi inspirasi buat yang lain.
Nama Pemilik: Mohd Yazri
Usia Kediaman: Disember 2024
Lokasi: Jerantut,Pahang
Konsep Hiasan Dalaman: Moden
Keluasan Tanah: 11,000kps (Suku Ekar)
Keluasan Kediaman: 3284 kps+ Dapur Luar 486kps
Anggaran Kos: RM430,000 (rumah) + Dapur Luar (RM25,000)+ Dekorasi (RM60,000)+ Pagar (RM70,000)
Jenis Kediaman: Banglo
Spesifikasi Ruang:
5 bilik, 3 bilik air, 2 balkoni, 1 ruang tamu, 1 ruang keluarga, dapur kering, dapur basah(luar) dan ruang bbq.
Mesti Baca: Bina Rumah Atas Tanah Sendiri, Cari Arkitek Dulu Bukan Kontraktor!
Baca Lagi Di Sini: Beli Rumah Siap Atau Beli Tanah Lot, Buat Rumah Design Sendiri, Mana Lebih Baik
Artikel Menarik: Bina Rumah Bersara, Perunding Hartanah Kongsi Perkara Asas Perlu Lakukan
Sumber: Mohd Yazri
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.