Bosan Dengan Dekor Ruang Tamu Lama? Jom Ubah Dapatkan Nafas Baru

Share

Ruang yang cantik sudah pasti mampu membeli jiwa sesiapa yang memandang. Pelbagai ragam dan idea boleh disatukan dengan mesra jika kena dengan caranya.

Moden Kontemporari

Konsep ini sering menjadi pilihan ramai, gaya dan susun atur penataan dalam pilihan gaya moden kontemporari ini dengan penggunaan warna neutral, putih atau hitam sebagai warna dominan yang digayakan bersama warna-warna ceria sebagai elemen penyeri. Ia juga boleh disuntik pada perabot, kemasan mahupun dinding tumpu. Gunakan perabot dengan reka bentuk sleek dan ringkas. Suntikan elemen seperti retro, vintaj atau klasik pada ciri pilihan anda tanpa menenggelamkan elemen utama moden kontemporari. Suntikan kemasan fabrik seperti kapas, sutera dan linen yang memiliki warna dan tekstur yang bersesuaian dengan pilihan perabot. Teknik pencahayaan daripada sumber yang pelbagai bagi menghasilkan mood serta suasana yang sekali gus menghidupkan elemen moden kontemporari.

Shabby Chic

Gaya Shabby Chic yang mengetengahkan ciri feminim serta suntikan lembut dalam gaya pilihan ini mampu mencuri hati peminatnya. Konsep shabby chic ini juga boleh digabungkan dengan warna pastel yang lembut seperti merah jambu, biru muda dan putih krim. Dilengkapi juga dengan aksesori flora dan pemilihan perabot bernuansa vintaj atau klasik. Konsep ini memberikan rasa yang lebih selesa bagi penggunjung yang bertandang pada hari raya. Pemilihan set perabot yang lebih selesa dengan kemasan lembut yang sepadan dengan tema ini membuatkan penataan ini jadi pilihan ramai pemilik wanita.

 

Glamor

Gaya Glam, pemilihan kemasan dengan suntikan kilauan, cukup sempurna dalam setiap sudut. Warna perabot yang lebih gelap seperti warna hitam, mahogany menjadi pilihan dalam konsep penata glamor amat sinonim. Perincian yang glamor mampu menampakkan gaya yang gah serta menyerlah dengan suntikan simple tetapi mewah. Konsep praktikal masih di ketengahkan dalam sentuhan ini. Pemilihan Chandelier pastinya menjadi pilihan wajib bagi yang mengenakan konsep Glam ini. Sambutan raya akan lebih berseri dan meriah dengan cita rasa Glamor ini.

Industri

Konsep Industri ini kadang kala ditolak bulat-bulat dalam penataan, kerana ada yang menggangap ia adalah konsep yang separa siap dalam sentuhan dekorasi. Namun bagi sesetengah yang lain khususnya yang tinggal di bandar dan membesar dalam gaya serba moden menggangap konsep rekaan ini sesuatu yang menarik dan berani.

Sebaliknya konsep ini adalah satu konsep yang lebih santai dan terbuka. Pemilihan kemasan yang agak ringkas dengan warna gelap menjadi pilihan utama dalam konsep ini. Besi, kaca, aluminium, paip dan getah menjadi elemen yang menarik untuk sentuhan industri. Ruang tamu dengan pemilihan ini pastinya mengundang tetamu lebih selesa berhari raya.

Scandinavian

Konsep dekorasi yang berpaksikan dengan gaya Scandinavian ini menekankan penggunaan perabot yang ringkas, mudah dan minimalis. Pemilihan cat dinding berwarna putih menjadi pilihan dalam sentuhan ini. Elemen semulajadi seperti suntikan kemasan kayu dan pokok hiasan segar menjadikan ruang tersebut kelihatan lebih luas selesa dan nyata dalam penataan. Konsep yang lebih terbuka dan selesa ini membuat tetamu yang datang bertandang akan menikmati rasa santai yang berpanjangan tatkala berada dalam ruang tamu yang cukup luas ini. Susun atur raya akan lebih sempurna dengan ruang tamu yang lebih terbuka dan luas.

Rustik

Idea rustik bersifat lama atau old school, mampu memberi nafas yang anggun dalam ruang tamu jika bijak mengenakan hiasan dalamannya. Penggunaan kayu panel sebagai ganti warna cat bagi suntikan yang lebih menghairahkan sentuhan ini. Tujuannya adalah untuk meningkatkan lagi elemen geometri kerana bentuk alur kayu mempunyai jaluran simetri yang amat menarik. Padankan ianya dengan pemilihan perabot berwarna kayu gelap seperti meja kopi dan kabinet hiasan.
Selain itu, anda seharusnya memastikan setiap ruang dalam rumah tidak dipenuhi dengan pelbagai barang yang tidak sesuai sehingga menjadi semak. Hanya letakkan perabot dan perkakas yang perlu sahaja di rumah anda dan jika anda kekalkan ianya sebegini, maka rumah anda sudah lengkap dengan konsep rustik moden.

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

 

Published by
Impiana