Dua tahun tak beraya sakan. Tahun ni mestilah nak meriah, kalau yang baru mendirikan rumah tangga lagi la seronok kan. IMPIANA nak kongsikan rumah yang tular di media sosial dengan dekor raya. Memang sejuk mata memandang. Bahang raya semakin terasa, ramai pemilik rumah kalut untuk dapatkan hiasan raya baru yang bakal menjadi raya paling indah tahun ini.
Dalam ghairah dengan persiapan raya, jangan lupa untuk menyimpan juga ya. Bijak membeli alah memakai. Kediaman ini milik Julia Alisya, beliau berkongsi dekor raya yang mungkin boleh menjadi inspirasi untuk pemilik di luar sana.
Ads
Seperti mana yang kita tahu ruang tamu dan dapur serta makanlah yang sangat penting musim perayaan ni. Pasti kena cantik dan tepat dengan konsep, sebab banyak mata yang akan memandang. Jom kita tengok konsep dan dekor raya Julia Alisya ini.
Kita cenderung berfikir bahawa kerja pembersihan itu agak merumitkan. Namun, realitinya, ia boleh menjadi cepat dan mudah, apabila anda merancang dengan betul dan mempunyai alat yang bersesuaian untuk melaksanakannya. Berikut adalah 5 petua atau tip mudah untuk anda bermula:
#1 Bermula dengan membuat perancangan: Tandakan kawasan yang perlu diberi tumpuan, dan periksa sama ada anda memerlukan bantuan luaran. Anda tidak perlu membersihkan keseluruhan rumah anda dalam satu masa. Sekiranya anda harus melakukannya, bahagikan ia sekurang-kurangnya kepada dua hari atau dua minggu. Ini bukan sahaja membuat tugasan membersih lebih mudah diurus, anda juga tidak akan bosan atau terlalu letih pada akhirnya.
#2 Periksa sama ada anda alat anda betul-betul sebelum anda menggunakannya: Dalam setiap tugas yang kita uruskan dalam kehidupan harian, memilih dan menggunakan peralatan yang sesuai adalah sangat mustahak. Beberapa peralatan yang sering ditemui di kediaman kita tidak semuanya digunakan untuk melakukan pembersihan. Adakah anda bertanya peralatan seperti apa?
Sepeti produk Pelbagai Guna WD-40®, yang mana ia sangat bagus untuk menghapuskan minyak, gris, kotoran, dan kesan degil melekit. Apabila menggunakan produk ini, ia juga melindungi logam daripada karat dan hakisan. Bayangkan pagar dan gril. Ia juga amat berkesan dalam membantu menanggalkan pelekat lama, menyingkir bahan lekatan yang ketat pada pita, label dan pelekat dengan mudah.
#3 Bersihkan dari atas ke bawah: Fikirkan mengenai graviti dan bagaimana habuk yang bergerak-gerak. Oleh itu, ia perlu dimulakan dari permukaan yang lebih tinggi- lekapan ringan, kipas, penghawa dingin, langsir dan tingkap, dan gerakkan ke bawah. Ini bermaksud akhir sekali baru bersihkan lantai anda.
#4 Tidak perlu ada rasa sayang: Tanpa menyedarinya, kita sering menyimpan barang-barang yang sebenarnya tidak begitu diperlukan dan barangan itu bertimbun dan bertindih. Oleh itu, sebelum tahun baru bermula, tanya diri anda adakah anda masih menggunakan barangan tersebut dalam tempoh setahun lalu. Jika jawapannya tidak, maka sudah tiba masanya untuk anda membuangnya. Sekiranya anda mempunyai banyak barangan seperti itu, anda juga boleh membuat jualan garaj bagi menukarkan barangan yang tidak diperlukan itu kepada wang.
#5 Ceriakan diri anda: Pembersihan boleh menjadi tugas yang sangat memuaskan dan menyeronokkan. Tetapi jika anda tidak biasa menikmati proses pembersihan atau anda cepat jadi bosan, hidupkan semula suasana yang mengembirakan seperti memainkan lagu-lagu kegemaran anda. Dengan semua perkara ini, yang memberi perbezaan adalah sikap. Oleh itu, ia adalah perkara yang amat baik apabila anda dapat melakukan kerja pembersihan dengan rasa seronok, dan anda cenderung untuk melakukannya dengan lebih kerap, atau lebih bagus.
Diharap dengan 5 petua atau tip ini dapat membantu anda menyelesaikan masalah yang rumit dan mungkin merunsingkan anda selama ini.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Bila sebut ruang solek mula tersenyum kaum hawa, manakala kaum adam pula akan mengelengkan kepala mereka. Betul ke? Sebenarnya ruang solek ini dua-dua memerlukan, tetapi mengikut kepentingan masing-masing.
IMPIANA kali ini hendak menyentuh tentang rekaan ruang solek yang sesuai mengikut ruang bilik dan juga keperluan pemilik. Saya tahu ramai pemilik di luar sana sering terpengaruh dengan konsep moden yang banyak dipaparkan di social media. Tetapi ramai yang terlupa tentang keperluan sebenar dan nyata.
Cantik kan gambar-gambar ni. Tapi ingat perlu ke ruang seluas alam tu sampaikan kabinet pasang siap untuk pakaiaan anda terpaksa dikorbankan. Dari bilik yang luas tadi terus nampak sempit betul tak!
Perkara penting yang perlu anda tahu bila hendak membina ruang solek ialah;
• Adakah anda kuat bersolek.. hehhehe
• Adakah anda suka melihat cermin dengan lama
• Seorang yang akan bersiap lebih dari 1jam
Sebenarnya ruang solek ini tidaklah perlu terlalu luas atau besar kerana ia adalah salah satu ruang untuk melengkapkan suasana hiasan dalaman. Tetapi ia masih penting kalau tak ada langsung pun susah pula hendak bersiap nak tengok cermin macam mana kan.
Jadi anda boleh lah berfikir dengan sebaiknya untuk keperluan dan keluasan yang ada. Akhir kata tepuk dada tanya selera.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Tanggapan bahawa semua bahan makanan (basah dan kering) yang disimpan dalam peti sejuk akan tahan lebih lama berbanding dengan makanan yang diluar adalah salah sama sekali.
Betul, kebanyakan bahan dapur seperti ikan, ayam, sayur-sayuran serta buah-buahan akan kekal segar dan tidak cepat rosak jika disimpan didalam peti sejuk. Tetapi bukan semua ya..
Ada sesetengah bahan yang memang tak sesuai langsung untuk disimpan di dalam peti sejuk. Dan mungkin anda juga tidak sedar yang selama ini anda telah praktikkan rutin yang salah. Jadi mari kita semak bersama apa bahan makanan yang tidak perlu disimpan dalam peti ais.
1. Bawang
Menyimpan bawang di dalam peti sejuk boleh menyebabkan peti sejuk kita berbau. Apatah lagi jika ia telah dipotong atau dihiris. Simpan bawang di rak dapur dalam bekas yang kering.
2. Kentang
Kentang juga tidak sesuai disimpan di dalam peti sejuk dan harus disimpan di luar petisejuk dalam keadaan kering.
3. Sos
Sos akan menjadi lebih pekat dan sukar dituang semasa hendak digunakan. Ia boleh disimpan di luar peti sejuk pada suhu bilik dengan penutup botolnya ditutup rapat.
4. Roti
Menyimpan roti dalam petisejuk boleh menyebabkannya lebih keras dan kurang enak. Roti juga menyerap bau makanan lain yang ada dalam peti sejuk.
5. Makanan dalam tin
Jika masih ada makanan dalam tin yang masih berbaki, ia elok dikeluarkan daripada bekasnya dan disimpan dalam bekas plastik dan kaca sebelum disimpan di dalam peti sejuk.
6. Makanan panas
Menyimpan makanan yang panas dalam peti sejuk akan menyebabkan lebih banyak tenaga elektrik yang digunakan untuk mengekalkan suhu peti sejuk agar sentiasa sejuk.
7. Rempah ratus
Elakkan menyimpan rempah ratus seperti ketumbar, jintan manis, lada hitam dan lain-lain di dalam peti ais. Ia boleh menyebabkan peti sejuk berbau herba. Ia harus disimpan di luar peti sejuk pada suhu bilik.
8. Mentega
Mentega akan menjadi keras di dalam peti sejuk dan menjejaskan rasanya. Ia harus disimpan dalam bekas yang ditutup ketat pada suhu bilik.
9. Madu
Madu tidak perlu disimpan di dalam peti sejuk. Cuma elakkan dari tempat yang panas dan terdedah pada cahaya matahari.
10. Kopi
Cara terbaik untuk menyimpan kopi adalah dalam bekas kedap udara pada suhu bilik. Apabila ia sejuk, aroma kopi boleh hilang bahkan membina pemeluwapan yang boleh merosakkan kopi kisar.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.