Black pink bukan sahaja boleh merujuk kepada band wanita dari Korea tetapi black pink atau gabungan rona hitam dan merah jambu juga boleh dijadikan inspirasi ketika menghias kediaman.
Tanggapan bahawa gabungan dua rona ini hanya sesuai untuk kaum wanita adalah tidak benar sama sekali kerana elemen feminin warna merah jambu apabila digabungkan dengan warna hitam, mampu mewujudkan suasana anggun dan misterius menjadikan ruang anda sempurna dengan suasana yang nyaman. Keterampilan ruang juga boleh berubah serta merta apabila anda berjaya menghias kediaman dengan dua warna yang sangat kontra tetapi saling melengkapi ini. IMPIANA kumpulkan 20 idea ruang Blackpink yang boleh anda jadikan rujukan. Selamat mendeko!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Api Kecil? Servis Sendiri Je Dapur Gas Yang Sudah Berkarat. Berkesan Dan Lebih Jimat!
Setelah bertahun-tahun bekerja keras di dapur, sudah tentu keadaan dan prestasi dapur gas sudah tidak sama lagi seperti semasa baru dibeli. Setiap dapur gas layak di berikan servis yang sewajarnya agar ia dapat bertahan lebih lama lagi.
Masalah serpihan karat yang menutupi lubang pada tungku dapur gas membawa kepada keadaan api kecil. Hal ini akan mengganggu prestasi masakan anda. Sedih! Tetapi jangan risau, kerana masalah ini ada jalan penyelesaiannya.
Menurut perkongsian saudara Abdul Ghopar Zakaria Ansari ini langkah-langkah pembersihan yang boleh anda lakukan :
Sebelum itu, ini peralatan yang diperlukan :
1.Playar
2.Pemutar skru bunga dan philips
3.Klip kertas
4.Spray anti karat WD40
5.Kertas surat khabar lama
1.Tanggalkan tungku
dari injap gas dengan mencabut pin di bahagian bawahnya.
2. Buka skru
Selesai tanggalkan tungku dari injap gas.Cuba buka skru untuk pisahkan injap gas dan paip gas.Jika terlalu ketat tidak perlu dipisahkan.
Dalamnya ada getah seal dan akan nampak injap gas berlubang besar dan kecil bagi mengawal penggunaan gas.
Bagi golongan wanita yang ingin melakukannya sendiri tidak perlu keluarkan injap dan paip gas ini. Terus cucuk klip kertas ke saluran injap gas.
Ambil spray anti karat dan semburkan ke dalam bahagian penyambung antara tungku dan injap gas.Kemudian gunakan klip kertas untuk mencucuk lubang halus di injap gas.
Kesan lapisan minyak dari lubang injap gas. Lapisan minyak ini akan bertukar menjadi kerak minyak dan membuatkan saluran injap gas tersumbat.Bersihkan beberapa kali sehingga berpuas hati.
6. SIAP!
Taraaaaaa..sudah siap di servis. Dapur ini telah dua tahun digunakan.
Dapur yang dijaga dengan baik mampu bertahan lebih lama.
Jika perumahnya dan paip gas sudah terlalu uzur dinasihatkan tukarlah yang baru ya.
SEBELUM
SELEPAS
Selamat mencuba, semua!
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Pasu ‘Oversize’ Serikan Laman Yang Hambar
Landskap dan taman bukan sekeping lukisan yang boleh dilakarkan di atas kanvas, ia adalah ruang tiga dimensi yang sentiasa berubah dan boleh mewujudkan pelbagai emosi serta imej tersendiri. Elemen yang dirasakan tidak menarik perhatian bagi sesetengah orang, mungkin memberikan keterujaan dan membangkitkan emosi kepada yang lain. Oleh sebab ini juga, container atau pasu mampu memainkan peranan menjadi titik fokal dan menyuntik impak segera visual taman.
Adakah container perlu disertakan tanaman untuk menarik perhatian dan berfungsi sebagai titik tumpu? Jawapannya adalah tidak. Sebagaimana arca atau pokok unik yang mampu menarik pandangan, container juga mampu menjadi titik tumpu, malah mungkin lebih efektif. Ayuh kita berfikir di luar kotak untuk mempertimbangkan penggunaan dan tarikan yang boleh dicetuskan oleh elemen ‘bersendirian’ ini.
Jika anda perhatikan kebanyakan elemen yang dipaparkan tidak disertakan tanaman di dalamnya. Tanpa jambangan tanaman yang ketara dan boleh mengalih perhatian, pasu atau tempayan ini memberikan peluang kepada pemerhati, contohnya pembaca untuk memandangnya sebagai sebuah hasil seni. Tindak balas ini tidak hanya terhad kepada bentuk monumen container, objek kecil dan unik juga dapat menarik perhatian.
Rekaan pasu yang cantik dengan saiz yang mampu membuatkan ramai teruja dengan keindah laman dengan pasu yang menawan. Ia akan menjadi satu main point dalam sudut laman anda.
Jika anda bijak mencari pasu yang cantik dan besar ini, pasti akan dapat dengan harga yang murah dan lebih menarik. Kena rajin berjalan kalau nak dapat barang murah dan berkualiti.
Pasu ini adalah salah satu elemen penting dalam sesebuah laman. Tanpa hiasan ini di laman anda akan kelihatan hambar. Kadang kala pasu yang besar ini tidak semestinya digayakan dengan pokok di dalamny. Anda hanya mampu membiarkan sahaja tanpa perlu menambah dengan hiasan lain.
Artikel Berkaitan:10 Perkara Menyebabkan Pembaziran Air Di Laman Anda
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Wawa Zainal Hadiahkan Sebuah Rumah Kepada Ibu Tercinta, Transformasi Ubah Suai Rumah Telah Raih Perhatian Ramai
Baru-baru ini, selebriti dan usahawan terkenal, Wawa Zainal telah menghadiahkan sebuah rumah teres setingkat di tanah Semenanjung Malaysia khas buat ibu tercintanya yang sebelum ini menetap di negeri Sabah.
Wawa atau nama sebenarnya, Nur Hawa Zainal Abidin telah berkongsi khabar gembira itu dengan memuat naik satu rakaman video menerusi akaun laman media sosial TikTok milikya, pada Rabu.
@wawazainal92Akhirnya mak bapak setuju duduk semenanjung . Ni la hadiah kecil dari kami buat mamak & bapak❤️♬ Sang Dewi – Lyodra & Andi Rianto
Menerusi rakaman video tersebut, Wawa yang juga isteri kepada pelakon terkenal Aeril Zafrel turut berkongsi tranformasi ubah suai sebelum dan selepas kediaman tersebut.
Apabila melihat hasilnya ternyata daripada sebuah rumah lama yang dahulunya kelihatan seperti rumah biasa, namun kini selepas pengubahsuaian dilakukan kediaman tersebut tampak sangat menakjubkan. Mari kita lihat bersama hasilnya.
SEBELUM
SELEPAS
Melihat dari segi dekorasi ruangan dalaman rumah ini, kelihatan telah menampilkan konsep moden Inggeris sebagai pilihan dengan bertemakan rona kelabu dan coklat terang.
Difahamkan, hasil transformasi dekorasi kediaman ini telah dilakukan sepenuhnya oleh pakar pereka hiasan dalaman, AQI STUDIO. Manakala, bagi pengubahsuaian rumah pula oleh daripada khidmat arkitet, AQI DESIGN.
Foto: TikTok Wawa Zainal
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Baca artikel berikutnya: Hasil Makeover Sangat Di Luar Jangkaan, Norman Hakim Terharu Sehingga Menitiskan Air Mata
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI