Jenama fesyen mewah yang berasal dari Paris ini sering menjadi kegilaan ramai dalam arena fesyen. Dari pakaian dan tas tangan wanita yang cukup elegan dalam sentuhan membuatkan ramai wanita di luar sana jatuh cinta dengan rekaan Yves Saint Laurent ini. Kali ini IMPIANA tertarik dan jatuh hati dengan kediaman milik pengasas Yves Saint Laurent ini.
Pernahkah Anda membayangkan, hunian seperti apa yang kira-kira dimiliki oleh seseorang yang begitu terkenal dengan karya-karyanya yang dilandasi oleh kecintaan akan seni dan kemewahan?
Fashion Designer ternama asal Prancis, Yves Saint Laurent, memberikan kita jawaban melalui salah satu villa mewahnya yang terletak di tengah Kota Marrakech ini.
Pemilihan warna yang terang dalam penataan membuatkan rumah milik peribadi beliau ini kelihatan ceria dan bertenaga. Kesenian dalam penataan gaya Morocco membuatkan kediaman ini mempuyai elemen mewah tersendiri.
Salah satu kemewahan dari rumah ini adalah keindahan rona warna yang terinspirasi dari identiti kota Marrakesh, sebuah kota dengan jolokkan mawar merah kerana warnanya yang penuh dengan rona merah muda.
Ads
Pengaruh tersebut sangat signifikasi di villa ini, sehingga terlihat bagaimana pintu dalam bangunan ini dilukis dengan tangan dan telah berhasil dilestarikan di pintu utama rumah dan ruang tamu.
Selain itu, pengaruhnya dapat dilihat dari bunga bougenville yang menjadi pilihan utama dari landskap rumah.
Ads
Melihat di setiap sudut dan ruang yang direka dengan megah ini tidak ada sedikit pun yang dibiarkan polos. Keseimbangan tersebut diraih melalui gabungan warna sehingga ruang rekaan yang lain dipalit dalam rona yang sama.
Melihat kesenian dalam kamar tidur pula cukup mencuri perhatian. Kepala katil yang diukir dan dilukis dengan tangan ini membuatkan ia nampak lebih eksklusif tanpa ada persamaan dalam mana rekaan kepala katil di luar sana. Mengenakan warna merah dan lantai dari mamar hijau, kemasan dan perincian dekor lain yang mengenakan warna hitam dan emas membuatkan ruang ini nampak lebih menawan.
Kombinasi antik dan elegan membuatkan kediaman Yves Saint Laurent ini nampak lebih gah dalam ciri yang tersendiri. Dalam kediaman agam ini juga terdapat ruang membaca atau ruang untuk mendapatkan ilham (mini library). Ruang ini juga tidak dibiarkan hambar seperti ruang membaca biasa.
Ads
IMPIANA amatlah terinspirasi dengan kediaman milik pereka jenama mewah ini. Apa pendapat anda bila mealihat kediaman agam ini?
Rona Hijau Pudina Buat Mata Sedap Memandang Untuk Ruang Rumah. Memang menjadi pilih ramai. Cantik bukan, boleh dikatakan sebagai kelompok warna pastel bagi pengemar warna ini.
Mungkin ramai yang telah mendengar inspirasi spa yang menyegarkan dan sesuai pula bagi mereka yang berkerja di dalam keadaan stress. Pereka telah lama mencari ilham bagaimana untuk mewujudkan sebuah ruang yang tidak nampak hambar tetapi masih mampu memberi ketenangan tatkala melihatnya. Inspirasi daripada warna produk spa, pereka mendapat ilham menarik, melahirkan 1 lagi jenis warna yang dinamakan hijau pudina.
Bukan turquoise bukan hijau samar, hijau pudina atau green mint sememangnya mempunyai warna luar biasa yang mampu menterjemahkan gaya elegan, minimalism dan kontemporari. Tidak kira di mana anda gunakan, ia mampu memberi satu pesona yang cukup berbeza. Sekilas pandang juga terbayang kita warna era 60an dan awal 70an. Anda yang memilih tema pastel sesuai diganding sama dengan rona segar seumpama ini. Namun tidak salah jika anda yang memilih rona neutral hangat atau dingin dan gandingkan bersama aksesori yang mempunyai rona unik seperti hijau pudina ini.
ILHAM PEREKA ; CANTIK JUGA DIPADANKAN DENGAN EMAS…
Cubalah hari ini . Mungkin anda boleh mulakan di kamar mandi agar suasana spa dapat dihidupkan di kediaman sendiri. Barulah ada motivasi untuk memanjakan diri sendiri nanti. Simple-simple je di IMPIANA. Apa kata selepas ini anda jadikan ia sebagai satu koleksi peribadi mahu pun identiti.
Tonton Video Menarik Di Youtube IMPIANATV (KLIK DI SINI)
10 tanaman musim panas, kurangkan risiko tanaman mati. Di Malaysia, terdapat beberapa sayur-sayuran yang sesuai ditanam pada musim panas yang panjang dan iklim tropika. Sayuran ini sesuai ditanam pada musim panas di Malaysia kerana ia memerlukan cahaya matahari yang mencukupi dan tahan terhadap suhu tinggi. Pastikan anda menyediakan penjagaan yang baik seperti penyiraman yang mencukupi dan pembajaan yang kerap untuk hasil yang optimum.
Berikut adalah 5 sayur-sayuran musim panas yang popular di Malaysia:
1. Kacang Panjang (Vigna unguiculata)
Sayuran yang tumbuh subur di iklim tropika, kacang panjang menghasilkan hasil yang baik semasa musim panas dengan cahaya matahari yang mencukupi.
2. Cili (Capsicum annuum)
Cili adalah tumbuhan yang tahan panas dan memerlukan cahaya matahari yang mencukupi. Mereka menyediakan hasil tuaian yang baik semasa musim panas di Malaysia.
3. Terung (Solanum melongena)
Terung tumbuh dengan baik pada musim panas Malaysia, memberikan buah-buahan yang lazat dan berkhasiat untuk dimasak.
4. Timun (Cucumis sativus)
Timun ialah tumbuhan yang tahan panas dan memerlukan air yang banyak. Ia sesuai untuk dimakan segar atau untuk penjerukan.
5. Bunga Kubis (Brassica oleracea)
Bunga kubis boleh tumbuh dengan baik pada musim panas Malaysia dengan penjagaan yang betul. Mereka menghasilkan hasil yang baik dimasak atau dalam salad.
Moga bermanfaat!
IMPIANA: Musim panas adalah saat yang paling mencabar bagi petani mahupun yang berkebun sebagai hobi. Dengan itu, ini dapat mengurangkan risiko tanaman edible anda mati pada musim panas.
Dapur merupakan salah satu kawasan yang wajib ada dalam setiap kediaman tidak kiralah apa jenis dan saiz rumah anda. Tidak seperti ruangan lain yang dibina untuk tujuan bersantai dan berehat, dapur merupakan salah satu bahagian rumah yang paling sibuk dengan kerja-kerja penyediaan dan memasak menjadikannya ruang yang paling terdedah dengan risiko kemalangan buruk. Ketika sibuk dan tergesa-gesa menyiapkan juadah, ramai di antara kita yang lupa untuk mematuhi amalan keselamatan dapur yang telah ditetapkan. Hal ini tidak seharusnya berlaku kerana satu kesilapan kecil boleh membawa kepada bencana yang tidak diduga. Sebagai contoh, seorang wanita mengalami 80% kebakaran apabila kebocoran gas menyebabkan letupan di dapur beliau di Sungai Nibong, Pulau Pinang. Tragedi begini boleh dielakkan dengan mengikut beberapa tip keselamatan dapur yang anda dan keluarga boleh lakukan.
Peralatan Elektrik
Alatan yang menggunakan tenaga elektrik boleh membahayakan jika tidak digunakan dengan betul. Ikut tips yang telah IMPIANA senaraikan untuk mengelakkan kemalangan apabila menggunakan alat-alat ini:
Pastikan setiap wayar alatan elektrik dilindungi dengan bahan penebat. Jika anda dapati ada wayar yang rosak, gantikannya dengan segera.
Jangan letakkan alat elektrik berhampiran dengan sinki atau kawasan lembab. Walaupun sesetangah alatan ini kalis air, tidak perlu ambil risiko kerana percikan air pada alat yang dihidupkan boleh mendatangkan padah.
Jangan sentuh suis dan alat elektrik dengan tangan yang basah. Letakkan tuala atau napkin berhampiran dengan suis agar mudah untuk anda keringkan tangan sebelum menggunakan atau menghidupkan suis alatan elektrik
Dapatkan pakar untuk menyelenggara peralatan yang lebih kompleks, seperti ketuhar gelombang mikro anda. Dengan berbuat demikian, alatan akan tahan lebih lama selain memastikan ia selamat untuk diguna.
Pisau dan Alatan Tajam
Adalah amat penting bagi pemilik untuk memberikan penjagaan yang rapi dan baik selain mengetahui cara betul pengunaan semua alatan didapur. Semua objek tajam seperti pisau, gunting dapur, pembuka tin dan lain-lain harus disimpan di tempat jauh dari capaian kanak-kanak. Apabila memotong daging atau sayur-sayuran, pastikan anda menggunakan papan pemotong yang kukuh. Bagi mengelakkannya dari bergerak-gerak, lapikkan kain dibawah papan pemotong tersebut. Semua peralatan perlu diletakkan dalam jangkauan anda. Elakkan menyimpan perkakas dapur di dalam almari yang tinggi kerana ia membahayakan dan boleh jatuh pada bila-bila masa.
Span dan Kain Buruk
Semua orang mempunyai span dapur untuk mencuci pinggan mangkuk. Tetapi adakah anda tahu bahawa span dapur yang lembab atau basah merupakan ‘magnet’ pertumbuhan bakteria? Anda juga mungkin mempunyai kain untuk mengelap tangan selepas membilas sayur-sayuran. Kain ini biasanya hanya akan dibilas dan dibiarkan kering. Malangnya, kaedah ini tidak digalakkan kerana bakteria berbahaya boleh membiak dengan cepat. Salah satu kaedah untuk membasmi kuman di span anda adalah dengan merendamnya dalam semangkuk air panas mendidih. Satu lagi cara yang boleh anda lakukan ialah dengan merendam span atau kain dalam larutan peluntur. Kemudian, keringkan span secepat yang mungkin bagi mengelakkan pertumbuhan bakteria baru.
Papan Pemotong
Sesetengah orang lebih suka menggunakan gunting dapur apabila memotong sayur-sayuran atau menyiang ayam. Walau bagaimanapun, ada juga yang lebih selesa menggunakan papan pemotong dan pisau dapur. Pastikan anda mempunyai papan pemotong yang berasingan untuk daging mentah dan sayur-sayuran. Ini adalah penting dari segi kebersihan. Untuk membasmi kuman dari papan pemotong, gunakan cuka atau cecair peluntur.
Tong Gas
Sebahagian besar dari kita lebih suka untuk memasak dengan periuk gas kerana api lebih kuat dan lebih mudah dikawal. Tetapi jika tidak mengikuti prosedur keselamatan yang betul, risiko kebakaran gas adalah tinggi. Antara tips keselamatan untuk gas memasak adalah ;
Pastikan tiada bau gas yang kuat sebelum menghidupkan dapur gas.
Cara betul untuk menghidupkan dapur gas manual adalah dengan menyalakan dahulu api sebelum menghidupkan gas.
Matikan semua peralatan dapur gas dan injap sebelum meninggalkan rumah untuk tempoh masa yang panjang.
Jangan cuba lakukan ubahsuai DIY pada peralatan gas anda. Sebagai contoh, meletakkan batu bata pada regulator yang longgar atau menyelitkan lipatan kadbod pada pemutar gas bagi mengelakkannya tertutup sendiri. Perbuatan seperti itu adalah sangat bahaya!
Periksa kebocoran pada paip gas dengan air sabun. Jika anda dapati ada buih-buih yang muncul, bermakna terdapat kebocoran di tempat itu.
Jangan lupa praktikkan langkah praktikal dan mudah ini bagi menjamin keselamatan dapur disamping sama-sama mendidik ahli keluarga anda tentang kepentingan menjaga keselamatan di dapur.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.