
Penggunaan meja makan berbentuk bulat di ruang makan yang terhad mampu membuatkan kawasan tampak lebih luas. Ini kerana bentuk meja yang bulat tanpa bucu memberikan lebih banyak ruang di meja makan. Lebih banyak orang boleh ditempatkan di meja makan berbentuk bulat berbanding meja makan yang bersegi. Jadi, untuk memaksimakan penggunaan dining area kecil di kediaman anda, pilihlah meja makan berbentuk bulat. Impiana lampirkan 10 idea untuk anda cuba di rumah. Selamat mendeko!
Sumber Gambar : carian Google dan Pinterest
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Dekorasi Pangsapuri Servis 950Kps Interpretasi Konsep Mid-Century Modern

Isi Kandungan
ToggleDekorasi Pangsapuri Servis 950Kps Interpretasi Konsep Mid-Century Modern. Saat kali pertama melihat ruang kediaman yang dikongsikan IMPIANA tertawan dengan gaya dekorasi yang ingin diserlahkan.
Cukup unik berseni dengan gaya yang tersendiri.Tak terasa kediaman ini hanya berkeluasan 950kps. Perancangan bijak pemilik dalam menyusun atur dan menghias kediaman, membuatkan suasana rumah kelihatan ‘cosy’, luas dan cantik mata memandang.
Pemilik kediaman, Jay Mustafa cukup ‘berani’ memilih konsep Mid-Century Modern, yang jarang sekali menjadi pilihan gaya dekorasi kediaman di negara kita. Acapkali yang sering menjadi pilihan pencinta dekorasi kediaman seperti konsep MUJI, Japandi, Minimalist, Scandinavian, Modern Luxury mahupun Farmhouse.
Inspirasi Konsep Mid-Century Modern
Pemilik baru sahaja menghuni pangsapuri servis ini pada penghujung tahun 2024. Interpretasi konsep Mid-Century Modern pada dekorasi kediaman jenis Pangsapuri Servis berkeluasan 950 kaki persegi yang baru sahaja sebulan didiami ini berjaya dizahirkan oleh pemilik dengan sebaiknya. Malah proses renovasi dan menghias kediaman pula hanya mengambil masa 5 bulan.
Istimewanya, pemilik menjadikan sumber di media sosial serta filem-filem yang pernah ditonton sebagai ilham dekorasi dan inspirasi bagi merealisasikan konsep rumah ini.
“Kediaman ini berkonsep Mid-Century Modern. Saya memilih gaya konsep ini kerana ia memberikan suasana estetik yang tak lekang zaman dengan gabungan konsep vintage dan moden,”
“Saya mendapat idea dan inspirasi dekor rumah berkonsepkan Mid-Century Modern ini adalah daripada sosial media dan dari filem-filem yang saya tonton,” jelas Jay.
Keutamaan Dekorasi Kediaman
Tidak dinafikan pemilihan rona kediaman dan jenis perabot memainkan peranan penting dalam menyerlahkan lagi sesuatu konsep dekorasi kediaman yang menjadi pilihan. Lebih-lebih lagi pada kediaman yang memiliki ruang terhad.
Bagi pemilik aspek yang menjadi keutamaan sewaktu dekorasi ruang rumah ialah
penggunaan warna dan pemilihan perabot yang tepat. Ini kerana ia mampu menjadikan ruang yang kecil sekalipun boleh terasa lebih luas dan selesa.
Berkongsi ruang kegemaran atau ‘favorite spot’ di rumah pula, pemilik memilih bahagian ruang tamu yang tampak cukup ‘cosy’ dan selesa malah kebanyakkan masa juga dihabiskan pada ruang yang satu ini.
Definisi Rumah Buat Pemilik
Rumah pastinya mempunyai definisi yang tersendiri buat setiap pemilik kediaman. Bagi pemilik ini, ia melambangkan keperibadian serta mampu memberi sejuta kedamaian buat penghuninya.
“Dekorasi rumah melambangkan keperibadian pemiliknya. Rumah seharusnya menjadi tempat berteduh dari kesibukkan di luar yang memberikan sejuta kedamaian sebagaimana slogan Rumahku Syurgaku,” ujar Jay.
Memang cantik hasil dekorasi pangsapuri servis berkonsep Mid Century Modern ini. Meskipun hanya berkeluasan kecil 950kps namun tak terasa sempit, malah pemilihan padanan rona warna dan perabot yang tepat menyerlahkan dekorasi berkonsep ini. Semoga menjadi inspirasi buat pencinta dekorasi rumah yang lain.
INFO KEDIAMAN
Nama Pemilik: Jay Mustafa
Usia Kediaman: November 2024
Konsep Hiasan Dalaman: Mid-Century Modern
Lokasi: Kajang, Selangor
Keluasan Kediaman: 950 kaki persegi
Jenis Kediaman: Pangsapuri Servis
Spesifikasi Ruang Kediaman: 3 bilik tidur, 2 bilik air, yard
Mesti Baca: Inspirasi Bina Rumah Sendiri Konsep Moden Atas Tanah Memanjang 3284kps
Baca Lagi Di Sini: Inspirasi Tiny Cottage 420Kps, Tunai Hajat Arwah Suami Bina Rumah Persinggahan Atas Bendang
Artikel Menarik: Tiang & Lantai Retak, DBKL Arahkan Projek Kondominium RUMAWIP, J.Satine Residensi Wilayah Dihentikan
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Jangan Abaikan Jika Ada Kulat Pada Siling Dan Dinding, Antara Punca Masalah Kesihatan

Perasan tak pada siling atau dinding pejabat ada tompokan hitam berdebu yang melekat? Menurut Public Health Malaysia, kulat tersebut mengundang ancaman kepada kesihatan seperti batuk dan selsema.
Kulat pada dinding dan siling rumah terhasil di sebabkan oleh beberapa faktor. Faktor utama adalah disebabkan oleh persekitaran yang lembap. Disamping itu juga, jika terdapat kebocoran paip atau saliran ia akan menyebabkan keadaan tersebut menjadi lebih kritikal.
Spora halus yang dibebaskan oleh kulat ini boleh di sedut masuk ke paru-paru dan menyebabkan iritasi serta radang kepada saluran pernafasan. Ia boleh mengakibatkan hidung berair dan tersumbat, bersin, batuk, sesak nafas dan nafas berbunyi.
Sekiranya tidak dibersihkan, pendedahan secara berterusan boleh mengakibatkan fungsi paru-paru terjejas dan mengkibatkan masalah kronik seperti astma. Bagi yang sememangnya menghidap astma atau lelah, mereka akan mengalami gejala yang lebih kerap dan serius.
Tanda tanda lain bagi kehadiran kulat termasuklah bau yang kepam, kesan air, kesan meruap dan cat dinding mengelupas.
Bolehkah kulat ini di cegah?
1. Pastikan pengudaraan yang sesuai di dalam bangunan terutamanya bahagian yang lembap dan gelap seperti tandas, bilik membasuh dan dapur.
2. Pastikan sistem saliran air di bumbung lancar dan tidak melimpah.
3. Bersihkan kulat tersebut menggunakan sabun dan air. Jika kulat masih tumbuh, boleh gunakan peluntur.
4. Apa yang penting, cari punca yang menyebabkan pertumbuhan kulat tersebut dan perbaiki punca tersebut.
5. Jika bahan berfabrik ditumbuhi kulat dan sukar untuk dibersihkan, anda mungkin tiada pilihan lain selain membuang bahan tersebut.
Sumber: Public Health Malaysia
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Sebalik Tabir: Kunci Kejayaan Suami Isteri Dalam Industri Reka Bentuk Dalaman

Mengenali latar belakang pasangan ini bukanlah setahun dua, melihat kejayaan yang diraih dengan baik serta berkembangnya perniagaan mereka dalam Industri Reka Bentuk Dalaman cukup membuatkan saya kagum dengan kecekalan Lokman Hakim Ahmad Subki dan Rabiatul Adawiyah Rasol iaitu Pemilik Syarikat Reka Bentuk Dalaman IDW Sdn Bhd (IDW).
Membina sebuah empayar ini bermula pada tahun 2007 sehingga kini bukanlah satu keajaiban yang dimiliki mereka. Bermula dari bawah sehinggalah kini membuatkan pasangan suami isteri cekal dalam mengharungi apa jua cabaran yang datang melanda. Bermulanya ruang perniagaan mereka di sebuah lot kedai tingkat atas yang terletak di seksyen 7, Shah Alam. Memberi 1001 pengalaman dan mengajar mereka untuk terus bersaing maju dalam industri ini. Bukan mudah untuk menjadi ikon dalam industri reka bentuk dalaman ini, kerana ramai diluar sana berlumba-lumba untuk menjadi yang terbaik dalam menghasilkan rekaan mereka.
Tetapi Lokman Hakim dan isteri Rabiatul Adawiyah tidak pernah mengalah dengan situasi, mereka akan memastikan hasil kerja mereka adalah yang terbaik untuk semua pelanggan yang mereka ada. Apa yang menariknya tetang peribadi mereka berdua ini bukan sahaja hasil kerja, tetapi perwatakan dan sentiasa berfikiran positif dalam apa jua yang diharungi.
Hari ini saya diberi kesempatan untuk melihat kejayaan empayar IDW Lokman Hakim dan Rabiatul Adawiyah. Keluasan pejabat lama dahulu hanya 1400 kaki persegi, kini pejabat urusan IDW Sdn Bhd berkeluasan 9000 kaki persegi. Jika dilihat dengan keluasan ruang pejabat sudah boleh digambarkan bagaimana ruang kerja di dalam IDW Sdn Bhd ini bukan. Lebih selesa dan lebih menawan hati untuk mood bekerja di sini. Ruang kerja bukan lah satu ruang yang boleh diambil ringan kerana ruang kerja atau pejabat adalah ruang yang akan menjana inspirasi dan juga semangat untuk kita melaksanakan tanggungjawab dengan baik.
Inilah semangat yang ada dalam diri pasangan ini. Ruang kerja yang sempurna, keselesaan pekerja adalah keutamaan mereka agar apa yang dilakukan oleh mereka diberkati. Kelembutan dan kemanisan pasangan ini membuat tidak ada sesiapa pun yang akan jemu berbual dengan meraka, idea dan tip hiasan dalaman yang selalu dikongsikan di dalam media sosial IDW banyak memberi inspirasi kepada anda di luar sana.
Ruang kerja berkonsepkan terbuka ini menjadi pilihan dalam susun atur ruang pejabat ini, pemilihan warna biru dan keemas an untuk interior dan logo syarikat membuatkan kesinambungan pejabat ini bukan lagi memberi aura berada di pejabat malahan terasa sentiasa berada di rumah. Inilah yang diterapkan di dalam IDW, agar semua pekerja mereka tatkala berada di pejabat akan berasa selesa seperti di rumah sendiri.
Terdapat mini surau yang cukup selesa dan sempurna untuk kegunaan semua. Walaupun Berjaya di dunia, mereka tidak pernah melupakan yang wajib ini yang uniknya team IDW. Tertarik saya dengan cara dan sistem kerja yang pasangan ini ketengahkan dalam menjayakan empayar mereka. Bukan mudah untuk menjadi senang. Semangat dan tawakal perlulah seiring dengan segalanya.
Kejayaan demi kejayaan yang diperolehi tidak pernah membanggakan Lokman Hakim dan Rabiatul Adawiyah, malahan mereka masih berkerja keras untuk memberi yang terbaik kepada pemilik rumah di Malaysia. Di sini saya kongsikan projek-projek untuk kediaman selebriti, insta famous dan juga pemilik kosmetik yang telah mereka jayakan dengan sempurna. Tiada kata lain setelah melihat hasil kerja IDW Sdn Bhd, segalanya jelas sentuhan magis membuatkan mereka menjadi pilihan dalam seni reka bentuk masa kini.
HASIL SENTUHAN MAGIS IDW
Jika hati terpaut dengan hasil kerja IDW boleh la layari www.IDW.design untuk melihat banyak lagi projek terbaru mereka.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI