Bilik tidur sepatutnya menjadi tempat paling mendamaikan di dalam kediaman. Ditambah pula dengan konsep dekorasi yang mencerminkan personaliti anda juga identiti keseluruhan ruang ini. Untuk memberikan magis lebih natural, gandingkan elemen kayu dengan kesesuaian tema penataan.
Seperti semua kita tahu, bilik tidur merupakan ruang untuk menikmati waktu istirahat setelah seharian penat bekerja atau melakukan aktiviti rutin. Bilik tidur yang sempurna bukan sahaja selesa tetapi memiliki karakter tersendiri. Dalam soal ini, anda sebagai penghuni lebih tahu untuk mencorakkannya agar tidur malam lebih lena dan berkualiti.
Meskipun trend hari ini pelbagai material digunakan untuk mencipta bingkai katil, namun penggunaan perabot kayu tetap ada di dalam ruang ini. Tidak keseluruhan, mungkin satu dua sahaja. Ada juga yang hanya meletakkan item perhiasan daripada material kayu bagi mewujudkan suasana lebih semula jadi dan menenangkan. #
Ads
GAYA ORIENTAL
Cetuskan sebuah bilik tidur dengan tema bersifat etnik. Salah satunya gaya Oriental yang sangat rapat dengan dengan masyarakat Indo China. Pada keseluruhan ruang, gunakan sepenuhnya elemen kayu berona gelap diadun dengan kemasan lembut dalam rona terang atau lembut.
Pemilihan katil bertiang dihias tirai linen membangkitkan keindahan. Lantai rona merah oak meredupkan suasana, manakala kehadiran bangku yang diletakkan pada hujung katil, meja sisi juga kabinet penstoran dalam rona yang sama melengkapi aura semula jadi dalam ruang beradu. Untuk menambahkan dramatik, gunakan lampu chandelier rekaan klasik.
Ads
ILHAM KAYU PALET
Bilik tidur dalam warna semula jadi pada penggunaan tekstil dan cat dinding akan mewujudkan keharmonian keseluruhan ruang. Untuk mencipta penegasan dan titik tumpu yang unik pada bilik tidur gaya moden, anda boleh gunakan kayu palet dan lekatkan pada dinding. Ia boleh juga dijadikan sebagai kepala katil dengan melekatkan kayu palet tersebut sehingga mencecah siling. Untuk nampak sedikit kontra, anda boleh gandingkan perabot berona gelap dan cerah.
Ads
ALL WHITE
Semuanya putih. Siapa mengatakan putih itu membosankan? Putih merupakan rona yang membuatkan suasana di dalam bilik tidur terasa lebih tenang, lembut dan suci. Selain dinding dicat putih, anda boleh abadikan ia dengan pemilihan perabot seperti katil dan meja sisi juga berwarna putih. Digandingkan dengan kemasan lembut iaitu cadar dan sarung bantal bercorak agar tidak kelihatan terlalu kaku. Pemilihan lantai laminasi berona putih keabuan menambahkan lagi karakter pada ruang berehat ini.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Buah Mangga Kering Gantikan Asam Keping, Serius Sedap, Hari tu, Impiana share buluh yang banyak tak termakan dijadikan manisan macam kismis. Kali ni, kita cerita pasal mangga yang banyak meluruh busuk di tanah pula.
Faham-faham je lah, buah mangga ni kalau dah musim dia berbuah, memang tak tahu dah nak buat apa. Sampai offer jiran-jiran petik je sendiri. Nak-nak kalau jenis mangga kampung atau dipanggil mempelam. Nak makan segar, dah jemu. Buat jeruk pun dah menimbun-nimbun. Apa kata, boleh cuba idea Suez Tiez.
Selain asam keping dari buah asam gelugor saya biasa guna asam keping homemade dari buah mangga muda (apa2 jenis pun tak kisah). Yang di bawah ni saya guna mangga kuini muda. Sedap buat perapan, buat sup ikan, masak singgang atau buat air untuk minum pun sedap. Asam gelugor tempat saya susah na jumpa.
Kalau buah mangga senang 😂. Kat kampung mak saya memang tak pernah guna asam keping gelugor. Dia guna asam keping buah mangga muda ni je. Saya belajar dan buat sendiri dari dia. Turun temurun memang guna asam keping jenis mangga saja. Caranya seperti di bawah.
1. Pilih hanya mangga muda sahaja (apa jenis pun tak kisah janji jenis yang masam)
2. Kupas kulitnya dan cuci bersih.
3. Potong kecil-kecil dan nipis-nipis seperti contoh di bawah. Kalau tebal nanti lambat nak kering.
4. Keringkan di bawah sinar matahari sehingga betul-betul kering. Biasanya lepas kering ia akan berubah warna gelap seperti di bawah.
5. Dah kering, simpan dalam botol kedap udara untuk tahan lama
Semoga bermanfaat untuk semua sahabat2. Yang minta izin share saya tak kisah dan izinkan. Lebih ramai share lebih ramai dapat manfaat. Harap2 dimusim pkp ni dapat menolong ramai berjimat guna apa yg ada di sekeliling 😊.
Buah Mangga Kering Gantikan Asama Keping, Serius Sedap
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
“Workstation” Bukan Sekadar Selesa Tapi Cantik, Ini Yang Perlu Anda Buat. Kini ramai di kalangan kita yang lebih selesa berkerja di kediaman sendiri. Ia bukan sahaja selari dengan arus sosial media kini malah lebih menjimatkan juga praktikal. Namun bagaimana boleh kita kekalkan suasana profesional di kediaman sendiri dengan tugasan yang digalas?
Pereka juga mula mengikut arus masa kini. Ramai yang lebih selesa berkerja di kediaman sendiri dan menjadikan kediaman sebagai pejabat. Ini bermakna ruang kerja juga tampil selesa dan menyenangkan. Pelbagai idea telah dihasilkan untuk kita jadikan inspirasi, bagaimana sebuah sudut di ruang kediaman mampu bertukar menjadi ruang kerja yang cantik.
Ada yang menjadikan kabinet bina dalam sebagai stesen kerja. Lengkap dengan penutup dan pintu berpangsi. Ada yang membina para-para kecil dan ada juga yang membina unit station pada bucu ruang…unik dan amali seiring…Simple-simple je di IMPIANA.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Grafting adalah salah satu teknik untuk mengawinkan pokok. Kebiasaanya teknik ini digunakan industri bagi menggantikan induk pokok yang tua dan tidak berhasil dengan padanan baru,. Selain itu juga, ia digunakan untuk menghasilkan baka yang lebih baik atau menghasilkan pelbagai rona bunga dalam satu pokok.
Namun kebiasaanya, teknik ini digunakan pada pokok dari jenis yang sama. Namun bagi Sam Van Aken yang merupakan seorang profesor dari Syracuse University, teknik grafting digunakan untuk menghasilkan 40 varieti buah berbeza dalam satu induk atau pokok. Nak tahu macam mana Sam berjaya menghasilkan tanaman tersebut, tonton video yang disediakan oleh National Geogaphic
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.