
Percaya atau tidak, langsir dapat mengubah pesona sesebuah ruang dengan sekelip mata! Dengan beribu-ribu pilihan langsir dengan pelbagai jenis material, corak, potongan serta warna yang terdapat di pasaran sekarang. Mungkin kita mudah rambang mata dan pening kepala dengan lambakan pilihan langsir yang ada tetapi anda perlu ambil kira ruang di kediaman anda. Tidak semua langsir sesuai untuk semua ruang. Terdapat perkara-perkara penting yang perlu anda titik beratkan sebelum membeli langsir.
Kali ini IMPIANA himpunkan inspirasi langsir bercorak, sesuaiuntuk setiap ruang di kediaman.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Kekalkan Produktiviti Dengan Ruang Kerja Menarik Dan Praktikal Di Kediaman

Ruang kerja di rumah bukanlah sesuatu yang biasa kita lihat. Tidak semua orang mahu bawa pulang kerja di pejabat ke rumah. Walaupun sebelum ini tabiat tersebut tidak digalakkan, kini rata-rata sektor pekerjaan tidak mempunyai pilihan lain selain daripada bekerja dari rumah lantaran perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan darik erajaan bagi menangani wabak COVID-19.
Secara umumnya, bekerja dari rumah mempunyai pelbagai kelebihan seperti masa yang lebih fleksibell, keseimbangan gaya hidup antara kerja dan keluarga, serta perjalanan yang bebas dari kesesakan lalu lintas.
Namun begitu, bekerja dari rumah juga mempunyai cabaran yang tersendiri termasuklah, kurangnya sumber inspirasi dan juga bagaimana untuk menjadi lebih produktif di luar daripada struktur organisasi di pejabat.
IMPIANA cadangkan, anda bermula dengan dekorasi sudut bekerja terlebih dahulu. Apabila ruang yang disediakan untuk bekerja dari rumah tampil kemas dan tersusun, sudah tentunya lebih mudah untuk kita menjadi produktif dalam menyelesaikan tugas harian.
Selamat mendeko!
SUMBER : PINTEREST
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Bancuhan Cuka Dan Pelembut Pakaian Elak Habuk Melekat Pada Kipas Untuk Tempoh Lama

Dekor rumah hebat, susun atur aksesori menarik, tetapi bila pandang atas siling, kipas berhabuk. Pasti akan bagi situasi ‘potong stim’ bila kita tengok bilah kipas penuh dengan habuk berwarna hitam. Kalau kita tengok dah rasa rimas, apatah lagi kalau tetamu yang datang bertandang.
IMPIANA bantu anda bagaimana untuk memastikan anda tidak penat mencuci bilah kipas setiap minggu. Penat juga setiap minggu nak panjat tangga, guna banyak tenaga, sepatutnya hari minggu kita berehat tetapi kita penat membuang habuk kipas. Kalau kipas meja gagah lagi, kipas siling, memang surrender.
Ikuti langkahnya dibawah ini:
- Ambil satu bekas penutup pelembut pakaian dan letakkan dalam satu mangkuk. Buat langkah yang sama dengan cuka makanan dan air biasa. Nisbahnya adalah 1:1:1 atau ikut agak-agak saiz bilah kipas. Kacau hingga sebati campuran tersebut.
2) Basuh bilah kipas tersebut dengan air biasa untuk membuang habuknya.
3) Letakkan campuran air tadi ke dalam botol penyembur dan semburkannya di setiap bilah kipas. Sama juga kalau kipas meja, semburkan di bilah dan juga jaring penutup kipas depan dan belakang. Selepas itu, biarkan selama 5 minit dan lap dengan kain lembab.
Ulangi 3 langkah ini setiap 2/3 bulan sekali. Jimat tenaga dan jimat belanja.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
6 Jenis Tanaman Air Berbunga Yang Cantik, Buat Kolam Di Laman Anda Lebih Menarik

Selain daripada struktur penting untuk pembinaan kolan atau air terjun, tanaman air juga perlu bagi menyerlahkan water feature tersebut. Terdapat banyak kebaikan tumbuhan akuatik beroksigen (oxygenated), tanaman berlumpur (bog plants), tanaman air pinggiran (marginal plants) dan tanaman terapung (floating plant) ini.
Jenis tanaman ini telah terbukti berfungsi secara biologi untuk mengimbangi ekosistem kolam. Bagaimanapun, kebanyakan tanaman akuatik ini tidak menghasilkan bunga lalu menjadikan taman kurang menyerlah.
Jadi kali ini, IMPIANA akan senaraikan beberapa pilihan tanaman air pinggiran berbunga yang dapat membantu mengimbangi ekosistem sedia ada disamping menceriakan air terjun di halaman anda.
1. CANNA GLAUCA
Canna glauca menghasilkan bunga berbentuk rama-rama rona kuning dan kebiruan dengan sedikit palitan warna putih pada daunnya. Begitu juga spesies Canna yang lain, Canna glauca turut memerlukan cahaya matahari sepenuhnya. Cuma kelebihan Canna spesies ini adalah keupayaannya untuk hidup di dalam air. Daunnya yang lebar dapat dijadikan perlindungan buat ikan peliharaan di dalam kolam serta warna bunganya yang menarik menjadikan persekitaran taman lebih indah.
2. PONTEDERIA CORDATA
3. EICHHORNIA CRASSIPES
4.THALIA DEALBATA
antara tanaman air pinggiran berbunga yang boleh hidup di dalam air. Penggunaan container adalah digalakkan ketika penanaman invasive Thali dealbata kerana ia dapat mengelakkan akarnya mengganggu liner kolam.
5.LOBELIA CARDINALIS
Warna merah bunga Lobelia cardinalis dapat mengurangkan warna hijau senada pada taman air serta melembutkan struktur air terjun. Uniknya tanaman ini selain warna merah menyala bunga yang mencetuskan kelainan pada taman air, ia juga dapat menyingkirkan nitrogen, ammonia, nitrat dan mineral lain yang boleh menggalakkan pertumbuhan alga pada kolam melalui sistem biologi yang terdapat pada akarnya. Tanaman ini amat diperlukan untuk mengekalkan ekosistem pada taman air supaya rantaian ekologi di dalam kolam tidak terganggu serta menghasilkan pemandangan semula jadi di taman anda.
6. BACOPPA MONNIERI
Bagi melembutkan suasana taman air yang sedikit meriah dengan warna-warna terang bunga, kehadiran Bacopa monnieri dengan bunga halus berwarna putih menjadikannya lebih sejuk mata memandang. Bacopa monnieri ini mempunyai dedaun lebat berwarna hijau pekat memudahkan anda mengadunkannya bersama tanaman air yang lain. Berbeza dengan Canna, Pontederia dan Thalia yang bersaiz tinggi, Bacopa akan menjalar dan merimbun mengikut platform yang menanggungnya.
Secara keseluruhannya, kehadiran tanaman airyang berbunga dikawasan halaman merupakan suatu elemen yang sangat baik dari segi visual dan penggunaannya. Selain mewujudkan pemandangan dramatik ia juga memainkan peranan penting membantu memberikan keseimbangan kepada ekosistem landskap.
SUMBER GAMBAR : HASIL CARIAN GOOGLE
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI