Percaya atau tidak, langsir dapat mengubah pesona sesebuah ruang dengan sekelip mata! Dengan beribu-ribu pilihan langsir dengan pelbagai jenis material, corak, potongan serta warna yang terdapat di pasaran sekarang. Mungkin kita mudah rambang mata dan pening kepala dengan lambakan pilihan langsir yang ada tetapi anda perlu ambil kira ruang di kediaman anda. Tidak semua langsir sesuai untuk semua ruang. Terdapat perkara-perkara penting yang perlu anda titik beratkan sebelum membeli langsir.
Kali ini IMPIANA himpunkan inspirasi langsir bercorak, sesuaiuntuk setiap ruang di kediaman.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
5 Idea Minibar Jimat Ruang Dapur Sempit
IMPIANA banyak mendapat maklum balas tentang penyelesaian isu samada perlu untuk membeli meja makan, letakkan di antara ruang tamu dan dapur atau mansuhkan sahaja.
Idea yang bernas adalah dengan menggabungkan meja makan dan dapur, menjadi meja bar. Tetapi sebelum anda survey katalog jualan, apa kata periksa dahulu senarai meja bar yang IMPIANA sediakan dalam entri kali ini.
- Skandinavia minimalis
Ciri utama gaya Skandinavia adalah penggunaan material semulajadi dan jika anda rujuk gambar di bawah, table top nya menggunakan papan kayu dan digabungkan dengan cat putih untuk menyerlahkan lagi eleman natural.
2. Meja bar Monokrom
Stail ini sesuai untuk mereka yang masih bujang atau baru sahaja mendirikan rumah tangga. Gaya simple ini pasti memikat sesiapa sahaja yang melihat. Jimat ruang sudah semestinya kerana anda sudah menghadkan saiz minibar ini di ruangan dapur sahaja.
3. Dapur pulau dan meja makan jadi satu
Penulis merasakan implementasi konsep dapur pulau di Malaysia masih baru dan jarang untuk kita lihat. Tetapi, apa salahnya kalau kita cuba terapkan idea ini ke dalam planning dekorasi kediaman anda. Mana tahu, anda boleh menjadi trend setter selepas memasang kelengkapan ini suatu hari nanti. Belum cuba, belum tahu.
4. Meja bar kitar semula
Anda juga boleh kitar semula kayu-kayu yang masih elok atau selamatkan kayu pallet yang dibuang dan jadikan meja minibar anda sendiri. Bumi selamat, anda gembira.
5. Idea meja bar klasik vintage
Penggunaan material kayu juga boleh di upgrade kepada design klasik vintage. Ala-ala zaman cowboy. Ianya sesuatu yang menarik untuk dicuba Untuk pilihan design kerusi, ianya tidak menjadi masalah samada anda ingin meletakkan penyandar atau tidak, kerana semuanya bergantung kepada kreativiti anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Lelaki Ini Tujuk Cara Servis Sendiri “Aircond” Dengan Modal RM20 Saja!
Penyaman udara atau aircond kini merupakan satu kemestian dalam setiap kediaman. Jangan hanya pandai guna sahaja, pemilik juga perlu ambil tahu serba sedikit tentang cara penjagaan perkakas tersebut.
Apabila sampai waktunya, aircond akan terasa panas dan tidak sesejuk seperti ketika baru dibeli. Ini menandakan aircond anda perlu di servis. Kebiasaannya kita akan panggil orang untuk seleggara aircond, tetapi melalui perkongsian saudara Ahmad Aqari ini, anda boleh servis sendiri aircond di rumah dengan modal lebih kurang RM20 sahaja!
Dalam video yang dimuat naik, Aqari ada menjelaskan step-by-step bagaimana untuk servis sendiri aircond di kediaman anda menggunakan satu bahan sahaja.
Jom kita semak pautan di bawah. Selamat mencuba!
Disebabkan PKP ni takde orang yang boleh datang rumah ke rumah untuk servis aircond. So, aku decide untuk servis sendiri aircond ni dengan hanya bermodalkan RM20 dan sedikit kerajinan. Korang pun boleh buat juga dekat rumah. Senang je. Yang penting sejuk.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Cara Mudah Bina Kolam Ikan Sendiri Di Halaman Rumah
Mempunyai sebuah kolam ikan di halaman atau taman anda merupakan satu kelebihan. Di samping memberi nilai tambah kepada persekitaran, ianya dapat mengimbangi ekosistem kepada ikan dan spesies lain untuk terus hidup.
Sesebuah kolam asas mempunyai lapisan “liner” yang bermutu, sistem pam yang efisen dan dihiasi dengan batu-batu kecil. Lazimnya, kolam yang lebih besar tidak semestinya akan menambah kos anda kerana perbelanjaan sebenar adalah terletak kepada sistem pam dan penapisannya.
Seksyen ini dapat membantu anda menyedia gabungan idea dan konsep, menyedia langkah demi langkah bagi membolehkan anda membina sebuah kolam di halaman anda. Ianya tidak terlalu rumit sekiranya anda mempunyai peralatan yang sesuai dan mengikuti langkah-langkah yang diberikan.
- Lokasi kolam. Peletakan kolam adalah penting, sama ada di bahagian hadapan atau belakang rumah, di bawah teduhan atau kawasan terbuka. Pastikan kolam tidak ditempatkan di kawasan yang terdedah kepada larian air selepas hujan. Ini akan menyebabkan kerosakan kepada lapisan “liner” dinding kolam.
- Kedalaman kolam. Untuk tujuan memelihara ikan dan meletakkan tumbuhan, kedalaman kolam mestilah sekurang-kurangnya empat kaki (1.2 m). Tumbuhan akuatik amat sesuai pada kedalaman di antara tiga hingga lima kaki (0.9 ke 1.5 m). Pastikan bahagian paling rendah kolam di mana ditempatkan saluran air keluar berada jauh dari saluran air masuk ke kolam.
- Saiz kolam. Secara umumnya, semakin besar kolam, semakin elok. Isipadu air yang banyak boleh menyediakan ruang lebih luas kepada ikan dan tumbuhan akuatik. In dapatkan mengurangkan tumpuan menyelenggaraan untuk kedua-duanya.
- Bentuk kolam. Tentukan pilihan anda sama ada kolam tersebut formal atau sebaliknya.. Kolam formal berbentuk segi empat, segi empat tepat dan bulat. Kolam tidak formal kebiasaanya seperti kolam semula jadi yang mengikut garisan kontor tanah dan tidak mempunyai bentuk spesifik. Pastikan sebarang reka bentuk yang dipilih mampu menyediakan sirkulasi air yang baik.
- Memulakan kerja menggali. Mulakan dengan menanda kawasan yang hendak dibina kolam mengggunakan sebarang media, cat atau tali. Sementara itu, tentukan dahulu kedudukan saluran paip dan wayar bawah tanah sedia ada. Ini bagi mengelakkan utiliti tersebut dari dirosakkan semasa kerja-kerja mengali.
Anda juga boleh mempunyai sebuah kolam pelbagai aras sama ada untuk mendapatkan tebingnya yang berbatu atau sebagai kawasan untuk tanaman kecil. Buang tanah di sekeliling perimeter kolam. Gali dan buang tanah tersebut pada kedalaman 6 hingga 8 inci sebagai kawasan yang akan diletakkan batu-batu’ Seterusnya mulakan menggali bahagian tengah untuk membentuk dasar kolam, Tambakkan tanah di mana air terjun akan dibina.
- Saluran paip air. Setiap kolam memerlukan saluran paip air dan pam untuk berfungi. Saiz paip bergantung kepada saiz kolam. Secara umumnya, paip 1 ½ inci sesuai untuk isipadu kolam sehingga 1,500 gelen (5,678.1 liter), saiz 2 inci untuk isipadu kolam melebihi 1,500 sehingga 2,500 gelen dan saiz 4 inci untuk kapasiti kolam melebihi 2,500 gelen (9,463.5 liter). Adalah disarankan menggunakan material PVC dari paip boleh lentur kerana ianya murah dan mudah untuk dipasang. Pastikan saluran paip in dipasang sebelum menyediakan “liner”.
- Menyedia penutup longkang dasar kolam. Sekiranya anda merancang untuk memelihara ikan di dalam kolam tersebut, pastikan kawasan longkang dasar kolam mempunyai penutup yang sesuai, bagi mengelakkan ikan-ikan tersebut disedut masuk melalui penutup berkenaan.
- Pemilihan lapisan “liner”. Anda tidak akan dapat membina sebuuah kolam yang elok tanpa menggunakan lapisan “liner”yang sesuai kerana ianya merupakan laipsan selaput kepada sesebuah kolam dan merupakan komponen paling penting. “liner” berfungsi melindungi ketahanan kolam anda sehingga 20 tahun. Antara produk “liner” yang dapat bertahan untuk jangka masa tersebut ialah dari jenis 45 mil EPDM.
- Pemasangan tebing berbatu. Pembinaan kolam yang sempurna dan tampak seperti semula jadi biasanya mempunyai tebing berbatu yang stabil dengan lapisan “liner” agar ianya tidak akan kelihatan di atas permukaan air. Lazimnya, paras air kolam akan menurun semasa musim kemarau. Oleh itu, batu-batu tersebut hendaklah disusun beberapa inci di bawah aras permukaan air bagi melindungi “liner” dari kelihatan. Pastikan hujung “liner” berada di belakang tebing batu tersebut dan dilipat ke atas. Ini dapat menghalang limpahan air larian permukaan dari memasuki kolam. Jangan potong tepi “liner” sehingga kesemua batu-batu tersebut siap dipasang,
- Pemilihan pam. Pam merupakan elemen penting bagi memastikan kolam anda berfungi. Bagi memilih pam yang betul, isipadu air didarab dengan angka 7.48 (yang dikenali sebagai “conversation factor”). Saiz pam juga bergantung kepada aras dan jarak pam untuk mengalirkan air dari pam ke bekalan air masuk. Pastikan anda menempatkan pam di dalam kotak yang sesuai bagi menghalang ianya diselaputi daun dan kekotoran lain.
- Penuhkan dengan air. Isi kolam anda dengan air dan biarkan selama satu minggu sebelum memasukkan ikan atau tumbuhan akuatik. Ini bagi memastikan klorin yang terdapat di dalam air tadi meruap. Setelah seminggu, kolam anda bersedia untuk menerima tumbuhan akuatik dan ikan pilihan anda. Kedua-duanya boleh menolong menjadikan kolam anda kelihatan cantik dan bersih.
BACA: 10 Perkara Menyebabkan Pembaziran Air Di Laman Anda
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI