Inspirasi Rumah Dengan Laman Kecil Buatkan Kediaman Lebih Sempura

Share
Binaan taman kecil dengan keluasan kebun 3x4m yang dikelilingi batu-batu yang membuatkan ruang laman ini menyuntik aura semulajadi. Binaan atap yang dibina dengan kayu disisir rapi ini memberi pencahayaan telus ke ruang tersebut.
Taman kecil adalah tema rumah ini. Taman ini adalah teras untuk akses ke rumah dari jalan luar. Ruang makan juga terletak di luar yang berhampiran dengan tempat bersantai .
Jika anda pernah ke negara Jepun pasti pernah melihat bagaimana cara penempatan atau pola kediaman  di sana. Di bandar Jepun, di mana rumah akan disusun sebaris jika di kawasan kecil, sukar untuk memperuntukkan ruang untuk taman. Pereka kediaman ini berusaha menyelesaikan kesulitan itu dengan merancang mekanisme perancangan perumahan.
Pertama, ruang dalam rumah dibahagikan kepada isipadu utama iaitu ruang tamu, dapur, dan ruang yang lain. Manakala sub volume
untuk ruang lain dibina dengan bilik tidur dan bilik mandi.
Rekaan unik ini mencipta ruang untuk taman membuatkan ia tampil lebih sempurna untuk sebuah kediaman. Kaedah binaan ini nampak mudah, tetapi mempunyai kesan sebaliknya iaitu bayangan bangunan untuk menggabungkannya ke sekitarnya bukanlah satu perkara yang mudah. Bangunan dan taman bersatu menjadi sebahagian daripada pemandangan bandar.
Rumah-rumah di kedua-dua sisi dirancang dengan cara yang sama. Dengan itu ia membuatkan rumah berlaman kecil ini nampak lebih menonjol.
Boleh jadikan inspirasi!

Kredit:

Rumah KAKAMIGAHARA, JAPAN
  • Architects: Plan21
  • Gambar: Akira Ueda
Published by
Impiana