Inspirasi Tiny House 300kps Konsep Minimalist & English Style, Dijadikan Homestay. Memiliki bidang tanah yang kecil tetap boleh dijadikan rumah dengan binaan kecil dan comel, namun lengkap dan cukup selesa untuk dijadikan persinggahan pada hujung minggu.
Idea pemilik dalam menjadikan tiny house dengan keluasan hanya 300 kaki persegi ini boleh dijadikan sumber inspirasi bagi yang mempunyai tapak tanah yang kecil. Rumah ini terletak di Kuala Nerus, Terengganu dan dibina dengan kos RM60,000 serta dijadikan sebagai ‘homestay’.
Pemilik memilih konsep terbuka, minimalist elegant dengan penataan dekorasi stail Inggeris. Rona hitam putih pula menepati konsep yang dipilih. Memang simple & nampak cukup tenang.
Menariknya meskipun bersaiz kecil namun tetap selesa dan memenuhi keperluan serta kelengkapan asas rumah. Mempunyai ruang tamu, bilik air, dapur serta loteng yang dijadikan ruang tidur, malah mampu memuatkan 1 hingga 5 orang.
“Lahir dengan berkonsepkan minimalist elegant dan english style. Deco bajet sahaja. KECIL TAPI TENANG🏚️ itu yang cuba dipamerkan. Semoga tahun 2025 dapat menyerlahkan lagi rumah tiny house baru ini.Diharapkan dapat menambat hati semua. Tiny House ini kami jadikan sebagai Homestay @ Penginapan,”
Farid.INFO KEDIAMAN:
Nama Pemilik: Ahmad Farid & Norfadzila Mokhtar
Usia Kediaman: Siap 2024
Konsep : Minimalist + English Style
Lokasi: Kuala Nerus, Terengganu
Keluasan Kediaman: 300kps (12x25kaki)
Anggaran Kos : RM60k (termasuk aksesori dalaman)
Jenis Kediaman: Tiny House (Homestay)
Spesifikasi Ruang:
(Ruang Tamu, Dapur, Loteng, Bilik Air)
IMPIANA: Bagi yang memiliki keluasan tanah yang kecil boleh jadikan kediaman ini sebagai inspirasi.
Sumber: Ahmad Farid
Mesti Baca:Cantik Tiny House ‘Pondok Selesa’ 730kps, Rumah Hujung Minggu Dijadikan Homestay
Baca Lagi Di Sini: A-Frame With Loft, Tiny House 340Kps Rumah Dalam Dusun Durian
Artikel Menarik: Inspirasi Tiny Cottage 420Kps, Tunai Hajat Arwah Suami Bina Rumah Persinggahan Atas Bendang
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.