Penulis blog we tell sweet stories atau lebih mesra di kenali dengan nama Zuraidah, merupakan ibu kepada kembar perempuan. Dalam kesibukan masa bekerja dan menguruskan rumah tangga, pemilik tetap memberi ruang dan masa untuk menata laman kediaman dan mencipta sebuah ruang pelbagai fungsi untuk kegunaan keluarga. Laman kediaman ini telah mengalami beberapa fasa perubahan mengikut peredaran masa dan keperluan aktiviti penghuni kediaman. Pemilik juga telah meletakkan sepenuh tenaga, hati dan perasaan untuk mewujudkan persekitaran yang selesa untuk mereka sekeluarga dan untuk kebaikan proses pembesaran si kembar yang sedang mula mengenal dunia. Maka, tercetuslah laman kasih sayang di ilhamkan oleh pemilik.
Idea tercetusnya konsep dan reka bentuk laman ini bermula apabila pemilik melancong bersama keluarga ke negara-negara beriklim sejuk terutamanya Perancis. Sepanjang pengembaraan, pemilik akan memerhatikan reka bentuk kediaman dengan reka bentuk menarik untuk di jadikan idea dekorasi rumahnya. Kesempatan ini juga diambil untuk membeli produk dengan harga berpatutan dan akan di gunakan untuk menata kediaman, seperti penggunaan jubin dan hiasan lain yang di beli dari flea market atau Sunday market.
Apabila melancong bersama keluarga, tempat yang wajib di kunjungi ialah pasar-pasar yang menjual barangan-barangan menarik yang boleh di beli sebagai buah tangan dan di aplikasikan di rumah supaya terpahatnya ingatan dan pengalaman ke tempat-tempat tersebut,” terang pemilik membuka bicara.
Pada awal pembinaan laman ini, pemilik cuba mengetengahkan konsep Mediterranean. Namun, kekangan keadaan untuk mendapatkan barangan yang mampu menonjolkan konsep tersebut menyebabkan pemilik cuba menggabungkan reka bentuk Mediterranean dan Inggeris. Penggunaan jubin import pada dinding tempat pemanggang dan ruang mencuci tangan berjaya menonjolkan konsep Mediterranean yang cuba diketengahkan oleh pemilik.
Ruang ini merupakan lokasi yang sering di gunakan untuk berkumpul dan menghabiskan masa bersama-sama oleh kami sekeluarga. Malah kembar saya gemar melakukan aktiviti di luar rumah justeru ia di reka bentuk mengikut kesesuaian mereka. Laman hadapan ini juga sering digunakan sebagai ruang menjalankan aktiviti barbeku bersama saudara-mara dan sahabat handai yang sering berkunjung ke rumah ini,” tambahnya lagi tersenyum mesra.
Pembinaan laman bermula di sisi kanan kediaman menempatkan pemanggang dan ruang mencuci tangan kerana aktiviti barbeku merupakan aktiviti kegemaran dan sering di lakukan keluarga ini. Hanya elemen ini yang kekal di laman ini, mana kala yang lainnya sering bertukar ganti dari segi peletakan dan ada juga yang dibuang terus.
Ads
Apabila si kembar semakin membesar dan lebih gemarkan aktiviti beridah di luar rumah, maka tercetusnya idea untuk membina sendiri sebuah playhouse. Pengalaman si kembar mengembara ke luar negara dan mengunjungi rumah-rumah ladang cuba di aplikasikan di laman rumah ini. Malah telah menjadi rutin mereka apabila selepas pulang dari sekolah, si kembar akan menghabiskan masa di dalam pondok ini sementara menunggu ibunya pulang,”tambah Zaidah lagi.
Pondok ini merupakan ruang eksperimentasi si kembar. Malah mereka sering diingatkan supaya tidak memotong pokok-pokok bunga yang terdapat di laman rumah. Hanya tumbuhan yang telah layu dan bunga-bunga berguguran sahaja boleh diambil, dan sentiasa diterapkan andai ingin tinggal di dalam suasana yang selesa dan baik maka mereka perlu memelihara persekitaran yang dimiliki sekarang.
Pemilihan pokok dan tumbuhan dalam menghias laman rumah ini lebih berkonsepkan perennial garden iaitu tumbuhan yang bermusim dan di gabungkan dengan tumbuhan yang mempunyai pelbagai warna. Perennial hanya bertahan antara 3 bulan hingga 6 bulan sahaja menyebabkan pemilik akan menukar tumbuhan-tumbuhan berbunga setiap 5 bulan. Antara tanaman yang digunakan seperti Angelonia salicariaefolia, Rosa spp., Euphorbia pulcherrima, Celosia cristata dan Impatiens balsamina.
Ads
Pemilik juga berpendapat untuk mengindahkan laman dengan tumbuhan pelbagai warna, tidak perlu membeli pokok-pokok hiasan yang mahal. Cukup sekadar membeli tumbuhan dalam lingkungan harga RM 10.00 hingga RM 20.00. Lebih baik jika kita pandai mencari kedai yang ada menjual tumbuhan di dalam poly bag pada harga 3 beg RM 10.00, paling penting peletakan dan gaya menghias serta kreativiti pemilik akan menyerlahkan rupa bentuk tanaman hiasan tersebut.
Ads
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Bahagian belakang kuali yang hitam boleh menunjukkan betapa kerapnya pemilik memasak. Walaupun ada yang berpendapat semakin tebal kerak kuali, semakin sedaplah masakan nya, tidak dapat dinafikan yang keadaan itu juga sedikit sebanyak menggambarkan tahap kebersihan kita.
Jadi buat anda yang dah tak tahan tengok kerak-kerak hitam tu bolehlah cuba petua yang dikongsi KiLa Aurora di laman Facebook ini. Trik berguna ini dipelajarinya melalui video di YouTube dan ternyata ia berkesan mengembalikan kilat pada kuali. Tak perlu lah beli yang baharu. Jom kita semak
Kilatkan Kembali Kuali Berkerak
Semalam punya projek sental bontot kuali. Gambar sebelum tak ada sebab tak sanggup nak snap.
geram punya pasal tengok periuk kuali YouTuber Sugu tu berkilat bagai so acik pun nak la juga..
Bahan-bahannya :
1. 2 biji buah lemon
2. Baking soda
3. Sabun buku
4. Berus dawai
Langkah-langkahnya :
Panaskan Panaskan air dalam periuk besar
Kemudian rendam kuali yang berkerak. Kila biar je sampai mendidih, geram punya pasal.
Apabila dah mendidih, tutup api dan diarkan kuali berendam
tempoh rendam adalah 2 jam. Lagi lama lagi ‘boek’ bergantung kepada tahap ketebalan kerak pada kuali
Angkat kuali kemudian kikis kerak tebal menggunakan pisau..mudah je dia tanggal.
Agak-agak dah boleh gosok, gosok pakai berus dawai dan sabun mandi fruitale. Katanya elok guna sabun kuning kedai eco. Tapi Kila tak ada sabun tu.. sama je boleh kilatkan juga..
P/S : GOSOK TANPA AIR
Dengan kemahuan yang memuncak dan kudrat yang tinggi, Insyallah petua ini akan menjadi.
Sikit2 tu buat kemudian takpa sbb anak2 dah tak boleh bg kerjasama
Tangan bahu memang sakit ya… malam tadi pun tak boleh tidur, bangun sahur ok dah…
Kuku jari tak payah cakap la.. haha. Tapi harini dah elok balik kuku saya.
Ramai alami masalah pokok orkid yang kedekut bunga. Orkid ni memang mudah tanam, tapi bunganya tu agak susah untuk dihasilkan kalau tak kena teknik. Bazniza AB, berkongsi tip dan trik nak bagi orkid berbunga di setiap cabang dengan mudah.
Ada petua kalau orkid tak nak berbunga buang 2 daun yg paling atas. Akhirnya menjadi spike tumbuh serentak dgn pucuk yg dibuang hari tu. Wallahu a’lam petua tu menjadi atau kebetulan
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Bina tembok dinding rumah, jangan sampai ‘aniaya’ jiran, kontraktor usah fikir untung je. Ramai pemilik kediaman memilih untuk menaikkan tembok dinding untuk tujuan privasi.
Bagaimanapun ramai yang lupa tentang tata cara dan juga ‘adab’ ketika ingin membina tembok dinding di kediaman masing-masing. Ye memang kita inginkan privasi namun ada perkara yang perlu kita ambil kira dan buat sebelum, ketika dan selepas membina tembok dinding.
Melalui perkongsian Mahanom Mohammad seorang kontraktor yang bertauliah dan berpengalaman luas dalam bidang pembinaan, beliau berkongsi fakta tentang topik ini.
ETIKA KONTRAKTOR APABILA TAPAK MELIBATKAN JIRAN:
Apabila pelanggan kita minta bina dinding pembahagi sempadan mereka dan jiran, satu perkara yang tidak dapat elak adalah, memasuki kawasan jiran. Oleh itu amat penting untuk kita memastikan sisa binaan kerja tidak mengotorkan rumah jiran hingga mengancam keselesaan hidup mereka pula.
Menaikkan dinding melibatkan kerja menyusun bata dan mengikat bata-bata yang disusun dengan bancuhan mortar, yang diantara bahan utamanya adalah pasir dan simen. Oleh kerana itulah, dalam teknologi binaan, batu bata yang disusun dan diikat dengan mortar tadi, permukaan dinding itu perlu dilepa iaitu di tutup dengan satu lapisan simen, sebelum ia dilicinkan dan di cat cantik.
Ini bukan sahaja untuk melindungi ikatan dan susunan bata itu dari terdedah kepada panas, hujan dan cuaca yang melampau. Bahkan dengan melepa permukaan batu-bata tadi, ia juga menghalang serpihan partikel yang rosak (akibat dedahan iklim) dan terbang terlepas ke udara. Dan sudah pastilah akan memasuki rongga-rongga penafasan mereka yang dekat padanya, iaitu jiran atau haiwan peliharaan mereka.
Saya selalu jumpa, apabila seorang pemilik rumah hendak menaikkan tembok dinding, mereka hanya melepa dan mengecat cantik permukaan dinding dalam kawasan rumah mereka sahaja. Sementara permukaan dinding di bahagian rumah jiran, dibiarkan sahaja tidak dilepa.
Maka terdedahlah si jiran dengan partikel-partikel mortar dan bata yang tidak ditutup ini.
Jangan begitu kawan. Nasihatkan pelanggan kita untuk melepa juga permukaan dinding rumah jiran. Lebih manis jika mengecatnya juga dengan warna yang jiran suka.
Inilah etika dalam kerja. Tidak meletakkan untung semata-mata, tetapi memikirkan juga keharmonian pelanggan kita dengan jiran sebelah mereka. Bila hendak bina rumah orang, binalah seperti kita bina rumah untuk ibu bapa kita.
Bila kerja tersebut melibatkan kawasan jiran, buatlah kerja seolah jiran itu, adalah kita sendiri. Yang diubahsuai rumah sebelah, tapi yang di lawat tapak hari ini adalah kerja-kerja yang melibatkan rumah jiran pelanggan kita.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.