Dekorasi

Intan Najuwa Tempah Katil Bayi, Pilih Warna ‘Pink’ Untuk Anak Sulung

Share

BAKAL menyambut kelahiran cahaya mata pertama, pelakon Datin Intan Najuwa antara selebriti yang rajin berkongsi persiapannya membeli keperluan bayi itu.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di TikTok, sebuah syarikat perabot berkongsi video katil bayi yang ditempah khusus oleh Intan.

Intan atau nama lengkapnya Intan Najuwa Abdul Wahid kelihatan sangat teruja dan berpuas hati setelah melihat katil bayi idamannya.

 

@kmhomefurnishing_ #intannajuwa #babycot #babycotintannajuwa ♬ original sound – kmhomefurnishing_

Ini untuk anak pertama saya dan sudah semestinya saya mahukan ianya sempurna.

Apa yang saya mahukan sama 100%. Kualiti sangat bagus, tak ada cacat langsung. Saya sangat seronok

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji citarasa Intan dalam memilih dekorasi untuk meraikan bayi sulungnya. Mereka juga mendoakan agar cahaya matanya itu akan menjadi insan yang berguna.

IMPIANA kongsi 5 tip ketika membeli katil demi keselesaan dan keselamatan anak-anak anda ketika sedang lena dibuai mimpi.

  1. CARI KATIL YANG MEMPUNYAI CIRI KESELAMATAN YANG TINGGI

Tidak dinafikan, untuk membeli katil sebegini, anda kena berbelanja lebih, tetapi disini kita membicarakan tentang keselamatan anak kita yang dalam fasa membesar dan tidak dapat kita bayangkan apa yang akan berlaku sebaik sahaja mereka masuk ke kamar tidur. Elakkan katil yang tinggi. Ini untuk memudahkan anak anda bangun dan tidur dengan mudah serta mengurangkan kadar kecederaan incase anak anda terjatuh dari katil.

2. PILIH KATIL KANAK-KANAK YANG DIPERBUAT DARIPADA SOLID WOOD 

Katil sebegini nampak kukuh dan kuat serta berupaya menampung berat anak anda ketika mereka bermain. Jika anda ingin membeli katil kerangka besi, periksa dengan teliti pemasangan skru dan peralatan lain. Ini adalah untuk memastikan katil tidak bergoyang serta runtuh semasa anak anda ingin memanjat naik ke atas katilnya.

BELI KATIL DENGAN KERANGKA YANG SELAMAT 

Konteksnya adalah untuk membeli design katil yang bahagian hujungnya tidak tajam. Ini termasuklah material yang diperbuat daripada kayu atau besi. Ini untuk mengelakkan anak anda daripada terhantuk sehingga boleh mengakibatkan kecederaan.

3. ELAKKAN AKSESORI DALAM KATIL YANG BERBAHAYA 

Tahukah anda terdapat kes ada bayi yang mati dalam katil sendiri? Ya, ada. Ini kerana aksesori tambahan seperti kusyen serta mainan lembut yang berbahaya. Elakkan terlalu penuhkan katil bayi dengan aksesori serta mainan yang boleh mengakibatkan bayi lemas secara tidak sengaja ketika bermain.

Kredit foto: Pexels

4. ELAK GUNA CAT YANG ADA VOC

Bilik tidur anak anda mestilah bebas daripada cat yang mempunyai kadar Volatile Organic Compounds (VOC) yang rendah atau lebih baik tiada langsung. Ini kerana cat sebegini mempunyai cecair kimia yang tidak baik untuk sistem pernafasan kita. Kalau tidak elok untuk golongan dewasa, bagaimana nasib anak kita yang masih lagi baru dilahirkan di dunia?

5. AMALKAN LANGKAH KESELAMATAN 

Sentiasa pastikan keselamatan persekitaran bilik anak anda terjamin dan bebas daripada faktor-faktor yang boleh menyebabkan anak anda tergugat kesihatannya. Ingat, anak anda adalah amanah dari yang Maha Esa.

IMPIANA : Untungnya anak Intan Najuwa ni…

Mesti Baca: Idea Makeover Pagar Besi Corak Chevron Guna Aluminium Composite Panel (ACP)
Baca Lagi Di Sini: KOMPILASI TIP Penting DAPUR Cantik Selesa, Bersih & Praktikal Dari Segi Rekaan Serta Penjagaan
Artikel Menarik: Ubah Suai Rumah, Penting Bayar Ikut Progress Kerja Elak Risiko Ditipu Kontraktor

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Published by
Nana