BAKAL menyambut kelahiran cahaya mata pertama, pelakon Datin Intan Najuwa antara selebriti yang rajin berkongsi persiapannya membeli keperluan bayi itu.
Terbaru, bakal ibu ini sempat membidas seorang warganet yang bertindak memperlekeh usahanya menghias bilik buat anak sulungnya.
Menerusi hantaran yang dimuat naik, dapat dilihat tangkap layar komen yang ditinggalkan seorang wargamaya terhadap video terbaharu Intan yang berkongsi ‘update’ terkini bilik anaknya di TikTok.
Menurut individu tersebut, usaha yang dibuat pelakon drama ‘Kekasih Paksa Rela’ seakan sia-sia kerana anak yang bakal dilahirkan kelak akan berada di bilik ibu dan bapanya.
Aku dulu beria hias bilik baby bukan main.
Akhirnya baby duduk dalam bilik aku sebab nak menyusu, mana boleh tinggal.
Tidak berdiam diri, pelakon berusi 27 tahun itu tampil menjawab kenyataan netizen tersebut dengan mengatakan bahawa bilik yang disediakan adalah untuk menyimpan segala barangan milik anaknya kelak.
Ye jebon, kita pun bukan nak suruh dia dalam bilik dia.
Kita hias bilik dia untuk letak barang-barang dia.
Takkan nak tumpang bilik jebon.
Terdahulu,Intan mendedahkan hamil anak pertama dan bakal menimang cahaya mata perempuan selepas hampir setahun mendirikan rumah tangga.
Untuk rekod, Intan selamat bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Datuk Ahmad Asraf Azman pada Ogos tahun lalu.
IMPIANA teruja melihat dekorasi bilik bayi yang dikongsikan oleh pelakon Datin Intan Najuwa Abdul Wahid,27 ini yang berkonsep ‘Toile de Jouy ‘ inspirasi dari Paris.
Intan dikhabarkan bakal melahirkan bayi perempuan yang juga cahaya mata pertamanya tidak lama lagi.
Perkataan “toile” berasal dari perkataan Perancis untuk kain linen. Perkataan ini dipendekkan daripada nama penuh toile de Jouy, yang bermaksud linen atau kain dari bandar Jouy-en-Josas, di pinggir bandar Paris.
Secara tradisinya, Toile de Jouy ialah corak hiasan yang menampilkan pemandangan pastoral yang berulang – seperti motif bunga atau pasangan berkelah di tepi tasik – dicetak dalam satu warna (biasanya biru, hitam atau merah) pada latar belakang putih.
Memang bertuah. Cantik dekorasi bilik bayi dengan konsep ‘Toile de Jouy ‘ yang dikongsikan ini. Semoga menjadi inspirasi.
#impiana
#impianakongsi
#toiledejouy
#dekorasibilikbayi” />
IMPIANA : Netizen pun, biarlah Intan Najuwa nak dekorasi bilik anak sulung dia, mesti la teruja….
Sumber: TikTok, IG Intan Najuwa
Mesti Baca: Intan Najuwa Tempah Katil Bayi, Pilih Warna ‘Pink’ Untuk Anak Sulung
Baca Lagi Di Sini: Jual Rumah Teres Beli Rumah Flat Keluasan 753kps, Makeover Cantik & Selesa!
Artikel Menarik: Transformasi Rumah Flat 650 Kaki Persegi, Dekorasi Simple Tampak Elegan & ‘Cozy’!
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Memiliki Kediaman Tepi Pantai, Selamat Atau Pun Tidak?
Memang seronok kan kalau kita dapat membina rumah idaman atau membeli kediaman yang terletak di sebelah pantai sambil menikmati pemandangan laut biru yang indah dan menakjubkan. Pasti rasa bahagia bukan?
Tetapi, anda harus fikirkan risiko yang bakal anda hadapi dari segi faktor keselamatan sekiranya memiliki rumah atau kediaman yang berada di kedudukan sebelah pantai.
Faktor keselamatan ini bukan sahaja melibatkan rumah kediaman anda malah keselamatan keluarga tersayang juga turut memaikan peranan penting dan harus diberikan keutamaan.
Selain faktor keselamatan yang anda perlu titikberatkan, ada lagi beberapa faktor lain yang perlu anda tahu sekiranya mahu membina rumah dan membeli kediaman yang terletak di sebelah pantai.
Bakal Berdepan Dengan Pelbagai Bencana Alam
Seperti sedia maklum, memiliki rumah atau kediaman di sebelah pantai lebih berisiko tinggi untuk berdepan dengan pelbagai bencana alam seperti tsunami, ribut taufan, banjir dan sebagainya.
Sekiranya berlaku bencana alam, ia bukan sahaja menjejaskan struktur rumah, tetapi keselamatan ahli keluarga anda juga turut terjejas.
Malah, jika struktur rumah telah terjejas teruk akibat bencana alam kediaman anda juga mungkin tidak boleh lagi didiami pada masa akan datang.
Kawasan Dengan Kepadatan Penduduk Dan Pelancong Luar
Secara lazimnya, kediaman tepi pantai di Malaysia ini harganya jauh lebih mahal berbanding dengan kediaman yang berada di kawasan luar bandar. Hal ini berlaku ekoran kebanyakan kawasan tepi pantai dijadikan sebagai tempat pelancongan dalam dan luar negara.
Maka dengan itu, bilangan kepadatan penduduk di kawasan kediaman anda akan bertambah padat dengan kehadiran pelancong luar.
Kos Penyelenggaraan Dan Penjagaan
Selain nilai harganya yang jauh lebih mahal, anda juga harus memikirkan dari segi kos penyelenggaraan dan penjagaan rumah anda.
Sekiranya rumah yang anda dibina daripada kayu yang bukan gred marin, ia boleh reput dengan mudah akibat kelembapan tinggi dan persekitaran basah. Kepekatan garam yang tinggi di udara boleh menyebabkan karat dan hakisan kepada lekapan logam anda.
Sekiranya bumbung anda tidak diperbuat daripada keluli atau logam tahan karat, anda mungkin perlu menggantinya setiap 15 tahun dan bukannya 20 tahun seperti kebiasaannya.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Sumber: Iproperty.com.my
Baca artikel berikutnya: Ubahsuai Rumah Tanpa Kelulusan PBT, Wajar Atau Tidak Dirobohkan?
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Bintang Kecil Mini Fest, Lebih 2,000 Kanak-kanak Berkumpul Di Plaza Masalam
Bintang Kecil Mini Fest, lebih 2,000 kanak-kanak berkumpul di Plaza Masalam. Program Bintang Kecil Mini Fest 2023 yang dinanti-nantikan telah berlangsung di Plaza Masalam, Shah Alam pada 19 hingga 20 Ogos yang lalu seiring dengan sambutan bulan kemerdekaan.
Hari pertama telah berlangsung dengan jayanya dengan penyertaan lebih daripada 2,000 kanak-kanak dan ibu bapa yang telah memberikan seribu kegembiraan dan
kenangan yang tidak akan dilupakan.
Bintang Kecil Mini Fest ialah inisiatif di bawah portal digital “Bintang Kecil,” yang bernaung di bawah Nu Ideaktiv Sdn Bhd. Program ini telah dirasmikan oleh Encik Syamil Fahim, Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv, dan disaksikan oleh Dato’ Dr. Sheikh Muszaphar Shukor, Angkasawan Malaysia, Encik Ahmad Dasuki Abdul Majid, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), dan Dato’ Sri Meer Habib, Pengarah Hal Ehwal Evergreen Venues Sdn Bhd.
Program bermanfaat yang mengagumkan ini dikuasakan oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Karihome, dan Plaza Shah Alam. Program ini bertujuan untuk menanamkan keyakinan diri dan kemahiran sosial kanak-kanak dengan menyediakan platform bagi mereka ini untuk berinteraksi dengan rakan sebaya dan melibatkan diri dalam aktiviti
berkumpulan.
Bintang Kecil Mini Fest menggalakkan kerjasama dan semangat berpasukan, menonjolkan bakat kemahiran yang penting untuk kejayaan pada masa depan. Sementara itu, ibu bapa yang terlibat sama di dalam aktiviti bersama anak-anak mereka, akan dapat
membina ikatan yang lebih kuat dengan anak-anak dan dapat melihat perkembangan sosial
mereka.
Program ini tidak hanya memberi faedah kepada individu yang terlibat tetapi juga menyumbang kepada kesejahteraan dan kesepaduan komuniti secara
keseluruhannya. Suasana meriah dan bertenaga turut dirasai oleh seisi keluarga dengan acara perarakan mega oleh pelbagai unit badan beruniform.
Perarakan menampilkan 350 murid dari empat buah sekolah terpilih iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Padang Jawa, SK Bandar Anggerik, SK Seksyen 9 Shah Alam, dan SK Kepong diiringi oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk persembahan haka dan pertandingan Dewi Cilik.
Angkasawan Malaysia Dato’ Dr. Sheikh Muzaphar Shukor turut berkongsi mengenai petua
untuk berjaya di alam persekolah dan kehidupan. Di dalam ucapan beliau yang penuh
inspirasi, beliau menekankan kepentingan menetapkan matlamat yang jelas dan mengekalkan rasa tekad yang kuat.
Selain itu, beliau turut berkongsi akan kepentingan mempunyai minda
untuk berkembang maju, menerima cabaran, dan mencari peluang untuk pembelajaran
berterusan.
Kehadiran selebriti terkenal seperti Mark Adam, Yana Samsudin, Shaza Bae, dan ramai lagi
menambahkan lagi kemeriahan dan menjadi daya tarikan suasana Bintang Kecil Mini Fest.
Penglibatan dan interaksi di antara selebriti dan penonton mencipta detik-detik yang tidak
dapat dilupakan dan akan diingati oleh semua yang hadir pada program tersebut.
Sementara itu, Fiza Frizzy selaku pengacara majlis memberikan aksi semangat yang bertenaga dan dapat mengekalkan suasana meriah sepanjang program berlangsung.
Sorotan aktiviti:
- Perarakan Mega: Ia adalah gabungan simfoni ketawa, perpaduan dan tenaga muda dengan diiringi oleh pancaragam. Perarakan unit badan beruniform ini membuktikan ianya bukan sekadar minat atau hobi; malah ia adalah sebuah perjalanan untuk mengenali diri, semangat setia kawan dan komited menjadikan dunia ini tempat yang lebih baik.
- Persembahan Haka: Persembahan haka yang luar biasa menggambarkan kekuatan bersatu di antara kanak-kanak yang berbilang, memperlihatkan kekuatan bekerjasama dalam kumpulan dan berkeyakinan dalam mengatasi cabaran bersama. Gerakan dan suara yang selaras melambangkan kekuatan persatuan, mencipta simfoni keberanian dan persahabatan yang mengagumkan.
- Dewi Cilik: Pertandingan ratu cantik untuk kanak-kanak di bawah umur 13 tahun. Dewi Cilik direka untuk menjadi platform yang selamat bagi kanak-kanak untuk menonjolkan bakat, meningkatkan keyakinan diri dan membentuk personaliti dirimereka. Program ini adalah peluang keemasan bagi kanak-kanak yang berminat di dalam fesyen, solekan, fotografi, suka bergiat aktif dan berseronok.
- BK Mewarna Merdeka X Simpan SSPN: Pertandingan mewarna sempena Bulan
Kemerdekaan ini bagi meraikan dan melibatkan kanak-kanak dalam semangat
patriotisme dan kreativiti. Setiap peserta dapat membuka akaun simpanan SSPN (Skim Simpanan Pendidikan Nasional) secara percuma. Manakala, juara pertandingan mewarna membawa pulang RM300 berserta hamper, ganjaran istimewa ini bukan sahaja untuk meraikan bakat seni kanak-kanak malah membantu menjamin masa depan pendidikan yang lebih cerah.
• BK Fantastic X Karihome: Program ini direka khas untuk mengetengahkan dan
meraikan kepelbagaian bakat dan kebolehan kanak-kanak. Peserta program ini
berumur antara 6 dan 12 tahun, dan mereka perlu mempamerkan kemahiran dan
minat mereka dalam pelbagai bidang seperti nyanyian, tarian, lakonan, debat, sukan, bercerita dan banyak lagi.
Pertandingan ini menyediakan platform kepada individu muda untuk mendapatkan keyakinan, menyatakan diri mereka, dan menerima pengiktirafan untuk bakat mereka. Keluarga yang hadir juga menikmati pameran haiwan peliharaan oleh Farm in the City, Pool Kidz Playground, Zumba, sesi cabutan bertuah dan banyak lagi!
Ingin kongsi idea dekorasi rumah anda? Klik link ini untuk join telegram grup Geng Dekor Impiana: https://t.me/gengdekorimpiana
Ingin lebih tahu pelbagai tip untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Antara Rumah Sub-Sales & Baru, Mana Pilihan Yang Terbaik?
Bagi anda yang bercadang untuk membeli sebuah kediaman rumah, sudah pasti antara rumah jenis sub-sales dan baru yang akan menjadi persoalan mana satu pilihan yang terbaik untuk anda memiliknya.
Malah, persoalan ini sudah pasti akan sentiasa bermain di pemikiran anda selain faktor kewangan dan kawasan kediaman yang ingin dimiliki juga antara perkara penting yang perlu diambil kira dalam pemilihan sesebuah kediaman.
Tetapi sebelum itu, adakah anda sudah benar-benar tahu perbezaan antara kedua-duanya? Mari ketahui jawapan dan maklumat lebih lanjut bersama IMPIANA.
Dalam episod Tip Impiana kali ini, IMPIANA telah berkesempatan mengundang tetamu jemputan, Cik Amaliena Mazlan yang merupakan salah seorang Perunding Hartanah dari MATRIX Concepts Holdings Berhad bagi berkongsi tip serta mengupas lebih lanjut mengenai perkara tersebut bersama para penonton.
Ketika sesi temu bual bersama Cik Amaliena, jelasnya kedua-dua jenis kediaman ini mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri yang mana setiap para pembeli harus ambil tahu mengenainya.
Katanya lagi, selain itu para pembeli seharusnya bijak serta mengetahui tujuan utama untuk membeli sesebuah rumah di kawasan perumahan yang telah menjadi pilihan.
Jadi, antara kedua-duanya mana satu pilihan yang terbaik? Sudah pasti anda ingin mengetahui lebih lanjut dan jawapan persoalan tersebut.
Mari ketahui jawapan dan maklumat lebih lanjut dengan menonton pautan video penuh sesi temu bual bersama Cik Amaliena di bawah;
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Baca artikel berikutnya: Apa Beza Antara Insurans Pembiayaan Rumah MRTT & MLTT?
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI