Bali! tat kala ia diperkatakan, sudah pasti terbayang di minda panorama vila dan resort mewah berlatarkan suasana indah yang kerap menjadi pilihan, terutamanya bagi mereka yang merancang untuk berbulan madu. Namun bagi mereka yang tidak berkesempatan dek kekangan masa dan kewangan, hanya jamuan gambar dan rencana menjadi tatapan.

Ipoh Bali Hotel Menyediakan Pengalaman Menikmati Budaya Bali Dalam Suasana Tempatan

 

Namun kini impian untuk menikmati keindahan seni bina bali hanya sejengkal cuma apabila telah terbinanya sebuah hotel yang menempatkan 12 buah bilik berkonsepkan Bali, di tengah bandar Ipoh menjadi pilihan. Telah beroperasi hampir setahun, Ipoh Bali Hotel kini menjadi buah mulut ramai kerana gaya dekorasi yang ditampilkan hotel ini amat berbeza sebagaimana yang terdapat di Malaysia.

Ipoh Bali Hotel Menyediakan Pengalaman Menikmati Budaya Bali Dalam Suasana Tempatan

Ads

 

Pada asalnya, ia merupakan sebuah unit banglo lama dengan keluasan lebih kurang suku ekar telah di ubah sepenuhnya. Pemilik yang lebih mesra dikenali dengan nama Steven menerangkan kepada penulis “Atmosfera Bali di undang sebagai konsep utama kepada keseluruhan dekorasi kerana saya ingin memberi peluang kepada masyarakat Malaysia untuk merasai sendiri gaya Bali di tengah bandar Ipoh,” kata pemilik.

Ipoh Bali Hotel Menyediakan Pengalaman Menikmati Budaya Bali Dalam Suasana Tempatan

Ads

 

Keseluruhan gaya dekorasi diilhamkan oleh Steven sendiri berdasarkan aspirasi hotel-hotel yang terdapat di kepulauan Bali. Selain pengaruh gaya Bali yang dibawa, pemilik juga merupakan seorang yang mempunyai jiwa yang sensitif terhadap nilai arkitektural lama. Memperlihatkan nilai-nilai seni bina lama yang tidak dihargai, membuatkan jiwa pemilik begitu terkesan. Maka, lahirlah gaya ilham Bali dengan menggunakan kayu-kayu terpakai.

Hampir 70% kayu yang digunakan untuk membina hotel ini terdiri daripada kayu guna semula. Antara yang digunakan untuk membina hotel ini ialah kayu jeti lama, rumah-rumah lama yang telah dirobohkan dan sebagainya. Kayu-kayu tersebut dirawat terlebih dahulu untuk memastikan ia padu dan kukuh. Setelah dirawat, kayu-kayu tersebut diberi kemasan untuk menyerlahkan lagi teksturnya.

Ads

 

“Sebolehnya kami cuba mengurangkan pemotongan kayu, kerana kayu yang dimiliki terutamanya kayu dari jeti lama amat sukar untuk dipotong kerana ia amat padu. Oleh sebab itu, jika diperhatikan secara perinci, setiap kayu hadir dalam saiz dan ukuran yang berbeza,” jelas Steven. Melihat apa yang diperkatakan, jelas kelihatan setiap satu kayu lama yang digunakan untuk membina hotel ini mempunyai karakternya yang berbeza dan tersendiri.

Ruang yang amat terhad mendesak pemilik merancang dengan teliti setiap peletakan ruang dan bilik untuk memastikan tetamu yang menginap di sini dapat menikmati keindahan hotel ini secara optimum. Dari ruang hadapan, sajian kehijauan dengan alunan desiran air sungai mini buatan merentasi unit hotel ini menyambut kehadiran tetamu.

Memberi kelebihan kepada hotel ini, Ipoh diperkaya dengan hasil batuan semula jadinya. Hal ini tidak menyukakan pemilik untuk mendapatkan sumber batuan granit dan lebihan kuari untuk dijadikan sebagai cladding pada keseluruhan dinding dan membentuk terusan sungai di bahagian hadapan. Rona hitam dipilih untuk menyerlahkan lagi perincian keseluruhan dekorasi.

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI