Atas rasa kasih sayang, seorang lelaki berusia 72 tahun membina sebuah rumah unik yang boleh berpusing 360 darjah untuk isterinya. Lapor Daily Star, Vokin Kusic berkata, dia membina rumah tersebut selepas berasa bosan dengan keluhan isterinya yang mahukan kediaman dengan pemandangan yang berbeza.
Kusic yang merupakan inovator, membina rumah boleh berpusing agar isterinya dapat menyaksikan pemandangan matahari terbit pada suatu masa dan seterusnya kawasan pejalan kaki.
“Saya sudah bosan dengan keluhannya serta pengubahsuaian rumah yang dilakukan secara kerap. Jadi, kali ini saya bina rumah ini agar dia boleh membuat apa sahaja yang diingininya,” katanya kepada Reuters.
Rumah unik itu terletak di sebuah kawasan berhampiran bandar Srbac di utara Bosnia.
Rumah itu berpusing pada paksi sepanjang tujuh meter, dengan menampilkan pemandangan ladang jagung dan tanah pertanian serta hutan dan sungai.
“Rumah ini boleh berpusing 360 darjah selama 24 jam apabila ia bergerak perlahan. Malah, pada pusingan pantas ia mampu mencapai bulatan penuh dalam masa 22 saat,” ujarnya.
Menurut Kusic, dia mendapat inspirasi untuk membina rumah tersebut daripada pereka warga Serbia-Amerika, Nikola Tesla dan Mihajlo Pupin.
Jelasnya, projek itu mengambil masa selama enam tahun untuk disiapkan.
Mesti Baca:Bina Rumah Atas Tanah Sendiri, Cari Arkitek Dulu Bukan Kontraktor!
Baca Lagi Di Sini:Rumah Agam Pengasas VERSACE Berubah Jadi Hotel Mewah. Memang Cantik & Classy!
Artikel Menarik:Habis Bayar Ansuran, Jangan Ingat RUMAH Terus Jadi Milik Kita!
IMPIANA: Wow, memang luar biasa dan di luar kotak sungguh penyelesaian suami ini. Apa pun tahniah atas idea kreatif ini dan paling penting berusaha mendengar keluhan dan menunaikan impian isteri.
Sumber: Utusan, Daily Star
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.