
Cerita dapur sempit ni pasti ramai wanita kat luar sana mengeluh dan berbunyi kalau ada dan miliki dapur yang terhad keluasannya. Jangan lah marah Encik suami, sian dia dah beli rumah bagi isteri tersayang duduk kena marah pula sebab dapur sempit.
Isteri kena la pandai dan bijak bila mengemas dan menyusun ruang dapur agar selesa dan sesuai dengan keadaan. Jom IMPIANA share kan sikit langkah macam mana untuk anda semua.
- Manfaatkan ruang tengah di antara kabinet dapur atas dan kabinet dapur bawah. Ruang tengah ini biasanya ditampal dengan jubin untuk mengelakkan dinding menjadi kotor dan berminyak. Namun, ruang ini anda boleh jadikan sebagai ruang kedua untuk menyimpan pinggan atau mengantung perkakasan memasak seperti senduk, pengepit, gunting dan sebagainya. Secara tidak langsung, anda boleh menjimatkan sedikit sebanyak ruangan dalam laci kabinet dapur anda.
2. Di bahagian belakang pintu dapur juga boleh dijadikan sebagai tempat untuk mengantung periuk, kuali, kain lap atau barang-barang yang anda rasa relevan untuk diletakkan di tempat tersebut. Tetapi janganlah terlalu banyak, nanti sukar pula nak tutup/buka pintu dapur.
3. Di bahagian belakang pintu dapur juga boleh dijadikan sebagai tempat untuk mengantung periuk, kuali, kain lap atau barang-barang yang anda rasa relevan untuk diletakkan di tempat tersebut. Tetapi janganlah terlalu banyak, nanti sukar pula nak tutup/buka pintu dapur.
4. Jika rajin, buat label di kabinet dapur agar barang tidak disimpan secara sesuka hati. Secara tidak langsung, ini akan membantu mendisplinkan diri anda dan juga penghuni yang lain.
5. Bagi menambahkan lagi kekemasan dalam dapur, gunakanlah balang-balang yang kedap udara dan sama saiz untuk menyimpan bahan-bahan masakan agar ia nampak selari dan teratur.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Punya Bakat Terpendam, TIRANISSYA Kini Pencipta Kandungan Dekorasi DIY Terkenal Di Indonesia

Jika di Malaysia, laman Instagram milik Nur Syamimi jadi perhatian kerana beliau menampilkan sisi kreatif menghias kediaman flat miliknya. Di Indonesia pula, nama Tiranissya sering dikaitakn sebagai content creator yang mengetengahkan inspirasi hiasan dekorasi rumah secara DIY dan pada harga yang mampu milik.
Berbekalkan kreativiti, idea untuk posting di laman Instagram milik influencer ini sememangnya menarik untuk diperkatakan. Sering berkongsi idea-idea menarik mengenai dekorasi kediaman di laman Instagram miliknya, segalanya bermula apabila dia menunjukkan minat untuk memberi nafas baharu terhadap kediaman yang disewanya itu.
Tidak hairanlah mengapa semakin ramai jumlah followers Tiranissya di laman Instagram miliknya kerana teruja dengan daya kreativiti wanita muda ini merealisasikan kediaman sewaannya untuk lebih selesa dan menarik untuk didiami.
Dalam sesi temubual dipetik dari Liputan6.com, Tiranissya berkata meskipun tinggal di rumah sewa, ia bukanlah bermakna ia tidak boleh kelihatan cantik dan selesa. Tetapi segalanya bergantung pada daya kreativiti untuk memastikan kediaman nampak selesa untuk didiami.
“Meskipun rumah sewaan bukanlah rumah sendiri, ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian. Antaranya ialah dengan meminta izin tuan rumah untuk melakukan kerja-kerja dekorasi kediaman tersebut,” ujar Tiranissya.
Segalanya bermula apabila seluruh dunia berhadapan dengan pandemik Covid-19, ia menjadi titik permulaan untuk namanya mula dikenali sebagai Content Creator yang mengetengahkan kandungan mengenai dekorasi kediaman.
“Ketika itu, kebanyakan orang menghabiskan masa di rumah dan mula menitik beratkan soal dekorasi kediaman agar nampak lebih selesa. Jadi, sedikit sebanyak content yang saya ketengahkan di laman Instagram memberi idea kepada orang ramai menghias kediaman masing-masing,” sambungnya lagi.
Bermula hanya di laman Instagram, kini, content makeover Tiranissya boleh diikuti di Tiktok dan saluran YouTube. Sekaligus meletakkan Tiranissya sebagai seorang content creator yang diterima masyarakat di Indonesia di mana dia menjadikan gaya dekorasi yang minimalis dan DIY sebagai kandungan utama yang memberi inspirasi untuk menjadikan kediaman lebih menarik dan selesa!
Sumber: NONA (Rosmah Idayu)
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Baca artikel berikutnya: 5 Tip Dekorasi Cipta Ruang Tamu Lebih Santai & ‘Welcoming’
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
5 Stok Sambal Power Tahan Berbulan Wajib Ada Untuk Bulan Ramadan

Isi Kandungan
ToggleLagi beberapa hari kita akan menyambut Ramadhan. Mak-mak, mesti dah mula kumpul-kumpul stok makanan basah dan kering. Tak terkecuali juga, stok bahan asas siap kisar dan kupas seperti bawang, cili dan pelbagai lagi untuk memudahkan kerja.
Tapi, Persiapan mak-mak kurang lengkap kalau tak ada 5 jenis sambal berhantu ni. Kalau ada, memang mudah dan bergaya sakan bulan ramadhan mak-mak. 5 sambal berhantu ni sesuai untuk semua jenis makanan dan masakan. secara tak langsung ia menjadi pembangkit selera walaupun makan nasi putih dengan telur mata kerbau.
5 resepi sambal wajib ada stok ni telah dikongsikan oleh Cikgu Afy AL Habibi di dalam group Masak Apa Hari Ni. Jom kita lihat resepinyaas
Ada lima sambal kesemuanya.
Resepi ada dekat gambar di bawah.
1.Sambal belacan menyengat
2.Sambal kicap mabeless
3.Sambal ayam penyet mengosek
4.Air asam ketagih
5.Sambal jantan power
Kepada peminat sambal, sila buat stok macam cikgu. Cikgu sempat baca komen lepas kawan yang musykil takut sambal rosak kalau buat stok banyak begini. Usah risau. Ikut tips cikgu. Banyak kali dah cikgu buat. Kena betul cara simpan dan gunanya.
Pastikan guna sudu kering setiap kali mengambilnya sahaja.
Tapi cikgu yakin sambal tu tetap takkan bertahan lama juga. Mesti cepat habis punyalah.
Kalau dah belum makan pun dah menitik air liur, ini pula stok dah ada depan mata.
Sedar-sedar dah licin tinggal botol je.
Kan?
RESEPI SAMBAL BELACAN MENYENGAT
- Bahan-bahan:
– dua genggam cili padi merah + hijau
– *2 biji bawang merah (saiz bola ping pong)
– *1/4 bawang Holland
– *1 biji tomato saiz kecil
– *1 ulas bawang putih
– *2 inci belacan
(bahan bertanda *dibakar atas pan terlebih dahulu)
2. Masukkan kesemua bahan tadi ke dalam pengisar.
Tambahkan :
– 3 sudu besar cuka
– 1/2 sudu kecil garam
– 2 sudu besar gula
– secubit dua ajino
– sedikit air masak ( jangan letak banyak. Nanti cair sangat)
* kuantiti garam gula mungkin perlu ditambah atau dikurangkan mengikut bahan atau citarasa sendiri*
3. Selepas itu, kisar semua bahan hingga lumat. Hidangkan. Perah sehiris dua asam limau nipis.
Siap!
RESEPI IBU SAMBAL KICAP MABELESS
1. Bahan-bahan yang diperlukan;
– dua genggam cili padi hijau
– 8 ulas bawang putih
* Tips sambal kicap lebih sedap dan tahan lama,
– Goreng seketika dua bahan di atas.
– Cili padi perlu dipatah-patahkan supaya tidak meletup semasa menggoreng.
2. Masukkan bahan tadi dalam bekas pengisar.
3. Tambahkan kicap. Cikgu suka guna kicap Jalen lemak manis. Nak guna kicap cap apa pun boleh. Kuantiti kicap menutupi paras bahan tadi.
4. Cikgu tambahkan juga dua sudu kicap pekat dan kicap cair untuk seimbangkan rasanya.
5. Untuk menambahkan kepekatan dan rahsia sambal lebih sedap, cikgu tambahkan 1/2 genggam kismis dan 3 sudu besar bawang goreng untuk dikisar sekali. Perasakan dengan sedikit gula mengikut citarasa.
6. Kisar semua bahan tersebut sehingga lumat. Selepas itu, tuang dalam mangkuk. Kacau sebati. Boleh tambah baik rasa jika perlu.
7. Cara simpan ibu sambal kicap supaya tahan lama:
*masukkan ke dalam bekas yang bertutup. Guna sudu kering setiap kali mengambilnya. Hidang dalam bekas berasingan.*
*kalau simpan terlalu lama dalam peti, sambal kicap akan memekat. Jadi boleh tambah air masak. Kacau sebati. Perasakan lagi sekali jika tidak memadai*
Nak resepi lengkap untuk menu yang boleh disesuaikan seperti tauhu begedil soto, bihun sup, begedil dan lain-lain boleh skroll tengok dekat wall cikgu okay.
ESEPI SAMBAL AYAM PENYET MENGOSEK
1. Sediakan bahan berikut untuk digoreng seketika;
– 20 batang cili merah
– segenggam cili padi merah + hijau
– 1/2 biji bawang holland
– 2 biji bawang merah saiz bola pingpong
– 4 ulas bawang putih
– 2 biji tomato kecil
– 2 genggam kecil ikan bilis
– 1 sudu kecil udang kering
– 1/2 inci belacan
2. Gorengkan bahan-bahan di atas untuk seketika.
Cikgu goreng asing cili dengan bahan lain.
3. Semua bahan yang sudah siap digoreng disejukkan seketika lalu dimasukkan ke dalam tabung pengisar. Tambah sedikit air untuk melumatkan bahan.
*simpan segenggam ikan bilis untuk ditabur dalam sambal selepas ini*
4. Panaskan minyak gorengan tadi. Masukkan bahan kisar. Tumis sehingga sedikit garing.
5. Masukkan pula baki ikan bilis tadi.
Biarkan sambal terus masak dalam api perlahan.
6. Perasakan sambal dengan nisse @ gula melaka, gula, garam bukit dan secukup rasa.
Kuantiti terpulang kepada citarasa sendiri.
7. Masak kira-kira 30-45 minit dalam api perlahan. Keluarkan sedikit lapisan minyak setelah sambal pecah minyak sepenuhnya.
Ikut tips penyimpanan cikgu untuk tahan lama. Bahagikan stok untuk simpanan dalam tempoh lama letakkan dalam freezer.
Untuk tempoh 2-3 minggu memadai sahaja simpan dekat chiller.
Sambal boleh bertahan seminggu jika diletakkan diluar peti.
*Gunakan sudu kering setiap kali mengambilnya*
RESEPI AIR ASAM KETAGIH
*Ada sedikit kelainan dalam resepi cikgu berbanding yang dulu*
Untuk tempoh penyimpanan yang lebih lama dan mengekalkan rasanya, cikgu tak terus tambah kulit limau kasturi*
Nak makan baru letak.
1. Sediakan bahan-bahan berikut.
– 2 biji bawang merah saiz bola ping pong
– 1 biji bawang besar Holland
– 1 biji tomato
– 3 ulas bawang putih
– 1 inci belacan
Belah dua bahan di atas kecuali belacan. Bakar atas pan non stick.
2. Selepas dibakar, sediakan bahan tambahan;
– 5 biji limau kasturi
– 2 biji limau nipis.
Perah jusnya. Asingkan biji.
– 5 tangkai cili padi hijau
– 5 tangkai cili padi merah
3. Masukkan semua bahan di atas dalam pengisar.
4. Tambahkan sekali 1 1/2 gelas air asam jawa.
(Segenggam besar asam jawa + 1 1/2 gelas air)
* Ikut kepekatan yang diingini*
4. Masukkan juga 1 sudu besar garam bukit dan 1/2 sudu besar gula perang. Kemudian kisar selumatnya.
5. Selepas dikisar, masukkan stok air asam ke dalam bekas kedap udara. Simpan dalam peti.
6. Cara hidangan untuk kesegaran berpanjangan.
– Ambil beberapa sudu besar stok air asam. Masukkan dalam mangkuk.Tambahkan potongan bawang merah, tomato dan cili padi. Atau nak tambah kerisik stail orang utara pun boleh. Sedia dihidangkan.
RESEPI SAMBAL JANTAN POWER
Sediakan bahan-bahan di bawah:
– dua genggam cili padi merah
– 2 sudu besar gula
– 3/4 sudu kecil garam ( atau masukkan sikit-sikit)
Kuantiti rasa boleh ditambah@dikurangkan mengikut citarasa sendiri.
– 1/2 cuka dari sukatan cili dalam blender
*boleh tambah sedikit air jika alah dengan cuka*
Kisar semua bahan di atas hingga lumat dan selepas sehari dua cili semakin sedap untuk dimakan.
Makan dengan nasi bungkus ni terbaik sangat
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Khas! Hari Raya Aidiladha Bahagian Kedua-Kenikmatan Raya

2020, Sudah 2 tahun berlalu kita dilanda pandemik Covid-19. Paling sedih apabila bila waktu raya, mesti kita tidak dapat sambut, tak kira lah raya aidilfitri atau raya aidil adha. Tapi, Alhamdulillah, pada tahun ini, 2022, raya aidilftiri kita dapat sambut macam biasa dan raya aidil adha ini juga sama, kita dapat sambut seperti biasa. Jadi, bila sudah dapat menyambut hari raya aidil adha ini seperti biasa, kita mestilah tahu cara untuk menghidupkan suasan hari raya tersebut. Apakah caranya? Mari saya tunjukkan.
LAUNGAN TAKBIR
Kita perlu ingat, hari raya ini, kita disuruhkan untuk mengikut sunnah Nabi Muhammad SAW dan salah satu sunnah baginda adalah: “Kamu hiasilah hari raya dengan takbir”. (Hadis riwayat al-Thabarani dlm Mu’jam al-Ausat).
MEMAKAI WANGI-WANGIAN DAN PAKAIAN YANG TERBAIK
Ibnu Umar RA meriwayatkan bahawa Saidina Umar pernah mengambil pakaian sutera yang dijual di pasar. Lalu beliau mengesyorkan Baginda SAW untuk membelinya. Nabi SAW pernah bersabda yang membawa maksud: “Sesungguhnya ini adalah pakaian orang yang tidak mendapat bahagian (di akhirat kelak)”. Tak lama selepas itu, Baginda SAW memberikan jubah sutera itu kepada Saidina Umar RA. Lalu beliau bertemu Rasulullah SAW dan bertanya: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya engkau pernah berkata ini adalah pakaian orang yang tidak mendapat bahagian di akhirat. Tetapi engkau mengirimkannya kepada aku?” Lalu, Nabi SAW pun menjawab: “Engkau jualkannya, atau menukarkannya dengan sesuatu yang boleh memenuhkan keperluanmu”. (Hadis riwayat al Bukhari)
As Sindi menghuraikan hadis ini di mana ia bermaksud bahawa berpakaian dengan pakaian yang terbaik di hari raya disunatkan, dan ia sememangnya menjadi kebiasaan. Walaubagaimanapun, demi menghidupkan suasana hari raya aidil adha ini, seharusnya kita memakai pakaian yang baru dan lawa supaya kita boleh nampak nikmat hari raya itu dan bezanya hari-hari yang lain.
Dan yang terakhir adalah,
SALING DOA MENDOAKAN ANTARA SATU SAMA LAIN.
Pada hari raya, umat Islam digalakkan untuk saling mendoakan, bergembira, bergembira, dan bersalaman dengan sesama Islam. Para sahabat juga mengamalkan ucapan selamat menyambut hari raya.
Hal ini dinyatakan oleh Imam Ibn Hajar al Asqolani di dalam فتح الباري bahawa para sahabat Rasulullah SAW apabila saling bertemu pada hari raya, mereka akan mengucapkan sesama mereka: “تقبل الله منا ومنك”, yang membawa maksud, “Semoga Allah menerima dari kami dan dari kamu”.
Jadi, itu sahajalah ringkasa tentang cara menghidupkan hari raya ini. Berakhirlah Special Hari Raya Aidil Adha ini. Saya berharap kepada yang menyambut hari raya, mendapat raya yang terbaik dan bagi yang sedang melakukan haji, semoga mendapat haji yang mabrur.
Terima Kasih dan,
Assalammualaikum.
Sumber: BERITA PAS (https://berita.pas.org.my/bacalah-wahai-teman-17-kegembiraan-hari-raya-aidiladha/)
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI