Pakar hartanah dan kewangan, Azizul Azli Ahmad ada berkongsi sebuah kisah perihal sahabatnya yang ada mengenali seorang wanita warganegara Indonesia telah menjalankan kegiatan perniagaan sewa hartanah di sekitar ibu negara.
Kongsinya menerusi satu hantaran di akaun media sosial Facebook memberitahu wanita berkenaan dikhabarkan telah memiliki sebanyak 17 buah kediaman untuk disewakan kepada orang ramai.
Maklumnya lagi, wanita yang berasal dari negara jiran itu dianggarkan telah memperoleh pendapatan bersih sekitar RM25,000 sebulan.
Nyata, hasil pendapatan yang diperolehi boleh disifatkan sebagai satu jumlah yang sangat besar dan memberangsangkan.
1. Kisah ini dari sahabat saya, ada kenalan wanita indonesia ini gigih usahanya.
2. Beliau sewakan Regalia Apartment, Kuala Lumpur pada kadar sekitar RM1800.
3. Dia sewakan Kadar sewa studio RM180 – RM200 semalam. Dia menjaga unit yang disewakan ini dengan baik.
4. Khabarnya beliau kini memiliki 17 kediaman yang dijaga dengan sempurna.
Ads
5. Pendapatan bersih setelah tolak sewasekitar RM25 500! Sahaja sebulan.
6. Suaminya penjawat awam gred biasa sahaja. Bukan pegawai yang berbaju batik sepanjang masa.
Berusahalah anak muda anda pasti berjaya. Dia warga Indonesia dan dia gigih berusaha.#PelungDiNegaraKita,” tulisnya untuk dikongsikan bersama para pengikutnya.
Ads
Dalam pada itu, pakar hartanah dan kewangan itu menasihati kepada orang ramai khususnya anak muda sentiasa berusaha sekiranya mahu menjadi seorang yang berjaya.
Akhirinya lagi, dia berharap agar perkongsian kisah ini mampu menyuntik dan menjadi pembakar semangat orang ramai untuk terus berjaya maju ke hadapan.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Boleh dikatakan ramai yang memilih material kayu sebagai kitchen cabinet. Permukaan cantik, kukuh, mampu milik dan tahan bertahun-tahun antara faktor ia menjadi pilihan.
Jom ikut teknik mudah ini bagaimana ingin membuat maintenance pada cabinet dapur anda. Kosnya tidak mahal Cuma perlukan kerajinan ibu ibu sekalian. Suami yang nak tolong para isteri pun boleh.
Bahan
Cuka + air
Minyak Zaitun
Campurkan satu cawan cuka ke dalam sebaldi air. Kacau sehingga kedua-dua campuran ini sebati. Kemudian gunakan kain dan lap ke keseluruhan permukaan kayu cabinet dapur. Sental kuat sedikit pada bahagian yang nampak kotor dan kehitam-hitaman.
Setelah selesai biarkan seketika ia mengering. Kemudian gunakan sehelai kain kering, letakkan minyak zaitun pada kain dan lap sekali lagi kabinet dapur. Ulang proses ini sehingga selesai. Hasilnya permukaan kayu akan lebih berkilat dan terlindung daripada dimamah usia. Lakukan rutin ini 6 bulan sekali atau setahun sekali.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Seringkali warga bandar mengeluh macam mana nak bercucuk tanam kalau ruang yang ada pun sempit dan muat-muat untuk keperluan keluarga saja. Sebenarnya ada banyak cara yang sesuai cuma mungkin mindset kita dah terbiasa kalau nak tanam pokok mestilah di atas tanah. Dengan panduan daripada Jabatan Pertanian ini, mereka yang tinggal di flat, apartment, rumah teres lot tengah dan sebagainya boleh amalkan menanam sayur cara ini. Mudah dan dapat memberi manfaat buat keluarga kita.
1. EDIBLE GARDEN
Kebun edible adalah satu konsep yang menggabungkan penanaman antara tanaman edible atau tanaman yang selamat dimakan dan tanaman hiasan mengikut nisbah 70:30 iaitu 70% tanaman makanan dan 30% tanaman hiasan. Gabungan ini, selain menjadikan persekitaran kelihatan menarik, ia juga boleh menjadi sumber makanan segar, berkhasiat dan selamat dimakan.
Tanaman edible yang dipilih dan ditanam seharusnya dapat menampung secukupnya untuk satu hidangan dan tanaman hiasan pula berfungsi sebagai agen biologi kawalan serangga perosak. Kebiasaannya jenis tanaman yang boleh ditanam adalah sayuran jenis daun seperti sawi, pak choi, kangkung, bayam dan jenis sayur buah seperti cili, terung, bendi, peria. Tanaman herba seperti serai, kunyit, kari, pandan dan pokok limau sesuai ditanam kerana ia adalah tanaman yang lasak dengan penyelenggaraan yang mudah.
2. Penanaman dalam Bekas/ Pasu
Bagi kawasan rumah kediaman yang mempunyai ruang persekitaran yang agak sempit seperti rumah pangsa atau flat, penanaman sayuran dan herba sesuai di tanam di dalam pasu, bekas terpakai atau polibeg. Selain mudah dari segi penyelenggaraan tanaman seperti menggembur media, membaja, merumpai dan menyiram, penanaman dalam pasu juga menghasilkan keseragaman reka bentuk di halaman rumah yang sempit.
Terdapat pelbagai jenis pasu yang berbeza dari segi bentuk dan saiz yang ada dijual di pasaran. Pemilihan jenis tanaman yang sesuai ditanam di dalam pasu adalah bergantung kepada saiz pasu. Jenis tanaman sayur-sayuran yang sesuai ditanam di dalam pasu bersaiz sederhana kecil (±10”x10”) adalah dari jenis akar serabut, semusim, tidak menjalar dan ketinggian pokok di bawah 1 meter.
Kebiasaan sayuran jenis daun yang ditanam di dalam pasu adalah seperti sawi, pak choi, kangkung, bayam, salad, kuchai manakala kailan dan jenis sayur buah seperti cili, terung dan bendi.
Bagi tanaman herba yang sesuai ditanam di dalam pasu adalah seperti kunyit, kari, pandan, lidah buaya, rosemary, kesum, pegaga, stevia dan pokok limau. Walau bagaimanapun, penuaian yang kerap perlu dibuat memandangkan tanaman ini mudah membiak.
3. Bekas Recycle
Konsep guna semula bahan terbuang/terpakai sesuai dipraktikkan di kediaman dengan menjadikan botol plastik, bekas air minuman, tong drum plastik, tin, bekas kaca, kain dll. sebagai bekas tanaman. Terdapat pelbagai ciptaan boleh dihasilkan dari bahan terbuang/terpakai seperti menara botol, mini aquaponik, bekas siraman dll. Tambahan lagi, dengan sedikit sentuhan kreativiti dalam inovasi ini boleh menjadi pendapatan sampingan kepada penduduk bandar.
Bahan buangan sisa dapur seperti sayur, buah, ikan dan ayam boleh diproses menjadi baja semula jadi dan sebagai bahan untuk kawalan serangga manakala bahan buangan makanan jika ditambahkan dengan tanah bermikrob boleh pula dijadikan baja kompos dan digunakan semula pada tanaman. Selain aktiviti ini dapat menjimatkan kos input pertanian, mengurangkan sisa buangan rumah, menjamin keselamatan dan kesihatan makanan itu sendiri malah dapat menggalakkan penduduk bandar untuk bersosial dan berkreativiti.
4. Vertical Farming
Penanaman vertical dihasilkan di atas permukaan yang menegak dengan cara pokok tumbuh di atas permukaan tersebut yang disokong oleh struktur tertentu dengan mengandungi medium tanaman mencukupi. Konsep ini sesuai untuk diaplikasikan di kawasan terhad dengan mengambil kira faktor seperti ruang, kesuaian tanaman, jenis medium tanaman dan tarikan graviti. Selain itu, penyiraman tanaman diberi secukupnya sahaja.
Jenis tanaman sayur-sayuran yang sesuai ditanam menggunakan konsep ini adalah dari jenis akar serabut, semusim, tidak menjalar, batang lembut dan ketinggian kurang dari 1 kaki. Kebiasaannya adalah sayuran jenis daun seperti sawi, pak choi, kangkung, bayam, salad dan kuchai.
Bagi tanaman herba yang sesuai adalah dari jenis akar serabut, merayap dan renek seperti rosemary, kesum, pegaga dan stevia.
5. Hidroponik
Selain penanaman terus ke tanah atau penanaman menggunakan pasu, beberapa teknologi dalam pertanian boleh diaplikasikan di kawasan kediaman yang sempit seperti teknologi mini fertigasi, Nutrient Film Technique (NFT) dan piskiponik. Teknologi fertigasi adalah satu kaedah penanaman dimana baja dalam bentuk larutan disalurkan melalui sistem pengairan, manakala NFT adalah teknik hidroponik (tanaman sayur-sayuran tanpa tanah) di mana baja dalam bentuk larutan dialirkan melalui satu kitaran saluran bersambung dan piskiponik adalah kombinasi aktiviti akuakultur (ternakan ikan dalam kurungan) dan hidroponik. Dengan sedikit pengubahsuaian, semua teknologi ini boleh diaplikasikan di kawasan kediaman yang terhad, sempit dan tiada tanah untuk bertani.
Jenis tanaman sayur-sayuran yang sesuai ditanam menggunakan teknologi NFT dan piskiponik adalah dari jenis akar serabut, semusim, tidak menjalar, batang lembut dan ketinggian kurang dari 1 kaki. Kebiasaannya adalah sayuran jenis daun yang ditanam seperti sawi, pak choi, kangkung, bayam, salad dan kuchai.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Selalunya kita buang balang kaca yang mengandungi bekas makanan. Apa kata kali ni, kita cuba simpan dan jadikan perhiasan mahupun bekas yang mampu kita D.I.Y. Tambahan pula sekarang terdapat pelbagai reka bentuk botol yang telah dijadikan packaging makanan dan minuman.
Pasti ramai pernah melalui perkara ini, dimana apabila hendak menanggalkan label pada botol ia tidak tanggal sepenuhnya. Bila digosok pula terdapat kesan gam yang sukar untuk ditanggalkan. Betul tidak? Jadi, jom ikuti langkah mudah untuk tanggalkan label pada botol ini.
1) Kumpul seberapa banyak botol yang anda ada. Simpan di tempat yang selamat.
2) Rendamkan botol-botol kaca ini di dalam periuk besar yang mampu mengisi sebanyak mana balang kaca berkenaan. Campurkan sedikit sabun basuh pinggan sebelum memulakan proses merendam di dalam air panas.
3) Ulang langkah ini untuk beberapa botol yang lain. Siapa tahu, mungkin akan menjadi aktiviti wajib anda selepas menggunakan balang kaca berisi makanan.
4) Selepas dikeluarkan. keringkan balang kaca berkenaan dan jika masih sukar untuk anda tanggalkan, apa kata anda cuba gosok ruang yang sukar dengan menggunakan Soda Bikarbonat. Hasilnya pasti menakjubkan!
CARA MUDAH sebenarnya anda hanya perlu rendam sahaja ke dalam air panas. Biarkan beberapa minit. Mudah kan!
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.