Hasil kajian dalam jurnal Neochemistry pada Oktober 2012 mendapati, Kekurangan vitamin C boeh menyebabkan penurunan kadar glukosa darah, kerosakan oksidatif lipid dan pelbagai lagi. Antara rekasi yang menunjukkan anda kekurangan vitamin C adalah seperti kudis, keletihan, kurang tenaga yang boleh menyebabkan masalah tekanan, sakit sendi, gusi berdarah dan pelbagai lagi.
Solusi popular masyarakat adalah dengan pengambilan makanan tambahan seperti pil vitamin C. Namun menurut Doktor Kamarul Ariffin Nor Sadan, anda punya pilihan lain iaitu dengan pengambilan buah-buahan dan sayuran setiap hari. Nak tahu, boleh baca perkongsian Doktor Kamarul di dalam Facebooknya
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Cara Mudah Nak Beli Rumah Pertama Dengan Senarai Bank Yang Ada
Cara mudah untuk beli rumah pertama dengan senarai bank yang ada ramai tak tahu. Buat mereka yang ingin memiliki dan bercadang untuk membeli rumah pertama tu, boleh consider dengan panduan yang dikongsi mereka ini.
Rumah sekarang bukan murah-murah. Hati-hati takut ditipu dengan pihak yang tidak bertanggung jawab.
Set budget deposit dan kawasan yang diinginkan.
Elak bayar deposit Cash!
Check betul-betul
Apa yang kita perlu tahu lepas sign loan agreement
Bank mana yang menyediakan kemudahan pembelian rumah?
Buat perbandingan loan iMoney.my kalau nak merancang buat pinjaman kewangan yang terbaik dan bersesuaian. Memang cepat dan mudah!
Sumber Twitter : Ain Zaabar
Dan pakar hartanah ini , Azizul Azli Ahmad berkongsi tips dan panduan beli rumah pertama dari pandanganya.
PANDUAN BELI RUMAH PERTAMA
Panduan ini asas sahaja,moga membantu yang nak beli rumah pertama bertambah kacak jelita.
1. Modal membeli rumah pertama antara 15%-16% dari harga rumah yang nak dibeli
(10% deposit + 3% S&P + 2.5% pinjaman + 0.25% penilaian)
2. Asasnya 90% pinjaman untuk rumah pertama, tetapi ada bank yang tawarkan hingga 95%, 100% dan 105% bergantung pakej yang mereka tawarkan.
(ada skim rumah pertama yang BSN dan BR tawarkan 100%)
3. Deposi 10% boleh datangnya dari KWSP anda, boleh berunding dengan tuan rumah untuk tempoh menunggu.
4. Bawak ‘pay slip’ kemana mana bank berhampiran mintak dia hitung kelayakkan gaji kita. Berapa harga rumah yang kita layak beli.
5. Buat sedikit kajian, pastikan hartanah yang kita beli ada potensi seperti dekat kemudahan awam dan fasaliti awam yang baik.
6. Buat lawatan dua waktu, sekali siang sekali malam. Jika padat dengan orang, ada potensi untuk disewakan jika kita nak sedikit keuntungan.
(Jangan padat dengan Nepal atau Bangla, nanti sukar kita nak tinggalkan)
7. Cari rumah yang sesuai dengan margin gaji kita, jangan beli yang terlampau mahal.
(Gaji Tahunan x 5.5 = Harga Rumah Kita)
8. Jangan mudah jatuh cinta dengan satu hartanah, lihat 100 hartanah, lawat 10 dan belinya 1.
Berusahalah Anak Muda, kita bukan kerabat diraja. Kita rakyat jelata yang kena usaha untuk dapat rumah pertama.
KLIK Di sini untuk pembelian papan tanda alamat rumah moden
Artikel Berikut : Bekas Hiasan Isi Arang Untuk Hilangkan Bau Hapak Dan Kepam
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Beli Hartanah Tapi Tak Boleh Pindah Milik Nama Anda? Peguam Ini Kongsi Cara Yang Boleh Anda Buat
Banyak kita baca di dada akhbar tentang keluh kesah yang dialami oleh ramai pembeli rumah subsale. Bahagian pinjaman serta urusan pembayaran sudah diuruskan, tetapi timbul pula permasalahan tentang kesulitan penukaran nama pemilik daripada pemilik lama kepada yang baharu.
Isu ini telah dikupas oleh Timbalan Presiden Persatuan Guaman Hartanah Malaysia (HartaGuam), En Salkukhairi Abd Shukor. Ikuti perkongsiannya agar pemilik kediaman di luar sana dapat pencerahan secara lengkap bagaimana untuk menguruskan pindahmilik nama hartanah.
1. Biasa berlaku, sesuatu hartanah yang dibeli kadang-kadang tidak dapat dipindah milik kepada nama pembeli.
Perkara ini mungkin disebabkan oleh:
i. Terdapat syarat tersirat daripada pihak berkuasa negeri yang menghalang ianya dipindahmilik dalam tempoh-tempoh tertentu misalnya 5 tahun atau 10 tahun (contoh : tanah yang baru diberi milik oleh kerajaan negeri, tanah kurnia, perumahan PR1MA dan lain-lain),
ii. Tidak mendapat kelulusan kebenaran pindah milik (consent) daripada kerajaan negeri atas sebab-sebab tertentu (contoh : belum cukup tempoh tertentu, jual daripada Melayu kepada bukan Melayu dan lain-lain),
iii. Terdapat sekatan undang-undang yang menghalang pindah milik ke atas bahagian yang tidak boleh dipecah bahagi (contoh: beli sebahagian tanah geran kongsi),
iv. Terdapat sekatan undang-undang yang menghalang pindah milik sesuatu tanah dilakukan (contoh : beli tanah yang tertakluk kepada Akta GSA seperti tanah FELDA dan sebagainya)
2. Sekiranya anda menghadapi masalah di atas, apakah solusi alternatif yang boleh dilakukan untuk melindungi hak dan kepentingan anda sebagai pembeli?
Antara solusi alternatif yang boleh dilakukan adalah:
i. Lantik peguam hartanah yang berpengalaman,
ii. Peguam hartanah akan sediakan Surat Wakil Kuasa Penuh (Full PA), di mana melalui Full PA tersebut tuan tanah memberikan kuasa penuh kepada pembeli untuk menguruskan dan melakukan segala apa yang perlu berkaitan tanah tersebut seolah-olah pembeli adalah pemilik kepada hartanah tersebut, dengan syarat pembeli hendaklah menjelaskan keseluruhan harga jual beli kepada tuan tanah melalui peguam selaku stakeholder.
iii. Peguam akan daftar PA di Mahkamah Tinggi dan Pejabat Tanah.
iv. Jika perlu dan bersesuaian, peguam juga akan sediakan dokumen-dokumen tambahan seperti Perjanjian Tambahan, Surat Ikatan Amanah dan lain-lain,
v. Melalui peguam yang dilantik, pembeli akan masukkan kaveat persendirian ke atas hartanah tersebut untuk melindungi hak dan kepentingannya.
Walau bagaimanapun, solusi alternatif yang saya nyatakan di atas hanyalah secara umum sahaja. Anda dinasihatkan untuk mendapatkan proper legal advice daripada Peguam hartanah anda kerana setiap kes mungkin berbeza antara satu sama lain.
Cuma PERLU DIINGATKAN, solusi alternatif di atas hanyalah BERSIFAT SEMENTARA SAHAJA sehingga urusan pindahmilik dilakukan.
Perlu juga diingatkan, selagi belum dipindahmilik kepada nama anda, anda masih TETAP BERHADAPAN DENGAN RISIKO. Ini kerana Kanun Tanah Negara hanya mengiktiraf pendaftaran pindah milik sebagai bukti yang tidak boleh disangkal terhadap hak pemilikan sesuatu hartanah. Jadi nak tak nak, perlu juga diusahakan agar ianya di pindah milik kepada nama anda.
Sekian, terima kasih.
SALKUKHAIRI ABD SUKOR
Timbalan Presiden
Persatuan Guaman Hartanah Malaysia (HartaGuam)
ARTIKEL BERKAITAN
Nak Beli Rumah Sub-Sale, Ini Langkah-Langkah Yang Anda Perlu Tahu
Cara Tukar Geran Tanah Hilang, Rosak Atau Hancur
Ingin kongsi idea dekorasi rumah anda? Klik link ini untuk join telegram grup Geng Dekor Impiana: https://t.me/gengdekorimpiana
Ingin lebih tahu pelbagai tip untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Mahu Gembirakan Ibu Tercinta, Impiana Makeover Ruang Selebriti Berjaya Realisasikan Hasrat Kak Engku
Menerusi episod kelima rancangan Impiana Makeover Ruang Selebriti yang dihiasi dengan Ella Furniture kali ini telah merealisasikan hasrat selebriti terkenal, Raja Azura untuk memberi kejutan makeover dekorasi rumah buat suami tercinta.
Seperti sedia maklum, idea dan konsep bagi rancangan Impiana Makeover Ruang Selebriti ini adalah untuk mengetengahkan hasil makeover dekorasi di kediaman para selebriti tanah air yang telah dilakukan oleh bersama barisan pakar pereka hiasan dalaman tempatan.
Dalam episod kali ini, Raja Azura atau lebih mesra disapa Kak Engku telah memilih ruang tamu di kediamannya sebagai ruang pilihan bagi melakukan transisi perubahan hasil dekorasi yang sedia ada di rumahnya.
Bagi mahu merealisasikan hasratnya itu, Kak Engku memberitahu dia menginginkan dekorasi makeover yang berkonsepkan Melayu Klasik dengan bertemakan warna terang.
Ketika sesi temu bual oleh hos rancangan Impiana Makeover Ruang Selebriti, Catriona Ross di samping pakar pereka hiasan dalaman, Ben Firdaus bersama pengasas Ella Furniture, Puan Ella Alway telah mencadangkan jenis sofa jenis Modular berbentuk ‘L’ berwarna Olive Green sebagai pilihan untuk merealisasikan konsep yang diinginkan.
Di samping itu, warna cat bagi dinding di ruang tamu kediaman Kak Engku pula telah memilih rona Olive Green di bahagian ‘Feature Wall’ manakala Pale Green pula untuk ‘Non-Feature Wall’
Anda terlepas untuk melihat bagaimana hasil dekorasi makeover yang telah dilakukan di kediaman selebriti pilihan Kak Engku? Jangan bimbang, anda boleh menonton kembali kesemua episod rancangan Impiana Makeover Ruang Selebriti di On Demand.
Siapakah pula selebriti pilihan untuk episod akan datang? Jadi jangan lupa untuk saksikan rancangan Impiana Makeover Ruang Selebriti pada setiap hari Jumaat, jam 10 malam di saluran Astro Ria.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Baca artikel berikutnya: Ingin Beri Kejutan Buat Suami Tercinta, Impiana Makeover Ruang Selebriti Realisasikan Impian Zulin Aziz
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI