Di mana sahaja ruang kediaman sememangnya mudah dijilat api sekiranya penghuni tidak mengambil berat tahap keselamatan. Berada berjauhan dari kediaman menyebabkan anda terpaksa memikul tanggungjawab yang lebih termasuklah memastikan kediaman anda bebas daripada sebarang anasir yang membolehkan berlakunya kebakaran. Berikut adalah beberapa tip bagi mengelakkan kebakaran.
MEMASAK
- Jika anda menggunakan dapur, pastikan ia bersih dan tidak bersepah.
- Elakkan daripada menggunakan perkakas elektrik secara berterusan atau membebankan palam pencucuh elektrik.
- Jangan biarkan akiviti memasak tanpa pengawasan. Jika api bermula daripada ketuhar gelombang micro, pastikan pintu ditutup dan tanggalkan plug dari soket. Jangan pindahkan bekas yang terbakar daripada ketuhar mikro gelombang.
MEROKOK
- Jika anda merokok, pergi ke balkoni. Tetapi jangan pula anda membuang puntung rokok ke bawah.
- Gunakan bekas abu rokok yang besar dan berat. pastikan puntung rokok dipadamkan sepenuhnya sebelum dibuang.
- Jangan sesekali merokok sambil berbaring di atas katil atau sofa.
- Adalah berbahaya jika anda merokok dalam keadaan mabuk atau khayal setelah mengambil ubat-ubatan.
LILIN
- Pastikan nyalaan lilin diawasi.
- Jarakkan kedudukan lilin daripada dinding, langsir, barangan perhiasan dan cecair mudah terbakar.
- Gunakan pemegang lilin yang stabil dan jangan biarkan ia menyala sehingga ke hujungnya.
- Elakkan titisan lilin menitis pada bahan mudah terbakar.