Memiliki rumah sendiri merupakan impian setiap orang. Namun, pembelian rumah bukanlah sesuatu yang boleh dilakukan dengan sembrono. Terdapat beberapa jenis rumah yang perlu anda elakkan untuk memastikan bahawa anda tidak menyesal di kemudian hari.
Jadi, mari kita lihat antara jenis-jenis rumah yang perlu anda elakkan sebelum membelinya.
1.Harga Rumah Melebihi Kemampuan
Sekiranya anda membeli sebuah kediaman yang harganya terlampau mahal serta melebihi daripada kemampuan kewangan anda, ia boleh memberikan kesan buruk dan masalah besar kepada anda di kemudian hari.
Tidak kira anda mahu membeli sebuah rumah atau seutas beg tangan berjenama mewah, anda sememangnya perlu membeli mengikut kemampuan kewangan anda. Bak kata pepatah, ukur baju di badan sendiri.
2.Kawasan Rumah Yang Kerap Berlaku Bencana Alam
Ads
Kawasan perumahan dan kediaman juga antara salah satu faktor penting yang perlu dititikberatkan. Sekiranya anda membeli rumah yang terletak di kawasan yang kerap berlaku bencana alam seperti tanah runtuh, banjir kilat, tsunami dan sebagainya, anda berkemungkinan akan berdepan dengan masalah kerugian serta kos untuk membaik pulih rumah.
3.Rumah Berdekatan Dengan Pencawang/Stesen TNB
Jika anda membeli rumah yang berdekatan dengan stesen pencawangelektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB), kediaman anda berkemungkinan dan lebih berisiko tinggi untuk berdepan dengan masalah renjatan elektrik yang serius sehingga boleh mengancam keselamatan keluarga anda.
Ads
4.Rumah Dibawah Pemaju Yang Disenarai Hitam
Sebelum membeli rumah baru yang masih dalam projek pembinaan adalah sangat penting untuk anda membuat kajian mengenai latar belakang syarikat pemaju terlebih dahulu. Tindakan ini akan dapat menyelamatkan diri anda daripada terjebak dengan projek perumahan yang terbengkalai misalnya akibat daripada masalah kerugian syarikat pemaju perumahan.
5.Harga Rumah Tinggi Daripada Harga Pasaran
Ads
Antara faktor penting yang perlu anda elakkan sebelum membeli rumah baru, jangan sesekali beli rumah yang nilai harganya lebih tinggi daripada harga pasaran. Masalah seperti ini mungkin jarang-jarang sekali berlaku, namun tidak dinafikan ia sememangnya berlaku.
Apabila anda membeli rumah seperti ini, sudah semestinya anda harus berbelanja lebih bagi memiliki sebuah rumah idaman. Namun sebagai pembeli, anda seharusnya bijak dalam membuat pilihan daripada membeli sebuah rumah yang harganya tidak masuk akal. Betul tak? Jadilah pembeli yang bijak!
Masa kecil-kecil kalau ada siaran TV mengenai program jual barang dalam talian, admin suka tengok. Tengok je, bukan beli tau. Sehinggalah kini ia menjadi tren. Al Maklumlah, ada kalanya barang-barang yang dijual dalam talian sangat menarik dan lebih murah dari pasaran.
Tapi dalam banyak-banyak barang yang dipaparkan masa admin kecil dulu adalah sekeping besi aluminium. Apa hebatnya barang ni? Kegunaan yang paling menarik hati admin adalah ia mampu menyah beku ikan, daging atau ayam dengan cepat. Masa tu rasa macam best sangat kalau ada alat tu. Sebab ia boleh mempercepatkan kerja mak admin. Tak perlu lah lagi merendam ayam atau ikan.Tapi apakan daya, Kecil lagi. Ha, nampak tak bertapa prihatin nya admin masa kecil-kecil terhadap mak. Hehehe..
Maka lahirlah satu ilham untuk letakkan sahaja barang beku tadi atas bekas aluminium. Memang lah tak secepat alat yang dijual dalam TV tu. Tapi paling tidak ia masih mengekalkan khasiat ikan atau ayam berbanding direndam dengan air.
Tiba-tiba, admin terjumpa perkongsian dari En Syamsul Amir Abdul Manaf yang dikongsikan di dalam page Petua Ibu. Dia pun guna kaedah yang sama untuk nyah bekukan daging, ayam atau ikan yang baru keluar dari peti ais.
Berikut adalah cara yang digunakan untuk nyahbeku barang dari peti ais yang dilakukan oleh En Syamsul:
Caranya adalah dengan mengapit daging yang baru keluar dari peti sejuk dengan periuk besi dan tudung periuk besi dan biarkan selama 30 minit.. Anda akan dapat lihat kesannya
Apa logiknya guna periuk besi?Periuk besi berfungsi sebagai konduktor haba. Di sekeliling periuk besi tu ada udara. Haba suhu bilik akan dipindahkan dari udara kepada daging yang sejuk tu secara berterusan melalui proses “convection current” melalui periuk besi
Jadi, untuk memastikan ayam atau ikan tadi cepat dinyah beku kan, sebaiknya pastikan setiap permukaan ayam atau ikan tadi bersentuhan dengan permukaan periuk.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Pilihan amali dan selaras dengan konsep kediaman. Bukan sekadar hiasan kamar tetapi mengiringi mimpi anda dalam lena berkualiti.
Kepala katil, umpama satu godaan mata di lembah beradu. Rekaannya juga pelbagai mengikut era dan tidak pernah pereka berdiam diri menghasil yang baru dan baru saban waktu. Biar ramai di antara kita membelinya bukan hanya sedap pada mata tetapi kepala katil juga memainkan peranan penting dalam melengkapkan reka bentuk kamar anda. Ia juga sebenarnya menyerlahkan personaliti anda dan impian.
Kini ramai pemilik kediaman lebih gemar memilih kepala katil yang ringkas. Mudah dicuci dan dibuka. Biar berkerawang tetapi tidaklah sarat dan berat. Malah pilihan utama sudah pasti kepala katil yang ringkas dan mudah dibersihkan. Malah ada yang tidak memerlukan kepal katil. Katil bagi mereka bukan tempat bermewah-mewah cukup untuk melelapkan mata. Cukup dengan lukisan bersaiz gah sebagai penyeri dinding di bahagian kepala katil.
Anda yang berjiwa seni, pilih aja gantungan atau kerawang menggantikan kepala katil. Berjiwa romantik, tidak cukup dengan rekaan moden klasik ala camel back, sertakan dengan butang chesterfield. Anda yang gemarkan gaya Asia, rekaan moden rotan boleh mejadi pilihan dan anda yang sukakan moden kontemporari, pilih sahaja rekaan bina dalam fabrik mewah kemas. Manakala yang sering up to date, pilih sahaja yang polos, moden dan rona neutral yang boleh di suai padan serta tidak lekas jemu. Masakan anda perlu menukar kepala katil saban minggu..betul tak?
Mereka yang memilih moden klasik juga kini lebih senang memilih kepala katil yang mempunyai warna samar atau warna moden neutral biar pun rekaan agak ekstravaganza. Kita sedar, kini tidur merupakan imbuhan mewah buat warga kota setelah seharian bertarung nyawa mencari rezeki setiap hari. Jadi warna-warna ‘menjerit’ yang lantang dirasakan tidak perlu untuk ruang rehat seumpama ini.
Maka sebelum memilih kepaka katil, pastikan kesesuaian dengan ruang kamar dan perlu ada kaitan dengan konsep utama kediaman. Biar apa pun materialnya , kayu, rotan, besi, fabrik, asalkan anda bijak menjaga dan tahan lasak. Selaras dengan gaya hidup juga tahap kesihatan kita. Elakkan membeli material yang asalnya catik tetapi sudahnya memerangkap habuk. Bayangkan jika anda mempunyai lelah dan alahan. Tidur biar nikmat…Usah nanti yang dinamakan mimpi indah bertukar ngeri…
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Pasti anda berasa bengang apabila kipas meja yang baru sahaja dibersihkan kurang daripada seminggu sudah penuh dengan habuk dan kotoran. Tahukah anda sebenarnya terdapat cara mudah untuk membuatkan habuk tidak melekat pada bilah dan jaring kipas meja anda?
Untuk menghasilkan magis ini, anda hanya perlu menggunakan pelembut fabrik yang ada di kediaman anda.
Ikuti langkah mudah ini:-
Bersihkan bilah dan jaring kipas seperti biasa. Pastikan permukaan bilah dan jaring kipas kering setelah dibersihkan.
Tuangkan pelembut pakaian ke dalam mangkuk. Cukup sekadar 1-2 penutup botol.
Celupkan span atau kain bersih ke dalam cecair pelembut tersebut dan sapukan pada permukaan bilah dan jaring kipas.
Biarkan selama 5 minit sebelum anda bersihkan ia sekali lagi dengan air.
Keringkan kemudian kipas boleh digunakan seperti biasa dan tiada lagi habuk melekat.
+IDEA IMPIANA
Anda juga boleh larutkan pelembut bersama air dan masukkan ke dalam bekas penyembur, Kemudian semburkan larutan pelembut ini pada kipas seminggu sekali. Selain kipas meja anda juga boleh gunakan kaedah yang sama pada kipas siling. Selamat mencuba!
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.