Hartanah

Jangan Beli Rumah Jenis Ini Kalau Tak Mahu Menyesal Di Kemudian Hari!

Share

Memiliki rumah sendiri merupakan impian setiap orang. Namun, pembelian rumah bukanlah sesuatu yang boleh dilakukan dengan sembrono. Terdapat beberapa jenis rumah yang perlu anda elakkan untuk memastikan bahawa anda tidak menyesal di kemudian hari.

Jadi, mari kita lihat antara jenis-jenis rumah yang perlu anda elakkan sebelum membelinya.

1.Harga Rumah Melebihi Kemampuan

Sekiranya anda membeli sebuah kediaman yang harganya terlampau mahal serta melebihi daripada kemampuan kewangan anda, ia boleh memberikan kesan buruk dan masalah besar kepada anda di kemudian hari.

Tidak kira anda mahu membeli sebuah rumah atau seutas beg tangan berjenama mewah, anda sememangnya perlu membeli mengikut kemampuan kewangan anda. Bak kata pepatah, ukur baju di badan sendiri.

2.Kawasan Rumah Yang Kerap Berlaku Bencana Alam

Kawasan perumahan dan kediaman juga antara salah satu faktor penting yang perlu dititikberatkan. Sekiranya anda membeli rumah yang terletak di kawasan yang kerap berlaku bencana alam seperti tanah runtuh, banjir kilat, tsunami dan sebagainya, anda berkemungkinan akan berdepan dengan masalah kerugian serta kos untuk membaik pulih rumah.

3.Rumah Berdekatan Dengan Pencawang/Stesen TNB

Jika anda membeli rumah yang berdekatan dengan stesen pencawang  elektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB), kediaman anda berkemungkinan dan lebih berisiko tinggi untuk berdepan dengan masalah renjatan elektrik yang serius sehingga boleh mengancam keselamatan keluarga anda.

4.Rumah Dibawah Pemaju Yang Disenarai Hitam

Sebelum membeli rumah baru yang masih dalam projek pembinaan adalah sangat penting untuk anda membuat kajian mengenai latar belakang syarikat pemaju terlebih dahulu. Tindakan ini akan dapat menyelamatkan diri anda daripada terjebak dengan projek perumahan yang terbengkalai misalnya akibat daripada masalah kerugian syarikat pemaju perumahan.

5.Harga Rumah Tinggi Daripada Harga Pasaran

Antara faktor penting yang perlu anda elakkan sebelum membeli rumah baru, jangan sesekali beli rumah yang nilai harganya lebih tinggi daripada harga pasaran. Masalah seperti ini mungkin jarang-jarang sekali berlaku, namun tidak dinafikan ia sememangnya berlaku.

Apabila anda membeli rumah seperti ini, sudah semestinya anda harus berbelanja lebih bagi memiliki sebuah rumah idaman. Namun sebagai pembeli, anda seharusnya bijak dalam membuat pilihan daripada membeli sebuah rumah yang harganya tidak masuk akal. Betul tak? Jadilah pembeli yang bijak!

Sumber: Instagram Fyproperty

Mesti Baca: Tip Profesional Suai Padankan “Throw Cushion”
Baca Lagi Di Sini: 5 Tip Cara Mencuci Untuk Pastikan “Throw Cushion” Agar Sentiasa Nampak Baru
Artikel Menarik:Bersihkan Sofa Bertompok Kena Kotoran. Ini Caranya Guna Air Panas!

Published by
Nana