Bermulanya misi menghias rumah. Dimana hendak kita mulakan? Simple je..kita ke tepi pintu depan rumah. Foyer! Ruang ini adalah ruang untuk kita last touch up , pakai kasut dan cari kunci runag atau kereta sebelum keluar. Ruang ini juga mula-mula kita jumpa untuk simpan segala keperluan asas macam kunci kereta, kasut dan payung. Apa yang kita perlu untuk ruang ini?
Cermin muka, meja konsol, kerusi jika perlu, penggantung baju , bekas payung jika perlu dan bekas serba guna. Bagaimana boleh kita mengolahkan semua benda ni menjadi satu setting yang cantik? Jangan terkejut, ruang sempit pun boleh kita olah menjadi serba guna. Bukan lagi sekadar di pinggiran. Terdapat beberapa idea hiasan foyer yang boleh anda jadikan panduan.
KECIL BESAR BUKAN UKURAN. APA YANG PENTING USAHA KTA MEWUJUDKAN RUANG SEUMPAMA INI AGAR RUANG DI PINTU MASUK TIDAK SIA-SIA DAN MEMUDAHKAN KITA MELETAK BARANG.
SIMPLE DAN MENARIK. CERMIN BULAT, MEJA KONSOL KECIL DAN DIHIAS DENGAN LAMPU MEJA SERTA JAMBANGAN BUNGA. ADAKALA BARANGAN INI BOLEH KITA BELI DARI KEDAI BARANGAN TERPAKAI.
Ads
PILIHAN LAIN, DARI KERUSI PANJANG DAN BANTAL COMEL UNTUK KITA DUDUK MEMAKAI KASUT . COMEL JAMBANGAN BUNGANYA DIGANTUNG
Ads
GAYA MEWAH YANG KREATIF. SUNTIKAN RONA MERAH JAMBU MEMBERI KEJUTAN DAN HIDUP DI DALAM GUBAHAN HIAS ALA WARM NEUTRAL.
MEMINJAM ILHAM RUMAH MEWAH. SEMUA SERBA SEPASANG DARIPADA KERUSI KONSOL,LAMPU MEJA DAN SEBUAH MEJA KONSOL CUKUP UNTUK RUANG KECIL SEPERTI INI. DISEMPURNAKAN DENGAN AMBAL PANJANG.
Ads
GAYA KONSERVATIF YANG LENGKAP DENGAN SEMUA KEPERLUAN MEJA KONSOL .
PERABOT DARIPADA PERANG KAYUI ASLI. DISUSUN DENGAN BEGITU CANTIK DAN LENGKAP. JADI YANG MANA SATU PILIHAN ANDA?
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Terpesona melihat dekorasi dan reka bentuk rumah yang berusia lebih daripada 100 tahun yang dikongsikan oleh pemilik kediaman ini. Jauh merantau di negara kanggaru, jiwa melayu rumah kampung tetap di dalam sanubari.
“Saya memiliki rumah ini sejak tahun 2021 dan ia disewakan pada tahun 2022. Saya pindah semula pada Aug 2023.”
“Hampir 3 tahun sejak saya memilikinya pada tahun 2021. Usia Sebenarnya rumah ini adalah lebih dari 100 tahun sebab ia dibina pada permulaan tahun 1900,” ujar Eddie.
Berkongsi tempoh proses renovasi kediaman yang terletak di Northern Rivers, New South Wales, Australia ini, menurut pemilik renovasi dijalankan dalam 2 peringkat. Peringkat pertama adalah pada permulaan 2022 untuk membina dek belakang rumah manakala peringkat kedua pula mengambil masa hampir 7 bulan, bermula dari bulan Dec 2023 hingga ke bulan Jun 2024.
Inspirasi & Konsep Kediaman
IMPIANA tertarik dengan pelbagai mainan warna yang ditonjolkan, menyerlahkan karakter dan seri ruang kediaman yang tampak ceria. Pemilik ‘berani’ menyuntik elemen rona terang pada dekorasi ruang kediamannya, berbanding kebanyakan pemilik rumah lain yang gemar memilih rona selamat seperi warna lembut dan pastel.
“Secara jujur, saya pun tak tahu apakah konsep rumah saya. Akan tetapi, saya memang minat dengan warna. Saya juga gemar dengan konsep minimalist (less is more), modern contemporary, vintage dan sebagainya,” kata Eddie.
Ruang Masuk ke dalam rumahRuang Tamu
Balkoni depan rumah atau ruang matahari (sun room)Balkoni depan rumah atau ruang matahari (sun room)Bilik tidur
Menariknya pemilik cukup berjiwa kreatif dan bijak menghias sendiri dekorasi hiasan dalaman rumah mengikut citarasa sendiri.Inspirasi menghias kediaman ilham datangnya dari majalah-majalah dekorasi, kedai-kedai perabot, filem-filem antarabangsa dan sebagainya.
Pintu ke ruang dapur dan dek belakang rumahDapur
Sebahagian ruang dapur
Keutamaan Dekorasi Kediaman
Bagi pemilik aspek yang menjadi keutamaan sewaktu dekorasi ruang rumah ialah ruang yang lapang, tenang dan ceria serta dipenuhi tumbuhan semulajadi menghiasi laman dan ruang kediaman. Maka tidak hairanlah ruang dek belakang (back deck) menjadi ruang kegemaran buat pemilik dalam meluangkan masa dan menangkan fikiran di rumah.
“Rumah seharusnya adalah tempat dimana saya akan berasa selesa, tenang dan selamat selain dari tempat berteduh. Rumah juga adalah tempat yang selalu saya banggakan, lagi-lagi bila saya berasa tenang setiap kali saya pulang,”
“Saya suka ruang yang ceria, lapang, teratur dan juga dipenuhi dengan pokok-pokok, bunga-bunga hidup. Saya tak mahu rumah saya kelihatan berserabut,” jelas Eddie.
“Ruang favourite saya adalah dek belakang (back deck). Ruang ni selalu membuat saya berasa tenang, dikelilingngi kicauan burung-burung, pemandangan yang indah dan juga hirupan udara yang segar. Memang terbaik untuk minda,” ujar Eddie lagi.
Ruang santai di dek belakang rumah.
Perancangan Masa Hadapan
Berkongsi impian dan perancangan masa hadapan buat kediaman ini, pemilik berhasrat untuk melakukan renovasi pada bilik air serta ingin bercucuk tanam di laman rumah.
“Saya merancang untuk membuat renovasi pada kamar mandi dan bilik air tahun depan jika ada rezeki yang berlebihan, in shaa Allah. Saya juga teringin nak memulakan tanaman sayur-sayuran, pokok-pokok yang hasilnya boleh dimakan seperti pokok cili, tomato, kacang panjang dan lain-lain lagi,” ujar Eddie.
Garage (digunakan untuk storage)Car port yang diubah menjadi ruang santai BBQ.
IMPIANA doakan semoga segala impian dan perancangan dapat direalisasikan hendaknya suatu hari nanti. Semoga menjadi inspirasi buat peminat hiasan dalaman dan dekorasi rumah yang lain.
INFO KEDIAMAN: Nama Pemilik: Eddie Usia Kediaman: Hampir 3 tahun sejak saya memilikinya pada tahun 2021. Konsep Hiasan Dalaman: Minimalist, Classic & Modern Contemporary, Vintage Lokasi: Northern Rivers, New South Wales, Australia Keluasan Kediaman: 525sqm Jenis Kediaman: Banglo Rumah Kampung Spesifikasi Ruang Kediaman:
1 Dapur, 2 Bilik tidur, 1 Bilik Air, 1 Balkoni Depan atau Bilik Matahari (Sun Room), Ruang Tamu, Dek Belakang (Back deck), Garage (digunakan untuk storage) dan tempat letak kereta (car port) yang diubah menjadi ruang santai luar rumah.
Ilham itu tidak mengira budaya atau lokasi. Mungkin dahulu kehidupan seorang nelayan dilihat tidaklah begitu mewah. Namun ia merupakan satu budaya dan kerjaya yang dihormati kini sama seperti seorang pelayar. Bercakap soal laut juga, setiap lokasi di dunia, pasti ada budaya seni bina atau seni hias di persisiran pantainya. Dari negara kita, ke serata Asia Tenggara, di Jepun, Australia, Amerika Syarikat seperti Florida, Hawaii, Alaska, kepulauan Caribbean dan Eropah. Masing-masing punya gaya tersendiri dalam seni bina dan seni hias ala budaya nelayannya.
Pereka mengambil budaya ini sebagai satu ilham yang boleh dikomersilkan. Selalunya ilham yang dipanggil Nautika ini banyak bermain dengan barangan rustik dan kayu. Bagaikan kediaman nelayan yang ringkas, bahagian siling dibiarkan tinggi mengikut kecerunan bumbung. Malah rona putih dipilih sebagai warna rasmi antarabangsa yang melambangkan samudera atau nautikal. Pun begitu ada juga yang lebih selesa menggunakan rona pastel atau vintaj yang lebih berkarakter. Aksesori kapal dan corak lazim bagi kelasi iaitu belang-belang biru dihidupkan kembali pada kemasan lembut seperti pada langsir utama atau sofa. Ia bukan sahaja tampil bergaya tetapi tidak jemu dipandang.
Biar pun berbeza dari segi geografinya, namun apa yang pasti, banyak kelengkapan memancing juga mereka jadikan aksesori atau perabot di dalam kediaman masing-masing. Bagaikan ada suara yang sama membisikkan 1001 ilham gaya kediaman di persisiran pantai. Rasa bangga terhadap budaya nelayan dan merasakan diri mereka dekat dengan laut yang telah menjadi sebahagian daripada darah daging mereka ini. Menyabung nyawa, membelah samudera bergelut dengan ikan perkasa demi menyambut hidup. Ombak sudah seperti suara yang berbisik di telinga mereka.
Daripada pendayung, ke pukat, ke balang kaca pelapung, ke batu karang di tengah laut segalanya dijadikan ilham menghias ruang. Malah jika ditinjau perabotnya juga ringkas . Ada kayu asli, rumpai air dipilin dan beberapa material semula jadi. Biar kini batu karang di haramkan, pereka cuma mencari elemn lain yang mempunyai cerita kehidupan nelayan di tengah laut. Adakala ia nampak lusuh dan lama tetapi jika bijak di suai padankan, ia tetap menarik perhatian ramai. Malah jika diilhat beberapa kediaman di pinggir pantai Amerika, mempunyai laluan atas bumbung kediaman bagi sang isteri meninjau adakah bot suami mereka sudah sampai di dermaga. Berjaya merentas samudera dan ombak yang mengganas. Biru dan putih dijadikan satu symbol warna mesti guna untuk menunjukkan elemen nautika ini. Ia merupakan simbol perkapalan, samudera dan alam seorang nelayan.
Mudah dan murah je . Apa yang anda perlu lakukan adalah kenakan ruang kediaman anda dengan rona putih asli. Tidak salah jika balas dengan rona biru gelap sedikit seperti corak belang-belang pada sofa atau langsir. Malah hiasan dari dasar laut banyak membantu termasuk arca-arca seperti bot nelayan, rumah lampu, komponen bot dan aksesori-aksesori memukat termasuk jala dan sebagainya. Semua boleh dijadikan aksesori jika bijak menyesuai padan dengan elemen yang lain. Anda yang masih tercari-cari ilham untuk kamar anak lelaki atau rumah si bujang mungkin boleh mencubanya. Simple-simple je di IMPIANA.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Entri kali ini membicarakan tentang sebuah kediaman yang luarnya nampak sendu dan lama, tetapi bila melangkah masuk, sudut pandang anda pasti akan berubah sama sekali. Rumah ini dibina menggunakan material kayu dan dalamannya dicat dengan warna green mint untuk menampakkan sisi moden walaupun hakikatnya ia adalah binaan tradisonal.
Kediaman indah milik Pn Emma Syahira ini mempunyai dua bilik tidur, 1 bilik air dan tandas. Antara tujuan beliau memilih untuk tidak menata rias kediamannya dibahagian luar adalah kerana sebagai langkah keselamatan untuk menghindari rumahnya dari dimasuki pencuri berikutan kawasannya yang terletak agak jauh dari pusat bandar.
“Pada asalnya, kediaman ini berona jingga dan pada tahun ini saya menukarkan tema warna cat kepada green mint untuk menampakkan elemen segar di samping penekanan tema tropical green,” jelas penjawat awam ini.
Beliau bersama suaminya hanya berbelanja sebanyak RM2K untuk menghias ruang tamunya buat mereka seisi keluarga. Yang menjadi keutamaan, dekorasi yang dizahirkan mempunyai class walaupun hanya dengan menggunkan aksesori murah. Terdapat juga barang perhiasayan yang dihasilkan sendiri seperti wall panel untuk TV, kusyen dan pelbagai lagi.
“Walaupun anak saya baru berumur setahun 10 bulan, saya sudah mendidiknya agar tidak membiasakan diri untuk mengusik segala barangan yang ada dirumah ini serta rumah orang lain. Kami memilih hujung minggu sebagai waktu yang ideal untuk menyiapkan dekorasi kediaman bersama-sama memandangkan hari biasa kami sibuk berkerja”, katanya.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Tiada yang lebih bermakna apabila dapat membahagiakan kedua orang tua pada bila-bila masa. Baru-baru ini, penyanyi, komposer dan penulis lirik Lah Ahmad,45 atau nama sebenarnya Abdullah bin Ahmad ada berkongsi video pendek reaksi ibu tersayang yang terharu dan gembira apabila dihadiahkan peti sejuk baru oleh anak-anak.