Pernah tak anda perasan, dapur anda wangi, sampah sudah dibuang, lantai dimop licin dengan pewangi, tetapi masih lagi ada bau yang tidak menyenangkan datang dari dapur. Apa kata anda cuba check singki dapur atau di bilik air, banyak tak harta karun yang tersimpan dalam paip saluran?
Beras dan Nasi
Nasi dalam kalangan kita adalah makanan ruji dan wajib ada, tetapi sebelum anda memakannya dengan penuh nikmat, pastikan anda membasuhnya dahulu, sewaktu membasuh, pastikan anda tahan betul-betul beras yang sedang ditanak dari jatuh ke dalam singki dan masuk ke dalam paip dan sama juga selepas makan, sisa nasi haruslah dibuang dahulu ke dalam tong sampah, bukannya dialirkan ke dalam singki, akhirnya singki anda tersumbat, bau jadi kelat habis satu rumah.
Tepung dan Kulit Telur
Bayangkan anda ingin membuat kek yang lazat, telur dan tepung menjadi ramuan utama, tetapi anda lupa, semasa penyediaanya, anda lupa untuk melupuskannya dengan cermat, ke mana lagi kalau tidak ke dalam saluran singki, gabungan air dan tepung, diayak dengan kocakan air di dalamnya, maka jadilah adunan busuk di dalam singki kediaman. Bau busuk, of course la in the making.
Ads
Rambut
Antara bahan utama yang menjadi penyebab kepada singki serta saluran paip kediaman tersumbat adalah disebabkan rambut. Ketebalan rambut manusia berupaya untuk menghalang kelancaran saliran air sekaligus mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan. cukup segumpal rambut yang tersumbat, anda kena panggil tukang paip profesional untuk membaiki sistem paip di rumah anda. Kalau anda tinggal di rumah tanah, mungkin kurang sedikit belanjanya, tapi kalau rumah high rise, faham-fahamlah…..
Bungkusan dan pelekat makanan
Jangan pelik kalau anda korek dalam paip saliran singki dapur, anda akan terjumpa pelekat label harga makanan dan yang paling tidak munasabah adalah bungkusan makanan. Mungkin bukan anda yang buat atau orang lain, tapi disebabkan kemalasan seseorang ahli daam rumah, semua orang kena tanggung bau busuk yang timbul dari singki. Jadi sama-samalah kita asingkan segalanya dari singki dan buang dalam tong sampah.
Ads
Puntung rokok
Gejala sebegini banyak kita temui dalam lubang tandas duduk atau cangkung serta tidak ketinggalan dalam singki tidak kira bilik air ataupun dapur. Anda sudah cemari ruang udara awam orang lain, kini anda telah menjemput bau yang kurang enak dari dalam paip. Kalau di tandas, bila sudah tersumbat, selepas menarik tangkai flush, air yang tersumbat dengan puntung rokok, serta sampah dan ‘bahan’ lain, akan terpercik ke atas. amat malang bagi mereka yang terkena percikan tersebut.
Pil ubat
Ada yang beranggapan bahawa jika pil ubat dibuang dalam air biasa, ianya akan hilang atau terhakis, tetapi tidak. Ianya kerana pil ubat sebegini akan hancur hanya di dalam badan manusia kerana badan kita mempunyai asid yang boleh melarutkan pil ini. Jika dalam saluran paip, ia adalah air biasa dan jika ianya pecah dan bercampur dengan air biasa, air tersebut akan tercemar kerana sifat ubat berkenaan mempunyai tarikh luput yang tersendiri. Itu sebab dala arahan ubat-ubatan yang diberikan oleh pihak kesihatan mengarahkan kita untuk memulangkan semula ubat terutamanya pil sebegini untuk dilupuskan dengan cara yang betul, bukan dengan membuangnya ke dalam singki atau lubang tandas.
Ads
Kredit penghargaan gambar: Bright Side
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Mengecat rumah sebenarnya mudah jika anda ketahui langkah yang betul. Malah jika anda ikuti cara yang tepat pasti hasilnya akan cantik dan memuaskan. Jom ikuti langkah mengecat yang betul ni. Sebab ramai yang tidak tahu untuk memulakan proses mengecat dengan betul.
1. SILING
Mulakan dari siling kerana ia dikuatiri akan menitis ke lantai. Jadi biarlah bahagian paling tinggi dicat dan disapukan cat dari kelebaran siling yang paling pendek. jadi tidaklah anda lekas penat dan kerja mengecat juga dirasakan lebih pantas.
2. DINDING
Bermula daripada sempadan siling dan dinding. Gunakan berus jika perlu untuk mengelakkan cat terpalit pada siling anda. Kemudian barulah penggelek dihalakan kebawah. Bahagikan kawasan mana yang perlu anda cat dahulu. Jika bekerja di dalam kumpulan, bahagikan bahagian dinding agar kerja mengecat lebih sistematik dan lekas siap.
3. JENDELA DAN PINTU
Berhati-hati apabila mengecat di bahagian kecil. Engsel dan tombol serta selak juga eloklah ditutup agar tidak terkena cat. Bagi bingkai, cat pada bahagian dalaman dahulu kerana pada bahagian luar mungkin anda ada pilihan warna lain yang sesuai dengan dinding luar.
4. LANTAI
Jika anda mahu mengecat lantai, rancang dahulu di mana patut anda bermula. Seelok-eloknya pilihlah kawasan yang paling jauh dengan pintu keluar dan kemudiannya sedikit demi sedikit terus ke pintu keluar. Awas jangan sampai anda terperangkap.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Lantai marmar/marble biasanya mempunyai tekstur berkilat dan bersinar dengan efek bersih dan kemas. Oleh sebab itulah ia menjadi pilihan ramai pemilik rumah. Walaupun permukaannya cantik berkilat ini tidak bermakna lantai marble tidak perlu dibuat maintenance. Polish atau kilatkan kembali wajib anda lakukan sekurang-kurangnya setahun sekali untuk menjaganya agar sentiasa kelihatan seperti baru.
Biasanya anda perlu menggunakan alat untuk polish lantai marble tetapi adalah mustahil untuk membeli mesin kilatan dengan harga yang mahal tetapi digunakan hanya sekali setahun. Fai Marble Renovation Works mampu kilatkan apa saja jenis lantai sama ada marmar, terrazzo, kayu atau granite yang menggunakan teknologi penggilap berlian kasar terkini. Hasil proses penggilapan ini akan memulihkan sifat kilauan semula jadi material lantai dan menjadikan permukaan yang lebih berkilau dan selesa untuk dipijak.
Tip Penjagaan Lantai Selepas Di Gilap
Sapu lantai setiap hari untuk mengelakkan kotoran daripada merosakkan permukaan bawah dan terkumpul di dalam grout. Sikap malas untuk menyapu boleh menjadikan rongga kemasan lantai kita pudar serinya.
Penyapu dengan bulu lembut boleh digunakan tetapi kaedah yang paling berkesan. Malah penyapu yang paling sesuai untuk membersihkan permukaan halus ialah dengan menggunakan Mikrofibre Mop. Ia yang mempunyai pad lembut. Ia boleh digunakan basah atau kering.
Cara mengelap lantai yang dicadangkan adalah dengan menggunakan teknik kepala mop membentuk satu pusaran besar. Ia akan menghasilkan satu pergerakan dan kerja -kerja menyapu menjadi cepat.
Ketika mengemop tukar air dengan kerap supaya kotoran tidak terus dipindahkan ke lantai. Bilas lantai selepas mengelap untuk memastikan air kotor dikeluarkan sepenuhnya dari permukaan.
Lap lantai dengan kain atau tuala kerana ini akan mengeringkan lantai dan mengeluarkan apa-apa kekotoran pada sambungan, permukaan dan garis-garis. Kekerapan pembersihan akan bergantung pada trafik dan keadaan lantai.
Manfaat Selepas Menggilap Lantai Marmar
– Menghapuskan kesan kotoran, calar dan tanda cela yang tidak enak
– Mengembalikan kemasan yang digilap seperti asal, kelihatan cantik dan menarik
– Ruang kelihatan cerah malah permukaan batuan semulajadi kelihatan seperti baru
– Efek lantai lebih bersih dan sejuk. Lebih selesa tatkala memijak
– Lantai lebih mudah dibersihkan
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Menjelang musim puasa dan perayaan, ramai yang sedang sibuk mencari langsir baru, perabot baru, dan perhiasan baru untuk memastikan kediaman nampak berbeza dan lebih cantik dari tahun sebelumnya. Sebenarnya, anda boleh hias rumah tapi masih berjimat. Berikut merupakan tip dekorasi raya tapi bajet oleh En. Amin Yussoff dari mamyhome.
1. Tukar
Tukar fungsi perabot atau dekorasi. Contohnya, pinggan atau talam yang selalunya diletakkan pada meja, kita gantung pada dinding untuk menukar fungsinya menjadi feature wall. Jika pinggan atau talam tersebut kelihatan lama dan tidak menarik, spray warna pilihan pada pinggan atau talam tersebut untuk menjadikannya lebih cantik dan menarik.
2. Susun
Selepas menukar fungsi dekorasi tersebut, kita perlu bijak menyusunnya secara berkumpulan supaya menjadi feature wall yang menarik.
3. Wow factor
Jangan takut untuk mencuba sesuatu kelainan kerana ia dapat memberikan energy baru kepada ruang kediaman anda.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.