Bukan saja buahnya sedap dan kaya dengan vitamin serta mineral, kulit pisang juga sangat kaya dengan kalsium, megnesium, sulfur, potossium, fosphat dan sodium. Kesemua bahan ini amat penting buat kesuburan tanaman dari segi pengeluaran akar yang banyak, pertumbuhan galak dan penghasilan bunga dan buah yang tinggi.

Jangan Buang Dulu! Ini Manfaat Dan Kegunaan Kulit Pisang Untuk Tanaman Di Kebun

Kulit pisang menjadi salah satu alternatif bahan baja organik yang murah dan mudah diperolehi. Bermaksud bukan sahaja boleh menikmati buahnya yang berkhasiat tetapi juga kulitnya boleh diolah semula menjadi zat makanan kepada tanaman.

Berikut, IMPIANA kongsikan 10 kegunaan kulit pisang di laman :

1. SEMBURAN BAJA
Ramai orang menggunakan kulit pisang sebagai pengganti baja kimia. Kulitnya yang sangat mudah terurai membolehkan nya memberikan nutrien apabila digunakan sebagai semburan foliar (baja dalam bentuk cecair)

Cara-cara membuat semburan kulit pisang :
Bahan yang diperlukan – kulit pisang, garam, kulit telur.
Campurkan semua bahan ke dalam air dan terus semburkannya kepada daun. Anda juga boleh mengisar semua bahan ini dengan menggunakan mesin pengisar.

2. NUTRIEN TAMBAHAN

Kulit pisang merupakan antara elemen yang mudah untuk terbiodegradasikan (dapat diuraikan atau direputkan melalui tindakan biologi oleh mikroorganisma seperti bakteria). Jadi salah satu cara terbaik ialah dengan menjadikannya sebagai timbunan kompos atau baja.

Caranya ialah hanya cincang atau rendam kulit pisang terlebih dahulu dan uraian tersebut akan meningkatkan kandungan kalium dan fosforus dalam baja atau kompos anda.

3. MENYUBURKAN POKOK TOMATO

Tomato adalah antara sayur yang mudah untuk dijaga tetapi untuk menjadikan tomato anda lebih subur, anda sebenarnya boleh menggunakan kulit pisang. Kandungan seperti kalium, besi dan kalsium yang terdapat dalam kulit pisang akan membolehkan tomato mendapatkan nutrien yang diperlukan sepanjang musim.

IKLAN

Hanya letakkan dua kulit pisang di bahagian bawah dan tambahkan semula tanah untuk menutup kulit pisang tersebut. Anda juga boleh letakkan benih tomato di atas kulit pisang yang ditutupi dengan tanah tadi.

4. BAJA BENIH

Memandangkan kulit pisang boleh menggalakkan pertumbuhan tumbuh-tumbuhan, jadi ia juga sangat baik dijadikan baja untuk benih.

Caranya ialah dengan potong beberapa kulit pisang ke dalam kepingan kecil dan tanam ke dalam tanah, letakkan betul-betul di bawah lapisan atau di bahagian bawah bekas tanaman.

Pastikan benih tidak menyentuh kulit pisang secara langsung pada masa penanaman kerana ia mungkin akan mer0sakkan akar kecil mereka.

5. KHASIAT UNTUK TANAH

Anda boleh menjadikan tanah anda mengandungi lebih nutrien dengan hanya menanam kulit pisang ke dalam tanah.

IKLAN

Gali tanah, letakkan kulit pisang dalam keadaan meratakannya dengan menghadapkannya ke bahagian atas dan tutup kulit tersebut dengan tanah yang sama. Lama-kelamaan kulit pisang tersebut akan mengeluarkan beberapa nutrien penting seperti besi, kalsium, kalium, dan fosforus.

6. MENGAWAL SERANGGA AFID

Potong kulit pisang atau gunakan pisang kering sepanjang satu hingga dua inci dan tanamkan di sekitar pohon yang dijangkiti afid. Afid ialah sejenis serangga kecil daripada keluarga Aphididae yang mer0sakkan tumbuh-tumbuhan dengan menghisap air daun, batang atau akarnya.

Bau kulit pisang tersebut dikatakan akan membuatkan afid akhirnya hilang daripada pokok tersebut.

Selain itu, anda juga boleh hanya gantungkan kulit pisang pada pokok yang dij4ngkiti serangga afid dan tidak lama kemudian pasti serangga tersebut akan hilang dari situ.

7. CUKA PISANG

Tumbuh-tumbuhan berasid seperti tanaman taman, rhododendrons, beri biru dan azalea mendapat manfaat daripada semburan cuka pisang. Cuka boleh meningkatkan kuantiti asid dan kandungan besi di dalam tanah jika digunakan dalam jumlah yang sedikit.

IKLAN

Hal ini membolehkan tumbuh-tumbuhan tumbuh dalam keadaan lebih baik dan mengeluarkan daun yang lebih sihat. Caranya ialah dengan mencampurkan kulit pisang, air dan cuka.

8. AIR RENDAMAN KAYA NUTRIEN

Jika anda tidak mempunyai kawasan subur yang cukup untuk dijadikan baja, anda boleh ‘menciptanya’ sendiri. Hanya masukkan beberapa kulit pisang ke dalam baldi berisi air dan biarkan selama beberapa hari.

Dalam masa beberapa hari selepas itu, anda akan mendapatkan air yang kaya dengan mineral serta nutrien dan boleh digunakan untuk tanaman anda.

9. PERANGKAP SERANGGA 

Potong kulit pisang dan letakkannya di dalam bekas plastik dan tuangkan sedikit pati cuka epal ke dalamnya. Lubangkan penutup bekas plastik berisi semua bahan tersebut supaya serangga seperti lalat buah-buahan boleh masuk ke dalamnya dengan tujuan untuk memerang kapnya.

Bau cuka dan pisang boleh menarik perhatian serangga tersebut untuk masuk ke dalam bekas yang akhirnya akan membuatkan mereka m4ti di dalam cecair tersebut.

10. PENARIK KUPU-KUPU DAN BURUNG

Burung dan rama-rama berfungsi dalam proses pendebungaan tumbuhan. Dengan meletakkan kulit pisang masak atau mencincang kulit pisang dapat menggalakkan kehadiran burung dan kupu-kupu ke taman anda.

Pisang mungkin menarik kedatangan lebah, tebuan dan ulat beluncas, jadi jangan lupa untuk membuangnya sebelum matahari terbenam bagi mengelakkan kehadiran serangga per0sak ke taman anda pada waktu malam.

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI