Jangan Buang, Ini 2 Manfaat Abu Arang BBQ Yang Boleh Anda Gunakan. Memang ramai yang guna medium campuran yang mempunyai abu yang juga dikenali sebagai tanah bakar. Tapi, tahukah anda apakah sebenarnya kegunaan dan manfaat abu arang pada tanaman? sebenarnya, banyak kegunaan abu ni. Sejak dulu, abu arang ni mempunyai pelbagai kegunaan. Bukan sahaja pada tanaman malah untuk kegunaan harian lain
Terdapat pelbagai nutrisi yang bermanfaat pada abu kayu. Antaranya ialah 20% kandungan kalsium, potasium, magnesium, fosforus dan belerang. Selain itu juga, ia terkandung sedikit miniral zat besi, mangan, aluminium dan banyak lagi yang diperlukan untuk tumbesaran tanaman
Kesemua nutrisi ini amat diperlukan tanaman seawal usia tanaman untuk meyokong tumbesaran yang lebih optimum dan sihat.
Baca juga: Bakar Dulu Kuali Baru Kalau Kalau Tak Nak Melekat Dan Tak Mudah Berkarat
Abu kayu juga mempunyai jumlah karbonat yang tinggi. Secara tidak langsung ia boleh memulihkan pH tanah berasid menjadi nuetral secara efektif. Namun, sebelum meletakan abu kayu untuk tujuan membetulkan pH tanah, pastikan anda periksa jenis tanah terlebih dahulu. Jika pH tanah sudah tinggi, tak perlu lah untuk meletakkan abu kayu lagi
Abu kayu tu nampak macam kotor je kan sebab ia berdebu dan bila tersentuh, habis comot. Namun, tahukah anda ia berupaya menjadi pencuci paling efektif. Abu kayu ni dari zaman tok nenek dah guna untuk mencuci baju dan sebagainya.
Untuk membersihkan permukaan yang keras seperti tembaga, kaca atau logam. caranya adalah dengan menggunakan kain yang telah dilembapkan dan celupkan ke dalam bekas berisi abu kayu kemudian gosok terus pada permukaan tembaga. Lantas lap semula permukaan yang digosok dengan kain basah dan bersih
Memandangkan sifat abu kayu beralkai, ia juga digunakan sebagai salah satu bahan untuk membuat sabun. Secara tradisional, untuk menghasilkan bahan cucian berasaskan abu kayu adalah dengan merebus abu kayu tersebut dan hanya bahagian atas air rebusan sahaja diambil. Ia merupakan air yang beralkali dan sesuai digunakan untuk cucian.
Jangan Buang, Ini 2 Manfaat Abu Arang BBQ Yang Boleh Anda Gunakan