Baru-baru ini, ubah suai almari dan laci lama yang dikongsikan oleh Khairur Rijal Dzohri menjadi mirror furniture menjadi tular. Mana taknya, dari perabot yang kelihatan kusam dan sudah out dated, menjadi sebuah perabot serba moden yang sesuai untuk kediaman yang berkonsepkan moden glam.
Inilah antara perkara yang dilakukan ketika cuti sekolah hujung tahun ini. Mengubah suai perabot sedia ada menjadi mirrored furniture. Disebabkan harga mirrored furniture ini mahal. Maka saya. menggigihkan diri membuatnya sendiri.
BAHAN-BAHAN:
1. Cermin
2. Gam construction beli di mr. Diy je bersama dengan senapangnya. Dlm projek saya ni saya guna 3 gam tersebut.
3. Drawer door knob atau tombol pemegang
4. Gam E6000
5. Pengapit yang besar, atau ragum
6. Spray paint warna Chrome
CARA-CARA: 1. Pastikan perabot anda bersihkan dari sebarang habuk. 2. Ambil ukuran pada setiap permukaan yang hendak di tampal cermin. Cara mengambil ukuran permukaan ialah mengurangkan antara 2mm hingga 4mm dari ukuran sebenar permukaan. Jika permukaan tersebut 30 cm x 30 cm maka ukuran untuk cermin tersebut 29.4cm x 29.4cm. Bawa ukuran tersebut ke kedai cermin atau kedai buat frame gambar. Pilih cermin yg lebih tebal. Minta mereka tumpukan bahagian tepi dan bucu untuk keselamatan. 3. Semburkan cat berwarna Chrome pada setiap bahagian bucu dan tepi. 4.setelah cat kering sempurna. Letakkan gam construction mcm gam silikon tu pada permukaan dalam cermin dan permukaan perabot. Letak cermin pada permukaan perabot. Tekan2 dgn perlahan untuk meratakan gam, kemudian tindih kan dgn benda berat atau Kapit guna ragam atau pengapit. Biarkan selama 5,6 jam. 5. Terus dan ulang perkara yang sama pada permukaan yang lain pula. 6. Untuk drawer knob tombol pemegang tu saya beli secara online. Hanya perlu lekatkan dengan menggunakan gam industri E6000. Gam ini memang bagus dan melekat kuat. Jadi kita tidak perlu menebuk permukaan cermin untuk pasang tombol tu. Letakkan pada kedudukan mendatar supaya dia tidak bergerak sebelum ia betul kering dan melekat. Biarkan ia selama 10 jam.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Tak sangka, kacang walnut tinggi khasiat ini berupaya menghilangkan kesan calar pada permukaan perabot kayu. Caranya mudah sahaja. Hanya gosok lembut kacang walnut pada permukaan perabot yang calar dan lap dengan kain bersih. Namun, kaedah ini hanya sesuai untuk permukaan calar yang tidak dalam sahaja.
untuk ketahui caranya dengan lebih khusus, sila tonton video yang disediakan:
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Feature wall wainscoting dah, shiplap pun dah dan kali ni kita lihat pula Flute Panel. Penal PVC ini lah yang selalu digunakan untuk membina dinding cantik di hotel-hotel dan kediaman mewah. Ia juga salah satu elemen yang digunakan untuk membina hideen door dengan mudah.
Menariknya, impak visual flute panel ni menjadikan sesuatu ruang lebih tinggi dan besar. Sekarang nak beli flute panel ni pun mudah je. Boleh beli secara online. Teknik memasang sama seperti wainscoting dan shiplap iaitu dengan menggunakan Xbond Adhesive.
Fluted wall panel ni boleh beli online di shopee je. Boleh klik link yang disediakan https://invol.co/cl599rw
Tidak dinafikan, untuk memasang jubin pada dinding rumah sememangnya memerlukan kos perbelanjaan yang amat tinggi bagi melaksanakan hasrat anda itu.
Tetapi kini, ada jalan penyelesaian yang boleh dilakukan bagi anda yang berhasrat untuk memasang jubin pada dinding dengan kos perbelanjaan yang rendah.
Bagi anda yang kurang berkemampuan, anda amat disarankan untuk menggunakan 3D ‘wallpaper’ ini yang ternyata bukan sahaja murah malah boleh menjimatkan kos perbelanjaan anda.
Walaupun hanya menggunakan 3D ‘wallpaper’ dan bukan jubin yang sebenar, lihatlah hasilnya iatetap membuat ruang dalaman rumah anda tampak lebih bergaya dan mewah.
Sekiranya anda mahu mendapatkan 3D ‘wallpaper’ yang sama seperti gambar tertera, anda boleh membuat pembelian secara dalam talian menerusi aplikasi Shopee. Sila klik disini untuk membuat pembelian.
Sumber: Facebook Pemburu Tiket Murah
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Persoalan yang lebih penting ketika ini kepada ramai orang dalam pasca raya dengan keadaan kos sara hidup makin meningkat adalah benar-benar ke bersedia untuk mengubah hidup mereka.