Jangan Buang Laci Lama, Cuba “Makeover” Gaya Glam Macam Ni

Share

Baru-baru ini, ubah suai almari dan laci lama yang dikongsikan oleh Khairur Rijal Dzohri menjadi mirror furniture menjadi tular. Mana taknya, dari perabot yang kelihatan kusam dan sudah out dated, menjadi sebuah perabot serba moden yang sesuai untuk kediaman yang berkonsepkan moden glam.

Inilah antara perkara yang dilakukan ketika cuti sekolah hujung tahun ini. Mengubah suai perabot sedia ada menjadi mirrored furniture. Disebabkan harga mirrored furniture ini mahal. Maka saya. menggigihkan diri membuatnya sendiri.

Artikel berkaitan:
10 Wallpaper Hack Untuk Cantikkan Rumah
10 IKEA “Hack” Bajet Untuk Kediaman Pasangan Baru Kahwin

BAHAN-BAHAN:
1. Cermin
2. Gam construction beli di mr. Diy je bersama dengan senapangnya. Dlm projek saya ni saya guna 3 gam tersebut.
3. Drawer door knob atau tombol pemegang
4. Gam E6000
5. Pengapit yang besar, atau ragum
6. Spray paint warna Chrome

Artikel berkaitan:

CARA-CARA:
1. Pastikan perabot anda bersihkan dari sebarang habuk.
2. Ambil ukuran pada setiap permukaan yang hendak di tampal cermin. Cara mengambil ukuran permukaan ialah mengurangkan antara 2mm hingga 4mm dari ukuran sebenar permukaan. Jika permukaan tersebut 30 cm x 30 cm maka ukuran untuk cermin tersebut 29.4cm x 29.4cm. Bawa ukuran tersebut ke kedai cermin atau kedai buat frame gambar. Pilih cermin yg lebih tebal. Minta mereka tumpukan bahagian tepi dan bucu untuk keselamatan.
3.

Semburkan cat berwarna Chrome pada setiap bahagian bucu dan tepi. 4.setelah cat kering sempurna. Letakkan gam construction mcm gam silikon tu pada permukaan dalam cermin dan permukaan perabot. Letak cermin pada permukaan perabot. Tekan2 dgn perlahan untuk meratakan gam, kemudian tindih kan dgn benda berat atau Kapit guna ragam atau pengapit. Biarkan selama 5,6 jam.
5. Terus dan ulang perkara yang sama pada permukaan yang lain pula.
6.
Untuk drawer knob tombol pemegang tu saya beli secara online. Hanya perlu lekatkan dengan menggunakan gam industri E6000. Gam ini memang bagus dan melekat kuat. Jadi kita tidak perlu menebuk permukaan cermin untuk pasang tombol tu. Letakkan pada kedudukan mendatar supaya dia tidak bergerak sebelum ia betul kering dan melekat. Biarkan ia selama 10 jam.
Published by
Impiana