Bila dapat gel silica ini jangan buang sebab banyak gunanya di rumah terutama untuk barang-barang yang kita simpan, jarang guna.
Berfungsi untuk menyerap kelembapan, ini gunanya Gel Silica di kediaman.
Letak gel silica ini dalam kotak barang kemas untuk supaya akseseori sentiasa berkilat. Gel ini akan mengelakkan barang kemas ynag kita simpan lembap yang boleh membuatkan barang kedam dan tidak bersinar.
2. Letak dalam kasut sekolah supaya tak berbau
Kalau selalu bersukan letak gel silica ini dalam kasut sukan. Ia akan menyerap kelembapan dan penuh yang boleh menyebabkan bau busuk . Sekali gus hapuskan bakteria.
3. Masukkan dalam kotak gambar lama agar tak rosak
Jika di rumah ada album gambar lama masukkan gel silica ini dalam kotak album. Supaya nanti gambar-gambar dalam album tidak bercapuk, berkulat atau melekat pada plastik album hingga menyebabkan kerosakan. Sayang kalau gambar lama ni rosak.
4. Simpan bersama dokumen penting
Perkara yang sama jika kita menyimpan dokumen lama seperti surat beranak, sijil, atau bil yang penting. Letak sekali dalam bekas tempat menyimpan dokumen ini supaya tak lapuk dan rosak.
5. Berguna untuk telefon masuk air
Gel silica ini juga berguna untuk keringkan handphone yang terjatuh dalam air. Caranya lap kering telefon kemudian ambil plastik kedap udara masukkan telefon dan gel silica dalam plastik tadi. Biarkan selama 5-6 hari agar ia betul-betul kering. Kemudian cuba buka telefon tadi.
6. Letak sekali dalam baju yang jarang kita guna
Kita selalu ada baju mahal yang hanya kita pakai untuk majlis tertentu. Untuk simpan baju begini sebaiknya letak sekali gel silica dalamnya. Letak dalam poket atau penyangkut baju supaya baju tak berbau dan tahan lama.
7. Elak pisau cukur berkarat
Biasanya alat pencukur kita letak dalam bilik air akan cepat berkarat disebabkan kelembapan. Selepas ini kalau nak simpan juga alat pencukur ini dalam bilik air, letak dalam plastik kedap udara bersama dengan gel silica untuk pastikan ia kering.
8. Supaya bilik tidur tak berbau
Ada masa bilik tidur kita akan berbau hingga menyebabkan kita rasa tak best duduk dalam bilik. Kalau ada bau kurang menyenangkan ini, ambil gel silica ini keluarkan dari uncangnya dan masuk dalam bekas kecil.
Titiskan minyak pati yang kita suka seperti lavender. Hasilnya bilik akan berbau segar berpanjangan. Tapi pastikan letak di tempat yang selamat dan tidak dapat dicapai oleh kanak-kanak.
Artikel ini diambil dan diolah dari VK.
Sumber: Times of India
Baca Lagi Di Sini: Cuci CERMIN Tanpa Sabun, Bersih Berkilat Guna 5 Bahan Ini!
Mesti Baca:Mop Guna AIR PANAS, Kotoran Cepat Hilang, Lantai Licin Berkilat Tak Berbau!
Artikel Menarik:TIP ‘Polish’ Peti Ais Jadi Cantik Berkilat Macam Baru Keluar Kilang
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.